‘Tanya sama pokok , apa sebab goyang , nanti jawab pokok angin yang goncang ‘ Jika tak ada angin takkan lah pokok tak goncang ,? Itulah metafora yang sesuai dinukilkan dalam kancah bencana tsunami kewangan ciptaan tangan ghaib di KUIN.
Semalam selepas solat kami
bersembang-sembang mengenai KUIN di bangsal panas. Saya dilontarkan suatu
persoalan oleh seorang sahabat.yang mengetuk kebolehpercayaan minda saya.
Katanya : ntah-ntah apa yang berlaku adalah suatu sabotaj “silent protest”
sebab PRU dah dekat. Rektor dan kroninya bukanlah orang PAS, mereka UMNO yang
baru jadi Pas bila Azizan panggil balik Kedah. Saya mencelah agar berfikiran
positif,’tak baik tuduh cam tu” kononnya saya ingin memujuk kawan agar lebih
focus kepada perbincangan. Tetapi hati kecil saya hingga saat ini memikir-mikir
apa yang disebut oleh rakan saya tadi. Persoalan yang timbul siapa Jamil yang
sebenar. Kenapa Azizan dijadikan perisai menyelamatkan dirinya. Semua kenyataan
tidak dijawabnya tetapi situasi memaksa Azizan bertindak sebagai Rektor KUIN
.
Orang kuat Pas usah menjadi
pengikut taasub menjilat membabi buta. Orang kuat Umno jangan jadikan isu
sebagai alat mengambil kesempatan politik. Orang atas pagar , jom terjun pagar
jangan bagi gayat lama sangat.