Pages

Friday 31 August 2012

KES PELAJAR TAHFIZ DAN PENCURI: TIMBALAN REKTOR HEP DOK NAMPOK, GI MANO ?

Dalam akhbar baru-baru ini di dada akhbar melaporkan 8 orang pelajar tahfiz KUIN yang sedang belajar di Yayasan Islam ditahan reman  selama seminggu untuk soal siasat , namun apa yang kecewa seorang waris telah menelefon seorang Ketua Jabatan di HEP menanyakan sesuatu mengenai anak mereka , tapi malangnya beliau berkata student itu bukan student KUIN.

Kalau marahkan pensyarah tahfiz, jangan sampai anak menjadi mangsa. Semua student tersebut masih student KUIN kerana butiran berikut :
1. No Matrik mereka adalah no matrik KUIN.
Wan Timb Rektor Hep
2. Pengajian Diploma Tahfiz adalah program KUIN.
3. Pertukaran tempat pengajian dari KUIN ke Tahfiz adalah pertukaran pentadbiran dan pensyarah.
4. Tiada langsung pekeliling yang menukarkan pelajar di dlam mana-mana surat tawaran baru dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah.
5. Pelajar yang ditahan adalah kebanyakan pelajar semester 5 , merupakan anak kandung KUIN yang masuk atas nama KUIN dengan menggunakan surat tawaran KUIN.


Kita faham , mungkin KUIN sibuk dengan konvo 13 % , namun sekurang-kurangnya bagilah nampak bahawa pelajar tu anak kita cuma dipeliharan oleh Yayasan.

Jangan sampai menyangkal dakwaan bahawa itu bukan student  KUIN.

Wahai Wan Sulaiman (Timb Rektor HEP) jadilah pemimpin yang sentiasa berjiwa rakyat dan pelajar. Kami dok lihat bila Wan tukar ke HEP dan kamu bergred JUSA , apa projek yang Wan buat pun tak tahu, yang tahu kerap ke Thailand. Kerja HEP banyak Pejabat HEP buat dah. Turunlah ziarah pelajar tu wahai Wan, kesian kat depa. turun yer OK wahai Wan.

"PELAJAR DIUTAMAKAN KEBAJIKAN DIPERIHATINKAN"

KES SAMAN 3 JUTA KE ATAS KUIN , MASA DIPANJANGKAN BAGI PEMBUKTIAN DOKUMEN TAMBAHAN

31 Ogos - Penggulungan kes saman KUIN 3 juta yang sepatutnya sepatutnya berlangsung semalam di Mahkamah Tinggi Alor Setar, bagaimanapun dilihat masa bagi pembuktian tambahan dipanjangkan. Dijangka kes ini akan berpanjangan selama sebulan lagi.

KUIN disaman 3 juta kerana  KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

AZIZAN PATUT LETAK JAWATAN KERANA KESIHATAN, PENAFIAN HANYA BURUKKAN KEADAAN


Sinar Harian muka hadapan

Pelbagai pihak menafikan masalah kesihatan Azizan, terbaru isteri Azizan sendiri mebafikan Azizan sakit teruk. Semua penafian ini hanyalah memburukkan lagi keadaan kerana tembelang ketidak mampuan Azizan mentadbir KUINsemakin ketara.

Kenapa Azizan masih tegar tidak mahu lantik pengganti menjalankan tugas MB. Sudah tentu orang yang paling terancam dalam suasana ini ialah Jamil n kroni.




Wednesday 29 August 2012

KEMELUT KESIHATAN AZIZAN TERUS MELANDA : DOA ULAMAK DAN PELAJAR TAHFIZ MUSTAJAB

Sinar Harian Muka hadapan

30 Ogos - Azizan terus dilanda sakit yang misteri di samping sakit-sakit fizikal yang lain, yang sentiasa dirahsiakan orang kanannya.

Taulan kata Azizan alahan ubat . Amirudin kata Azizan keracunan makanan . yang mana satu betul ni? atau memang tak berdyaa melindungi masalah kesihatan Azizan.

Tetapi mari saya nak cerita, yang sebennarnya Azizan telah terkena panahan doa orang alim dan pelajar yanghafaz Al Quran kerana tindakannya yang dendam dan dizalimi hingga menendang diploma tahfiz keluar dari KUIN , hanya kerana mereka menegur pemerintah Kedah.

tak perlu Timbalan MB , yang perlu ialah menimbalkan MB

Tak perlu bincang Timbalan MB, tukar MB baru atau lantik pemangku MB






JAMIL IKUT PEKELILING KERAJAAN , PAKAI BAJU BATIK.... KERAJAAN KA SWASTA NIE?

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2008 , mewajibkan pemakaian baju batik kepada pegawai awam 

Tiba-tiba Jamil yang bersandiwara kata KUIN ni swasta , Jamil pun tak ketinggalan pakai baju batik hari ni (khamis), pasai ikut pekeliling kerajaan
Alahai jamil,  kata Insaniah swasta - kalau swasta tak perlu la nak pakai baju batik, ikut pegawai kerajaan
Pekeliling Baju Batik mau gunapakai pula , Pekeliling 13 % dengan Pencen 60 tahun pasai apa tak gunapakai.

