Dalam akhbar Sinar Harian hari ini 9 Julai 2012, MB telah mengeluarkan
kenyataan meminta pihak KPT tidak campurtangan dalam isu KUIN. Alasan
yang diberikan oleh MB adalah kerana KUIN adalah milik kerajaan negeri
bukannya IPTA. Jadi KPT tidak perlu campurtangan.
Sedarkah kita bahawa semua IPT mesti berdaftar dengan KPT terlebih dahulu sebelum boleh memulakan program pengajian. Setiap program pengajian pulak perlu mendapat pengiktirafan. Setiap tenaga pengajar pulak perlu menpunyai permit mengajar. Semua yang dinyatakan disini adalah menjadi kuasa KPT untuk meluliskan kepada sesebuah IPT.
Apakah selepas ini semua program pengajian di KUIN akan diiktiraf oleh kerajaan negeri sahaja tanpa perlu ke KPT melalui MQA. jika itulah apa yang MB maksudkan dengan KPT tidak perlu campurtangan dalam KUIN nescaya KUIN berada dalam keadaan bahaya. Apakah selepas ini jika KUIN ingin membuka program baru hanya dengan kelulusan kerajaan negeri sahaja dan tak perlu ke KPT jika tidak mahu campurtangan KPT.
KPT bertanggungjawab terhadap semua IPT yang berdaftar dibawahnya. Jika berlaku sesuatu kekalutan dalam sesebuah IPT seperti di KUIN ini adakah KPT tak perlu ambil tahu dan hanya tengok saja. Jika berlaku kekalutan dalam sesebuah IPT ini akan menjejaskan kualiti pendidikan maka itu menjadi tanggungjawab KPT untuk masuk ke sesebuah IPT dan tengok apa masalah yang berlaku.
Apakah KUIN takut tembelangnya pecah jika KPT masuk maka terpaksa bagitau MB yang KUIN ni milik kerajaaan Negeri dan tak perlu campurtangan KPT..` Tepuk dada tanyalah selera`. Kita harap KUIN tak jadi macam UNISEL dalam isu PTPTN bila MB dia bersuara isu PTPTN maka PTPTN terus bertindak. Kita mintak simpang perkara tu berlaku di KUIN..

Ini semua mesti sepak terajang politik Jamil yang penakut dengan KPT , terpaksa mengadu masalah kepada MB supaya desak jangan bagi KPT masuk, kerana jika KPT masuk Jamil akan terpecah tembelangnya.