Shiak ketika ditemuramah sebahgian media di Kelab Laguna |
4 April - bertempat di Kelab Laguna Sungai Petani , Shiak Fisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd mengadakan sidang media bagi memberitahu kepada umum bahawa pihak KUIN yang telah kalah di Mahkamah Tinggi Alor Setar apabila disaman dan diarah membayar 1.599 juta kepada Shiak dan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan kemudiannya kalah bbuat kesekian kalinya.
Shiak diwakili peguamnya Jamil , manakala KUIN diwakili peguamnya seramai 3 orang berbangsa Cina .
Pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd menang lagi di Mahkamah Rayuan |
Beliau melahirkan rasa gembira dengan keputusan Mahkamah ini kerana dapat membersihkan namanya serta memberi nafas baru kepada perniagaannya
Selainn itu beliau juga melahirkan rasa kesal kerana KUIN menggunakan taktik kotor apabila menggunakan dokumen (minit mesyuarat) palsu semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Namun kuasa Allah memihak kepada kebenaran.
Untuk mengetahui dengan lanjut mengenai maklumat sidang media tersebut sila prihatin dengan TV1 dan akhbar tempatan esok.