Innalillah wa Inna Ilaihirajiuuuunnn |
Sumber : Utusan Malaysia
ALOR SETAR 8 April - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dicabar mengemukakan bukti berhubung tuduhan beliau kononnya UMNO terlibat dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak membenarkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan bangunan di kampus baharunya di Kuala ketil sebagai penginapan sementara pelajar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bukti tersebut perlu dikemukakan bagi menyokong dakwaannya itu yang dibuat sekadar bermodalkan air liur di atas pentas ceramah dan jika gagal berbuat demkian, Azizan mesti memohon maaf kepada UMNO.
"Berikan bukti siapa dari kalangan ahli UMNO yang membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kalau gagal, Azizan perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO atas tuduhan liar beliau.
"Ini bukan kali pertama Azizan membuat tuduhan terhadap UMNO di sebalik kemelut Kuin,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE