Ada pihak-pihak tertentu cuba
mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dalam KUIN dengan mengapi-apikan
bahawa terdapat beberapa Kulliyyah ditutup seperti Perubatan, Kaunseling dan
Multimedia.
Semua tanggapan ini adalah tidak benar dan merupakan khabar angin sahaja.
Menurut sumber dalam KUIN tiada
kulliyyah ditutup bahkan semua akan
berjalan seperti biasa. Kulliyyah yang dahulunya di bawah Holdings kini
diserapkan di bawah KUIN seperti:
Kulliyyah Multimedia di bawah
Insan Maya Sdn Bhd diserap di bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi
Maklumat.
Kulliyyah Hospitaliti di bawah
Insan Hospitality Sdn Bhd ditadbir semula oleh KUIN.
Insan Fasih Sdn Bhd di kendalikan semula oleh
Pusat Bahasa KUIN.
Program Kaunseling yang berada
dalam Insaniah Holdings Sdn Bhd dikembali diletakkan di bawah Pusat Pengajian
Kaunseling KUIN.
Kulliyyah Medic dalam
perbincangan untuk menyelesaikan masalah kewangan dan penggajian terutama yang
melibatkan pensyarah.
Perubahan yang ada adalah suatu
penambahbaikan di atas kecelaruan pentadbiran dan kewangan yang dilakukan di
zaman lampau. Admin tak mahulah mengungkit dan mendedahkan masalah dalaman
tersebut kerana sekarang adalah masa untuk membetulkan keadaan.
Mahu atau tidak sesiapa yang
mengambil alih pentadbiran KUIN pasti akan menghadapi masalah bagaimana ingin
membetulkan keadaan. Pembaharuan pentadbiran akan mengambil masa beberapa bulan
kerana pentadbiran yang lama adalah selama 5 tahun terutama yang melibatkan
kerumitan Insaniah Holdings Sdn Bhd.
Kesimpulannya ialah tiada pelajar akan teraniaya dalam perubahan
pentadbiran ini. Perubahan - perubahan
yang ada hanya melibatkan polisi baru Kerajaan baru. Pelajar akan belajar
seperti biasa dan akan tamat dalam bidang pengajian masing-masing.
Harap ini dapat memberi
penjelasan kepada awam agar tidak terpengaruh dengan provokasi dan khabar-khabar yang berlegar di alam maya.