Pages

Sunday, 13 May 2012

KUIN CAJ RM25 PEMOHON BARU : BUKTI KRISIS KEWANGAN KRITIKAL

Bayar RM25 untuk semakan kemasukan

13/05/2012 5:20pm

ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.


Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof. Madya Dr. Ahmad Fauzi Idris.

Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

Seorang waris, Abdul Rashid Salleh menghubungi Bernama untuk melahirkan rasa terkejut dengan caj tersebut.

"Saya ada anak yang belajar di IPTA tetapi tidak pula dikenakan caj untuk menyemak kemasukan sebelum ini.

“Saya mahu kerajaan negeri melihat perkara ini dan mengkaji kenapa Kuin mengenakan caj itu yang tidak wajar sama sekali," katanya yang anaknya turut memohon memasuki Kuin. - BERNAMA

Sumber :
http://malaysiakini.com/news/197806

 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm