Jamil sudah rasa tak senang duduk dalam KUIN kini kerana sudah merasai gerakan menjatuhkan Azizan sehingga mencatatkan pertandingan 4 penjuru di DUN Sungai Limau apabila tamat penamaan calon siang tadi.
Azizan ditentang sepupunya atas tiket BN dan orang PAS sendiri atas tiket bebas.
Sebelum ini undi Azizan bukan hanya daripada orang PAS tetapi juga daripada adik beradiknya yang terdiri dari pelbagai latarbelakang politik. Tapi pada PRU kali ini undi yang sebelum ini diberikan kepada Azizan akan berpindah kepada Fadzilah sepupu Azizan.
Manakala undi orang PAS yang marahkan Azizan akan berpindah kepada calon bebas.
Dalam erti kata lain, menurut pengamatan admin, Azizan mungkin akan tumbang pada kali ini dan akan disambut meriah oleh kakitangan KUIN.
Orang yang paling gentar apabila Azizan tumbang ialah Jamil dan kroninya. Jamil mesti sekarang sudah merancang apa yang perlu dibuat, nak lari kaaa, nak hapuskan dokumen kaa.. , nak lompat si katak lompat ka... atau apa sahaja yang dirasakan selamat oleh Jamil.
Selamat Tinggal Jamil.