Pengunduran Jamil semakin hampir
apabila KPT akan campurtangan dalam kemelut yang melanda KUIN sekian
lama. Rupanya gelaombang putih yang melanda KUIN pasa 3 Julai yang lalu
tidak sia2 dan telah membuahkan hasil.yang memberangsangkan. Tahniah
kepada staf KUIN yang berani untuk berhimpun untuk menyatakan kebenara
dan menolak penyelewengan dan kezaliman yang Jamil telah lakukan. Jamil
pasti akan mengarah orangnya ke KPT untuk berbincang lebih awal.
Kita percaya dipihak Jamil dan kuncu2nya ketika ini akan cuba
sedaya upaya untuk menutup segala kemungkaran yang mereka lakukan.
Kuncu2nya akan sedaya upaya membantu jamil untuk menutup penyelewengan
mereka seperti biasa yang telah mereka lakukan. tapi percayalah kuasa
Allah melebihi daripada apa yang mereka rancangkan kerana Allah juga ada
perancanhannya.
Oleh itu kepada sahabat-sahabat gelombang putih semua marilah kita
sama-sama untuk membongkar kezaliman yang telah sekian lama Jamil
lakukan kepada kita. Pastikan tidak seorang pun daripada kita bercuti
pada minggu depan kerana besar kemungkinan pihak KPT akan turun pada
minggu depan. kita akan bongkar segala kemungkaran dan kezaliman yang
melibatkan wang rakyat negeri Kedah yang telah diamanahkan kepada Jamil
untuk menguruskan KUIN tetapi deberikan kepada kroni2nya yang mempunyai
agenda yang busuk.
Kita berharap pihak KPT akan memanggil staf yang bertepatan untuk
membongkar rahsia sehingga tercutusnya Perhimpunan Aman pada 3 Julai
yang lalu. KPT tidak boleh lagi berharap kepada top management atau
lebih tepatnya Jamil sendiri untuk memilih staf untuk berdepan dengan
KPT. Rujuklah kepada Dato' Hajjah Che Barni, Timb. Rektor Jaringan
Industri dan Komuniti untuk perkara yang sebenar dan memilih staf yang
bersesuaian untuk berdepan dengan KPT.
Wahai sahabat-sahabat gelombanng putih kuatkan semangan azamkan
tekad untuk mencegah kemungkaran di KUIN. jangan hirau apa yang MB kata
kerana kita percaya beliau hanya terima berita yang baik saja daripada
Jamil. Mari kita terus berdoa di bulan yang mulia ini supaya Allah SWT
memberkati segala usaha kita untuk selamatkan bumi KUIN yang tercinta