Pages

Wednesday, 10 April 2013

KRISIS KEWANGAN MEMUNCAK :SELEPAS 2 JUTA KINI KUIN PINJAM PULA 1.1 JUTA

11 April - Selepas admin KUIN melapporkan sebelum ini ada seorang individu bernama C## H## telah memberikan cek 2juta kepada KUIN dan meminta penerimaan cek tersebut di buat di atas nama sebuah syarikat K### K## kini krisis kewangan KUIN yang parah terpaksa meminta sedekah lagi.

Seperti biasa JAZAN akan menggunakan MBI sebagai talian hayat.Menurut sumber kali ini nilai wang yang diambil adalah sebanyak 1.1 juta.

Cuba pembaca bayangkan sudah berapa juta duit MBI digunakan oleh KUIN sedangkan MBI sebuah syarikat yang berniaga dan KUIN pun ada anak syarikat tapi tak berniaga atau kalau berniaga pun tak untung. Bila dah tak reti nak bisnes  tak ada duit , MBI pulak yang terpaksa korbankan wang keuntungan perniagaan mereka. Teruk sungguh pentadbiran JAZAN.Mereka perlu diajar di dalam pilihanraya kali ini.

Mungkin tindakan terdesak ini adalah kerana KUIN terpaksa nak kena bayar saman 1.59 juta kepada Shake Cuisine Sdn Bhd kerana diarahkan MAhkamah setelah KUIN kalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan ...atau Insaniah Holdings terpaksa nak kena bayar duit tunggakan KWSP pekerjanya yang bernilai hampir RM 700,000.00 takut diambil tindakan Mahkamah oleh KWSP?

Apa-apa pun pentadbiran JAZAN very very badddd