Demo diadakan kerana pihak pengurusan KUIN melalui sepucuk surat
kepada pengetua asrama pada ketika itu telah mengarahkan sebahagian
pelajar tahfiz agar mengosongkan sebahagian Blok bangunan untuk memberi
laluan kepada penempatan Sekolah Bestari.
1 APRIL 2011 : Selepas
menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah
mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah
dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari hingga menyebabkan sebahagian
pelajar Tahfiz diarah keluar dari asrama mereka. Himpunan ini turut melibatkan
Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco MPM yang turun
bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.
3 APRIL 2011 :
Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Mohamad Idrus Bin Ismail
telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut
terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari dan
didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media.
Dekan (Dr Azharuddin bin Sahil) juga turut didapati bersalah oleh Panel
Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media namun tidak ada sebarang tindakan
yang diambil ke atasnya.
: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang, berbincang
mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah al-Quran. Kata sepakat
dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM, Rektor dan Menteri Besar. Namun
usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri Besar enggan bertemu MPM.
4 APRIL 2011 : MB
Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima
surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz
5 APRIL 2011 :
Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan
laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran (Dr. azharuddin bin
Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah al-Quran telah menghantar
surat penafian laporan pertama yang beliau beri kepada MB, dan keluar kenyataan
media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf’.
: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro
Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah
tahfiz dan bukumappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa, namun telah
dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal, berlaku sedikit ketegangan apabila
pihak HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN.
6 APRIL 2011 : Faiz
Arsyad, Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar
menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah al-Quran
tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu
dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.
7 APRIL 2011 :
Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak
dapat dikenal pasti dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak
yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.
21 APRIL 2011 :
Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz al-Quran dipindahkan
kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal di
KUIN. Ini ada bertujuan untuk mengeluarkan kesemua staf tahfiz (18 orang) dari
KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan.
23 APRIL 2011 : 6
Mahasiswa kita, Faiz Arsyad, Aiman Razab, ZukhiLatif, Ahmad Remy, Mohd Farhan
dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa
mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan
keterlibatan mereka dalam demonstrasi, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan
memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).
30 APRIL 2011 : MPM
bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak
dikeluarkan daripada KUIN.
2 MEI 2011 : Beberapa Exco
MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih
sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz
11 MEI 2011 : 6
Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP, telah
menghantar surat bantahan terhadap surat HEP kerana tidak mematuhi
prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta' HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat
Cinta' iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak
pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa
kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.
18 MEI 2011 : Mohd Aiman
Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan
idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS
menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam
menangani isu-isu kampus yang berlaku.
21 APRIL 2012 : Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh MB memutuskan untuk meminjam secara paksa seramaI 18 orang staf Kulliyyah Al-Quran ke Yayasan Islam Negeri Kedah selama 2 tahun. Arahan itu dibuat hanya melalui sepucuk surat dan dengan secara paksa. Ini adalah sebagai hukuman dari pihak KUIN terhadap staf tahfiz yang mempertahankan bangunan milik tahfiz daripada diambil alih oleh Sekolah Menengah Insan Bestari.