Wednesday, 27 June 2012

KAKITANGAN KUIN BUAT LAPORAN POLIS , JAMIL PECAH AMANH KERANA GAGAL TADBIR KEWANGAN KUIN SECARA AMANAH


Sebahagian kakitangan  keluar selepas laporan polis dibuat
(Lagi gambar di bawah)
Seramai 5  orang kakitangan KUIN yang turut diiringan oleh  rakan sekerja kakitangan KUIN yang lain telah membuat laporan polis di Pejabat Polis daerah Kota Setar  hari ini atas dakwaan KUIN pecah amanah

Laporan itu dibuat kerana rasa kesal dan tidak puas hati kakitangan KUIN kerana KUIN di bawah pentadbiran Jamil pecah amanah dalam mengurus kewangan KUIN dan kakitangannya.  KUIN  tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti Bank, Insuran dan institusi kewangan yang lain, sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan telah dilakukan di dalam slip gaji mereka. Sebahagian pihak ketiga tersebut adalah seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Persatuan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Bank Muamalat, Pusat Zakat Kedah dan lain-lain institusi kewangan lain.

Sikap KUIN yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakkan bayaran berbulan-bulan mengakibat sebahagian besar kakitangan KUIN terpaksa menanggung  beban seperti berikut :

1.       Caj kelewatan bayaran yang dikenakan oleh bank akan ditanggung oleh pekerja KUIN sedangkan potongan gaji dilakukan setiap bulan dan terdapat dalam slip gaji.

2.       Ada sebahagian pekerja terpaksa menerima surat amaran peguam untuk diambil tindakan mahkamah, semestinya kos peguam akan ditanggung oleh pekerja KUIN.

3.       Pembayaran gaji pekerja adalah melalui BIMB, oleh itu BIMB telah memotong terus bayaran tertunggak pekerja apabila gaji terus dimasukkan ke dalam akaun, dengan itu pekerja telah membayar pembiayaan tersebut sebanyak dua (2) kali dalam satu bulan, keadaan ini menyebabkan gaji pekerja berkurangan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang perlu di bayar juga terjejas.

4.       Disebabkan implikasi ke-3 yang dinyatakan di atas, pekerja KUIN yang membuat pembiayaan dengan BIMB akan mengeluarkan segera duit gaji masing-masing untuk mengelakkan potongan dua (2) kali dan memasukkan gaji mereka ke akaun yang lain. Keadaan ini menganggu urusan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain dan membuang masa.

5.       Pekerja KUIN juga menerima panggilan-panggilan peringatan daripada pihak bank mendesak agar dibuat bayaran segera, keadaan ini menyebabkan gangguan emosi pekerja KUIN, termasuk tindakan penarikan balik pemilikan kereta daripada pihak Bank.

6.       Dividen yang patut diperolehi daripada caruman di KWSP dan Tabung Haji tidak dapat diperolehi sepenuhnya akibat caruman yang tidak dikemaskini sebaiknya.Ini merugikan pencarum.

7.       Sebahagian polisi insuran pekerja KUIN telah ditamatkan oleh syarikat insuran akibat kegagalan KUIN membayar sedangkan gaji pekerja telah dipotong setiap bulan. Sebahagiannya lagi menaggung risiko kelewatan pembayaran menyebabkan tuntutan kepada kematian , kemalangan atau keilitan akan mengahadapi masalah.

8.       Akibat kegagalan KUIN membayar pembiayaan-pembiayaan pekerja ke institusi kewangan yang berkaitan, nama pekerja yang terlibat telah disenaraikan di CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM (CCRIS). CCRIS adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Kebanyakan institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada pelanggan mereka kepada Jabatan Kredit di Bank Negara Malaysia. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

9.       Pembayaran yang lewat kepada pihak-pihak ketiga ini menyebabkan nama baik pengurusan  KUIN akan tercalar.

10.   Motivasi diri pekerja menurun kerana , faktor pendapatan dan perbelanjaan daripada gaji pekerja terdapat masalah.

11.   Beberapa pihak yang menawarkan pembiayaan boleh menyenarai hitamkan KUIN sebagai pelanggan mereka.
Kakitangan merasa seolah-olah KUIN langsung tidak mengambil berat soal kebajikan dan amanah pengurusan gaji yang suarakan kakitangan KUIN.
Walaupun memorandum pertama mengenai tuntutan menyelesaikan isu gaji telah dihantar kepada Dato Jamil , Rektor KUIN pada 20 Mei 2012 yang lalu agar membayar segera semua tunggakan yang ditanggung kakitangan KUIN, namun tiada sebarang tindakan susulan, bahkan kakitangan terus dirundung masalah tunggakan bayaran kepada pihak ketiga berbulan-bulan walaupun gaji mereka telah dipotong di dalam slip gaji.
Jika jamil gagal mengurus KUIN dan kebajikan kakitangan KUIN , Jamil didesak untuk meletak jawatan atau MB Kedah mesti bersifat professional untuk memecat dan melucutkan jawatan Jamil.