Dato Rujhan pada sidang media |
Sumber : Utusan
ALOR SETAR 10 Mac - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar di bawah syarat kelayakan masuk yang menyalahi Seksyen 40 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).
ALOR SETAR 10 Mac - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan kompaun sebanyak RM272,000 oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengambil 34 pelajar di bawah syarat kelayakan masuk yang menyalahi Seksyen 40 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Rujhan Mustafa
berkata, kolej universiti tersebut perlu menjelaskan tawaran kompaun
itu sebelum 26 Mac ini.
Dato Rujhan berbual dengan staf KUIN slepas sidang media |
Katanya, jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan
diambil ke atas Kuin di bawah Seksyen 40 (2) yang mana jika sabit
kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 setiap pelajar atau
enam bulan penjara.
''Setakat ini pengurusan Kuin berjanji akan menjelaskannya sebelum
atau pada tarikh yang ditetapkan,'' katanya kepada pemberita selepas
mengadakan lawatan mengejut ke kolej universiti itu di Mergong di sini
hari ini.
Kenangan bersama ketua Pengarah KPT |
Sejak diambil alih oleh kerajaan Pas Kedah pada 2008, Kuin dilanda
pelbagai isu antaranya melibatkan kebajikan pelajar dan kakitangannya
dengan yang terbaharu pengurusan tertinggi kolej universiti itu didakwa
menggunakan bangunan kuliah di kampusnya di Kuala Ketil sebagai
penginapan sementara pelajar.
Baru-baru ini, kakitangan Kuin meminta Kementerian Pengajian Tinggi
campur tangan bagi menyelesaikan krisis kolej universiti itu yang
berlarutan sejak sekian lama.
Menurut Rujhan, pihaknya turut mendapati aliran tunai Kuin adalah
negatif selama empat tahun sehingga 2010 dan memaklumkan supaya
pengurusan kolej universiti itu berbincang dengan Pengerusi Lembaga
Pengarah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar agar
meneliti perkara berkenaan dengan segera.
Katanya, Kuin turut diberi peringatan supaya mengambil berat
kebajikan kakitangannya bagi menjaga moral mereka dan pihaknya sedang
menunggu penjelasan bertulis daripada pengurusan tertinggi kolej
universiti tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya. - UTUSAN