Himpunan BERSIH KUIN 3.0 Gelombang Putih berjaya seperti dirancang |
Laporan itu dibuat kerana rasa kesal dan tidak
puas hati kakitangan KUIN kerana KUIN di bawah pentadbiran Dato Jamil bin Osman
selaku Rektor pecah amanah dalam mengurus kewangan KUIN dan kakitangannya.
KUIN tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak
ketiga seperti Bank, Insuran dan institusi kewangan yang lain, sedangkan wang
pekerja telah diambil dan potongan telah dilakukan di dalam slip gaji mereka.
Sebahagian pihak ketiga tersebut adalah seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB), Bank Persatuan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank
Rakyat), Bank Muamalat, Public Bank , Takaful, KWSP, KOWAMAS dan lain-lain institusi kewangan lain.
Sejurus selepas selesai laporan polis dibuat seramai 70 hingga 80 orang kakitangan KUIN berkumpul di hadapan IPD Kota Setar membuat himpunann gelombang putih secara aman dengan mengangkat sepanduk yang antaranya mendesak Jamil menyelesaikan masalah kebajikan kakitangan, Jamil letak jawatan, KUIN di bawah Jamil cemerlang dengan demonstrasi dan ketidakpuasan hati pelajar dan pekerja.
Sejurus selepas selesai laporan polis dibuat seramai 70 hingga 80 orang kakitangan KUIN berkumpul di hadapan IPD Kota Setar membuat himpunann gelombang putih secara aman dengan mengangkat sepanduk yang antaranya mendesak Jamil menyelesaikan masalah kebajikan kakitangan, Jamil letak jawatan, KUIN di bawah Jamil cemerlang dengan demonstrasi dan ketidakpuasan hati pelajar dan pekerja.
Sikap KUIN yang tidak membuat pembayaran itu
menyebabkan tunggakkan bayaran berlaku berbulan-bulan (3 hingga 6 bulan) mengakibat
sebahagian besar kakitangan KUIN terpaksa menanggung beban seperti berikut
:
1. Caj
kelewatan bayaran yang dikenakan oleh bank akan ditanggung oleh pekerja KUIN
sedangkan potongan gaji dilakukan setiap bulan dan terdapat dalam slip gaji.
2. Ada
sebahagian pekerja terpaksa menerima surat amaran peguam untuk diambil tindakan
mahkamah, semestinya kos peguam akan ditanggung oleh pekerja KUIN.
3. Sebahagian kakitangan telah menerima surat amaran untuk TARIK KERETA kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada Bank tersebut sedangkan gaji telah dipotong di dalam slip gaji pekerja.
3. Sebahagian kakitangan telah menerima surat amaran untuk TARIK KERETA kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada Bank tersebut sedangkan gaji telah dipotong di dalam slip gaji pekerja.
4. Disebabkan
implikasi ke-3 yang dinyatakan di atas, pekerja KUIN yang membuat pembiayaan
dengan BIMB akan mengeluarkan segera duit gaji masing-masing untuk mengelakkan
potongan dua (2) kali dan memasukkan gaji mereka ke akaun yang lain. Keadaan ini
menganggu urusan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain dan membuang masa.
5. Pekerja
KUIN juga menerima panggilan-panggilan peringatan daripada pihak bank mendesak
agar dibuat bayaran segera, keadaan ini menyebabkan gangguan emosi pekerja
KUIN.
6. Dividen
yang patut diperolehi daripada caruman di KWSP dan Tabung Haji tidak dapat
diperolehi sepenuhnya akibat caruman yang tidak dikemaskini sebaiknya.Ini
merugikan pencarum.
7. Sebahagian
polisi insuran pekerja KUIN telah ditamatkan oleh syarikat insuran akibat
kegagalan KUIN membayar sedangkan gaji pekerja telah dipotong setiap bulan.
Sebahagiannya lagi menaggung risiko kelewatan pembayaran menyebabkan tuntutan
kepada kematian , kemalangan atau keilitan akan mengahadapi masalah.
8. Akibat
kegagalan KUIN membayar pembiayaan-pembiayaan pekerja ke institusi kewangan
yang berkaitan, nama pekerja yang terlibat telah disenaraikan di CREDIT
REFERENCE INFORMATION SYSTEM (CCRIS). CCRIS adalah sistem pangkalan
data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap
institusi kewangan. Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar
maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah
diberikan kepada pelanggan mereka kepada Jabatan Kredit di Bank Negara
Malaysia. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara
akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh
diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.
9. Pembayaran
yang lewat kepada pihak-pihak ketiga ini menyebabkan nama baik pengurusan
KUIN akan tercalar.
10. Motivasi diri pekerja menurun
kerana , faktor pendapatan dan perbelanjaan daripada gaji pekerja terdapat
masalah.
11. Beberapa pihak yang menawarkan
pembiayaan boleh menyenarai hitamkan KUIN sebagai pelanggan mereka.
Kakitangan merasa seolah-olah KUIN langsung
tidak mengambil berat soal kebajikan dan amanah pengurusan gaji yang suarakan
kakitangan KUIN.
Selepas laporan polis tersebut dibuat pihak
KUIN menerusi Jabatan Bendahari berjanji akan membayar semua tunggakan yang berlaku
namun ia hanya sekadar bagi melepaskan batuk ditangga sahaja apabila gagl membuat pembayaran wang pekerja kepada
agensi pihak ketiga seperti Bank, Insuran dan institusi kewangan yang lain,
sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan telah dilakukan di dalam slip
gaji mereka.
Jika jamil gagal mengurus KUIN dan kebajikan
kakitangan KUIN , Jamil didesak untuk meletak jawatan.