Kulliyyah
Al-Quran sentiasa diselubungi pelbagai isu, skandal, dan macam-macam lagilah
semenjak ditadbir oleh Bapak Indon Azharuddin. Skandal dan isu KAQ bertambah
menjadi-jadi sejak bermulanya program sarjana tahun lalu. Apabila bermulanya
program sarjana KAQ maka Jamil melihat ini adalah ruang untuk anaknya Ramzul
memperolehi master sekalipun anaknya langsung tidak ada asas dalam bidang
al-quran. Mantan Dekan Pusat Siswazah sebelum ini tidak bersetuju dengan
permohonan group Multimedia (5 orang termasuk Ramzul) ke Kuiah al-quran. Jangankan
nak menghafaz al-quran, nak baca al-quran pun lintang pukang macam mana nak
menghafaz. Sedangkan silibus master KAQ mewajibkan pelajar menghafaz 2 juzuk
al-quran (juzuk 29 dan 30). Sebahagian subjek pula diajar oleh pensyarah arab
yang menggunakan bahasa arab 100% sedangkan Ramzul and the geng tak mampu
berbahasa arab. Bercakap pun tak boleh, menulis arab pun tak boleh, membaca
arab pun tak boleh. Last-last pelajar2 lain pulak yang nak kena mengajar depa.
Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul serta meraih keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang iaitu 3.8 (awat tak bagi 4.0 ja Bapak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk sahaja (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkupweng lah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, nak buat baik pun berpada-padalah. Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak MQA dan pihak KPT. Minta MQA dan KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng (jawap dalam bahasa melayu, mengaji dalam bahasa arab) supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.
Walau bagaimanapun ada usaha-usaha tertentu untuk menyelamatkan Ramzul daripada tindakan MQA atau KPT iaitu dengan menyembunyikan skrip jawapan Ramzul. Kita minta pihak MQA atau KPT sila bersemuka dengan Ramzul dan minta dia baca al-quran. Kalau dia tak mampu nak baca macam mana dia boleh dapat B sedangkan silibus mewajibkan pelajar menghafaz juzuk 29 keseluruhan untuk sem 1.
Persoalan
:
1.
Bagaimana
Ramzul boleh mendapat keputusan yang baik (B) dalam subjek Hifz Al-Quran
sedangkan Ramzul tak mampu baca al-quran, jadi macam mana nak menghafaz?...apa
yang pasti ada usaha untuk meluluskan beliau walaupun Ramzul hanya menghafaz
surah al-mulk…itu pun tak habis…sedangkan pelajar2 lain diwajibkan mengapai
satu juzuk (29)…
2.
Macam
mana Ramzul boleh jawap dalam peperiksaan bertulis untuk subjek hifz al-quran?...bolehkan
Ramzul tulis balik ayat-ayat yang dia hapai…minta KPT buat ujian kat dia…sebab
tu skrip jawapan Ramzul dihilangkan…
3.
Untuk
subjek Ulumulquran…macam mana Ramzul boleh dapat (A)…yang ajar tu orang arab
yaman…guna bahasa arab 100%...sedangkan Ramzul n geng tak boleh lansung
berbahasa arab…bila exam soalan dalam bahasa arab…Ramzul n geng pulak jawap
dalam bahasa melayu…ok…yang semak kertas jawapan depa ialah pensyarah arab yang
lansung tak boleh bahasa melayu…macam mana dia semak skrip jawapan Ramzul?...dapat
(A) pulak tu…pelik-pelik…