Pages

Saturday 23 March 2013

PELAJAR ASRAMA KUALA KETIL IBARAT BOLA DISEPAK KESANA KEMARI

23 Mac - kasihan sungguh mengenangkan nasib mahasiswa yang memohon untuk menginap asrama di Kuala Ketil namun sehingga kini asrama di Kuala Ketil belum-dapat disiapkan walaupun Jamil hanya berjanji 4 minggu sahaja dan kini dah masuk lebih 2 bulan asrama pelajar gagal disediakan dalam kampus KUIN.

Ap yang malangnya , pada hari ini semua mahasiswa yang menginap di asrama sementara di Sedim Kulim dan PLKN Baling dipindahkan pula buat kali ketiga ke SMA Yayasan Khairiyah baling.

Sebelum ini mereka dipindahkan ke Jitra kemudian ke PLKN Baling dan Sedim Kulim , kini penempatan mereka di asrama pelajar Yayasan Khairiyah Baling. 

Dalam insiden hari ini , apabila pelajar somalia tiba dan melihat penginapan yang terdapat di yayasan KHairiyah mereka memberontak seolah-olah mereka ditipu kerana perkhidmatan keselesaan dan kemudahan amat jauh berbeza . Mungkin disebabkan ketakutan dan bimbang  pihak pelajar warga asing membuat laporan ke KPT , lantas pelajar dari Afrika itu terus dipindahkan dengan sebuah bas ke sebuah lokasi penginapan yang lebih selesa bertaraf chaley/motel di Baling.

Persoalan , bagaiman nasib anak bangsa dan warganegara kita. Adakah dengan sebab mereka tidak memberontak mereka harus patuh dengan  perpindahan yang mengganggu sesi pengajian mereka ? Zalim sungguh .....

Jangan buat pelajar macam bola ... team BERSIH KUIN mendesak agar penginapan pelajar diberikan dengan situasi lebih selesa dan berhawa dingin seperti yang dijanjikan dalam bilik kuliah Kuala Ketil.