Pages

Tuesday 18 August 2015

DUA TAHUN HAMPIR TIBA………..INSAF LAH!!!




Tak lama lagi dah 2 tahun dah….sekejab sahaja masa berlalu…dah berapa lama KUIN dok kat kuala ketil ni..ada perubahan apa-apa tak …sejak 2 tahun ni…ada penambahbaikan tak…sejak 2 tahun banyak yang berubahkan..kan..kan….berubahlah….sat dok mergong pastu dok kat kampus indah di Kuala Ketil…tenang dok kuala ketil tu…lapang…. tengok kampus kuala ketil ni….kalau stress mailah kuala ketil..lapang..memang lapang…..lapang betui….kampus besar …orang sikit….memang lapang…...pemandangan pun indah….rumput banyak…..hijau sungguh ….dengaq nak dapatkan pelajar beribu ribu sesi Julai..dapat tak? Tapi kalau tengok daripada keadaan yang lapang macam tak dapat ja pun….Bayangkan pelajar yang mai…tu 4 angka, macammanalah agaknya minggu pertama nak start kuliah….clash!!!!!!!….daftar subjek!!!!!….jadual!!!!!!  kena berebut kelas….wahal wajib kecoh….havoc …Alhamdulillah yang mai bukan 4 angka…..malaslah nak duk cerita-ceriti pasai perkara dah jadi macam tok nadok nie…..


Tup tup dengaq cerita lain pulak ni….APA LAGI NIH??????  Kena turun naik tangga pulak dah..turun naik tangga apa plak ni….tangga????? kat Kampus Kuala Ketil nikan macam-macam ada…ada tangga…ada lif..ada tasik…..ada ..ada..ada.adalah….awat yang turun naik tangga ni ….LIF TAK BOLEH GUNA????? AWAT PULAK NI……pasai lesen…bulan MEI….keselamatan tak terjamin….pening kepala cheq duk pikiaq ni…sapa nak pikiaq ni…..malas pikiaqlah….hampa pikiaqlah sendiri….


S.U.M.B.A.N.G.A.N….. Sebut betul-betul ya! Cuba anda semua sebut dan ulang dan ulang berkali-kali. Dah nak masuk 2 tahun ni! Apakah sumbangan anda? Jangan ditanya apa KUIN boleh beri kepada anda TETAPI tanyalah apa yang sudah anda berikan kepada KUIN. Sejauhmanakah pencapaian anda? Apakah halatuju anda? Kemana nak dibawa orang-orang di bawah pimpinan anda? Dengar kata, dah berpuluh MOU ditandatangani. MOU sana. MOU sini. Ini cerita buat duit ke ..buang duit ni? Nampak saja macam gah. Award sana, award sini. Tapi masalah sistem akademik masih berkeceramuk. Masalah pembangunan staf tak ditangani. Masalah persekitaran tak diselesaikan. Masalah kebersihan juga terabai . Tak penting ke masalah-masalah  tu semua? Gunalah kepakaran kamu, gunalah keterlihatan kamu, gunalah kemasyhuran kamu, gunalah kawan-kawan kamu, Gunakanlah pengalaman kamu yang tersangat luas untuk membawa KUIN ke satu tahap yang membanggakan….. Apa peranan kamu sebagai pemimpin sebuah institusi Islam? Dengan ganjaran yang sungguh lumayan itu, apa yang sudah kamu selesaikan? Alahai Datuk….dah dua..ya.. dua tahun ni…kalau rasa dah tak boleh dah…belajar lah “melepaskan” apa yang kamu ada……


·         Ketua Editor