Setinggi-tinggi
ucapan tahniah kepada Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni Mohd Noor yang
diarah oleh YAB Dato' Paduka Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga
Pengarah KUIN memangku tugas Rektor KUIN berkuat kuasa serta merta
sehingga lantikan Rektor yang baru.
Ternyata pilihan YAB Dato Paduka Mukhriz tepat dan bersesuaian
dengan kebolehan, kemampuan serta pengalaman yang dimiliki oleh Dato
Barni selama 34 tahun berkhidmat di Negeri Kedah.
Skuad Bersih
amat yakin dan memberi sokongan penuh atas kepimpinan Dato Barni dan
kami pasti prestasi KUIN dapat dibangkitkan semula walaupun mengambil
masa untuk kembali seperti sediakala kerana Dato adalah seorang yang
sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Dato
Barni sangat berpegang teguh kepada undang-undang dan peraturan dalam
pentadbiran.