Kompleks Mahkamah Alor Setar Jalan Suka Menanti |
29 Ogos - Esok 30 Ogos adalah penggulungan kes saman Syarikat Shake Cuisine ke atas KUIN sebanyak 3 juta bertempat di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kes difailkan kerana KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di
Sungai Petani. Pemilik syarikat tersebut telah memfailkan
saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar
melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
Shake Cuisine Sdn Bhd yang bedaftar di Kelab
Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak
Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun
bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan
asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej
Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap
pelajar.
Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd |
Namun apa yang paling malang pihak Shiak memang dengan jelas telah dizalimi oleh Jamil :
1. Pihak KUIN sanggup dan telah mengadakan satu dokumen 'misteri' bagi tujuan memastikan Jamil menang (Konsep MATLAMAT MENGHALALKAN CARA).
2. Jamil masa dikandang mahkamah , banyak menyatakan banyak dia tak tahu.
3. KUIN sebuah Universiti Islam mengamalkan:
- Bercakap bohong
- Tidak menepati janji. kalau student tak bayar duit siap keluar amaran dan marah student dengan berhujah hadis-hadis nabi, tapi bila KUIN tak bayar ikut perjanjian siap bercakap bohong.
* Ingat-ingatlah mana-mana kontraktor yang mahu bermuamalat dengan Jamil "JANJI TAK DITEPATI"
Kita doakan Allah membantu hamba-hambanya yang dizalimi dan berada dalam landasan kebenaran.