Nah ambik hang Azizan... sayang sangat puak UMNO yang dok buat dajal tuu..!!!
Patutlah UMNO pertahankan sangat 2R... nak hancurkan kerajaan negeri kedah dari dalam
Oleh: Pak Dee Jantan
Oleh: Pak Dee Jantan
Semakin dibuka lembaran kitab keperihalan politik pentadbiran Kedah maka
semakin terserlahlah akan apa yang selama ini tersirat. Bagi Pak Dee
inilah masa untuk memulang paku buah keras kepada Ustaz Azizan (maafkan
Enggang Qadha dan Tok Senapi yang naif, kalau kita berbeza pandangan
dalam isu ini). Sewaktu awal pemerintahan lagi Pak Dee dah jumpa Ustaz
MB, ceritakan bahawa Datuk Rasli, Adzmi Din, Abdul Rahman Saad (dan bla
bla bla) adalah individu yang akan digunakan oleh UMNO Kedah untuk
sabotaj kerajaan negeri dari dalam. Pak Dee kena jerkah butaa jer tapi
dalam hati Pak Dee yakin bahawa kebenaran akan terserlah suatu hari
nanti.
Sekarang satu demi satu perancangan jahat mereka terselak. Sejak Rasli
jadi SUK, Rahman Saad tidak pernah ditukar ke tempat lain sampai berakaq
dekat bahagian perumahan. Semua tahu dia tak pernah beri kerjasama
kepada Exco perumahan, ajak bincang tak mau, jemput nak jumpa buat tak
tau. Cuba pikiag tengok ketua bahagian yang berkaitan dengan exco tapi
tak boleh bagi kerjasama dengan Exco. Berkali perkara ini dibawa masuk
meeting Exco, minta Rasli betulkan atau kalau tak boleh tegur pindahkan
ke post lain tapi takkan Rasli nak buat macam tu pada Rahman depa satu
tongkang, sama kefahaman dan sama tindakan.
Isu perumahan adalah antara yang banyak komplen sampai ke Exco tapi tak
boleh selesai segera dan pelaksananya ialah pegawai di bawah SUK,
bukannya Exco. Lebih 2,000 unit rumah awam yang sudah selesai bayaran
tapi tidak dikeluarkan geran hakmilik, di Kuala Kedah saja ada 148
sampai ada yang dah angkat sepanduk, maki kerajaan negeri. Apa tujuan
Rahman menangguhkannya kalau bukan untuk membusukkan imej kerajaan
negeri?
Isu penduduk flet Seri Gemilang yang melantik lawyer menyaman kerajaan
negeri kerana menerima notis perpindahan dari kerajaan negeri sepatutnya
sudah membuka mata MB, siapa Rahman Saad. Exco perumahan terpinga-pinga
apabila kerajaan PAS dituduh kerajaan Yahudi Zionis oleh blogger
pecacai UMNO kerana mahu mengusir penghuni dengan notis yang sudah
dikeluarkan. Rupanya inilah kerja Rahman tanpa sepatahpun memaklumkan
kepada Exco terlebih dahulu. Apa tujuannya kalau bukan untuk membusukkan
imej kerajaan negeri?
Rahman adalah UMNO kiang, bukan ahli biasa tapi aktivis parti. Dalam
kerajaan buat kerja membusukkan imej kerajaan untuk hantar bola tanggung
pada UMNO tibai kerajaan negeri. Pegawai macam nikah yang kerajaan nak
simpan?
Isunya di sini bukan kerana dia UMNO tapi dia buat kerja sabotaj
kerajaan, itu yang kita marah. Ramai KCS UMNO buat kerja secara
professional. Md Suhaimi Abdul Rahman KPPD Tanah Kulim adalah aktivis
UMNO kedekiang, pernah pegang jawatan bahagian dan pernah naik pentas
ceramah. Tapi di Kulim dia buat kerja merelit, sampai pejabat tanah
Kulim dapat anugerah 4Bintang... orang macam ni kita salute!! DO Zahari
Ismail, Datuk Bandar Md Noh Ahmad pun berfikrah UMNO tapi mai tang kerja
depa professional, cepat selesaikan masalah rakyat. Macam ni rakyat
mau.
Orang macam Rasli dan Rahman Saad ni rakyat tak perlukan. Yang perlukan
sangat Rasli sebagai SUK dan pertahan mati-matian ialah pemimpin UMNO
seperti Mahadir Khalid dan Ahmad Bashah. Hujah depa buang Rasli derhaka
Sultan, walhal Pak Dee percaya kalau Sultan tau peranan Rasli ni maka
Rasli dah ghuyub dari tempat tu. Satu lagi isu yang nak dispin ialah PAS
lawan KCS, tak ada kena mengena semua KCS dalam isu ini. Hanya KCS mcm
2R ini saja yang tidak diperlukan oleh PAS. Semua alasan itu diguna oleh
UMNO Kedah untuk biarkan mereka jahanamkan kerajaan dari dalam.
Sekarang apabila Audit negara dedahkan penyelewengan RM2.55 juta semua
media UMNO dan pemimpin UMNO ambil kesempatan tibai kerajaan PAS/Pakatan
walhal yang patut bertanggungjawab sepenuhnya ialah 2R. Entah-entah itu
projek untuk salurkan duit ke kantung UMNO. Kontraktor UMNO buleh makan
sama, UMNO dapat sama tapi yang kena maki PAS.