23 Mei – Setelah mengadakan
lawatan di KUIN Mergong, Datuk Tajul terus bergerak bagi mengadakan lawatan di
KUIN Kuala Ketil di sebelah petang. Kehadiran Dato Tajul sebelum ini telah
dimaklumkan kepada Jamil.
Namun agak malang, Dato Tajul
menyatakan perasaan kesalnya apabila kehadirannya ke Kuala Ketil tanpa
kehadiran Jamil. Dimaklumkan Jamil tak hadir kerana bercuti sebelum melepaskan
jawatan secara rasmi pada 20 Jun ini (sebulan notis gaji). Dato Tajul berkata, apa salahnya telefon
saya, sms atau maklumkan kepada saya kata dia tak boleh hadir kerana kita mai
rumah orang kita habaq, tapi tuan rumah tak ada (cabut lari).
Admin masih ingat suatu ketika
dahulu Jamil pernah cuti kerana operation jantung tapi dalam waktu cuti itu pun
Jamil boleh terkebil-kebil pergi hadiri mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN hanya
untuk pastikan Lembaga tidak mengguna pakai pekeliling kenaikan gaji 13 %
kepada kakitangan KUIN.. Kenapa bila hari ini dia saja saja boleh buat alasan tak
mai… emmmmm mesti ada pasai. Bak kata Dato Tajul tadi ,,,sangat tak professional
.
Dato Tajul juga mengeluarkan
kenyataan media sebentar tadi (liputan media akan dimaklum admin dalam next
story).
Dato Tajul juga memaklumkan
sepanjang Jamil tiada dan meletak jawatan , urusan pentadbiran KUIN akan
dipangku oleh Dato Barni untuk pulihkan
kembali masalah dalaman pentadbiran dan kewangan KUIN.
Selepas selesai mengadakan
pertemuan dengan wakil KUIN yang dihadiri Dato L, Mr SS, Muslim dan beberapa
pegawai lain dan PC dengan media , beliau terus melawat asrama pelajar di Taman
Perwira serta asrama pelajar antarabangsa dalam kampus KUIN. Lawatan ke asrama
yang diadakan secara mengejut ini amat mengejutkan terutama di asrama pelajar
antarabangsa (kebanyakkannya warga Afrika) yang langsung tak nampak macam asrama
sedangkan penginapan mereka itu adalah rumah banglo 2 tingkat.