Boleh ke ada pekeliling yang digunapakai dan tak?
Kalau pekeliling boleh ikut suka nak ikut, tentu la ibadat macam tu juga, sampai kalau meeting dekat nak asar baru solat zohor dah nak magrib baru solat asar. isyhhhh islamisai la tu.


AZIZAN SAKIT , GERAKAN KEDAH CADANG LANTIK TIMBALAN, BERSIH KUIN CADANG TUKAR MB KEDAH

Sumber pautan berita :
- Sinar Harian
- Berita Harian
- Malaysiakini
- Bernama

Gerakan saran wujudkan jawatan timbalan MB Kedah



Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan diwujudkan jawatan timbalan menteri besar bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas sekiranya pimpinan tertinggi kerajaan negeri Kedah tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh yang panjang.  

NONEKetuanya Tan Keng Liang berkata cadangan yang memerlukan perkenan Sultan Kedah itu perlu dikaji dan dipertimbang kerana Undang-Undasng Tubuh negeri sekarang tidak mempunyai sebarang peruntukan mengenai jawatan itu.

"Dalam hal ini, kita harus memahami tiada pihak yang dapat meramalkan masalah kesihatan atau malapetaka lain yang mungkin terjadi ke atas mana-mana menteri besar Kedah, sama ada di pihak Pakatan Rakyat atau BN.
                                          
"Sebuah kerajaan negeri yang stabil harus mempunyai peruntukan untuk apa-apa kejadian yang mungkin menimpa pemimpin tertingginya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tan berkata cadangan itu dibuat ekoran keadaan kesihatan menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan terjejas selepas diserang sakit jantung Julai lalu.

azizan abdul razak pas and kedahKatanya, dengan adanya peruntukan bagi jawatan itu dalam peruntukan Undang-undang Tubuh negeri, jika menteri besar tidak dapat berfungsi dalam tempoh 30 hari, maka timbalan menteri bsar bolehlah mengambil alih fungsi mentadbir kerajaan negeri.

Beliau berharap kerajaan negeri Kedah dapat meneliti cadangan ini bagi kestabilan pentadbiran pada masa hadapan demi kebaikan rakyat negeri Kedah.

- Bernama

Tuesday 28 August 2012

SINAR JAWAB KENYATAAN TAULAN : EMAIL JADI BUKTI KENYATAAN MAHADZIR KHALID BENAR


Sinar Harian U1 29 Ogos 2012

29 Ogos - Sinar Harian melaporkan bukti email yang menjadi kontroversi, bahkan kebanyakan kepimpinan Kerajaan menyatakan ia adalah satu fitnah. Penyiaran bukti oleh Sinar harian jelas membuktikan tiada yang fitnah melainkan menutup kelemahan pentadbiran KUIN di bawah Azizan dan Jamil.


Email penuh dari Syaya kepada jamil dan Jamil yang tandatangan serta minit tulisan Jamil sahkan terima email


Pihak admin telah membuat bedah siasat dan kajian terhadap email tersebut dan ulasan dari pihak Sinar Harian dan hasilnya beberapa soalan dan tandatanya yang menimbulkan kontroversi dalam email ini :

Pertama :



Kenapa emel ini  dihantar terus kepada Jamildan kenapakah Jamil kemudiannya menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan Lembaga Pengarah KUIN atau pihak Kerajaan Negeri sehingga Kerajaan negeri kata mereka langsung tak tau apa...

Apa muslihat Jamil yang selepas membaca email ini terus mencatat minit dan menandatangani di atas email tersebut dan diminitkan hanya kepada Bendahari dan Muslim.

Apa pulak kaitan Muslim dalam sandiwara ini.

Kedua :


Di dalam email menyatakan sumbangan 1 Juta untuk pembinaan Masjid. bukankah masjid sudah termasuk dalam bajet pembinaan kampus kuala ketil? Gambar terpampang sana sini kononnya masjid menjadi mercu tanda Kampus KUIN Kuala Ketil.Kenapa masih perlukan dana dari luar ? Atau memang masjid tak dibina , dan apa yang dicanang hanyalah indah khabar dari rupa?

Ketiga :

Di dalam email langsung tiada dinyatakan bahawa niat Syaya nak mewakafkan kembali. Persoalannya , nak wakaf kepada siapa? Nak wakaf atas nama Kerajaan negeri kah? Atau KUIN SDn BHD kah? Majlis Agama Islam Kedah kah? Atau beberapa individu kah?

Kenapa harus belii dahulu kemudian nak wakaf. Kenapa tak bantu selesaikan dahulu masalah kewangan dan hutang yangbertimbun. Istilah hasrat ingin memiliki 90 % equiti KUIn adalah muslihat ahli perniagaan yang licik.

Jika betul pihak syarikat luar nak bantu dengan membeli kemudian mewakafkan balik, bukankah lebih baik jika benar syarikat luar nak bantu maka salurkan sahaja dana terus kepada KUIN, tak perlu nak beli kemudian wakaf...macam ada agenda yang tersembunyi dan cadangan wakaf hanya timbul selepas isu ini meletup.

Keempat :


Di dalam email membuat tawaran kepada staf KUIN untuk diserapkan ke  syarikat dia selepas berjaya memiliki 90 % equiti. Kalau betul nak wakaf maka tak perlu nak tawar staf masuk syarikat dia, staf boleh kekal dengan kuin ja. Sahlah, semua apa yang dibuat ada agenda terancang yang sangat sulit.

Kelima:


Selepas isu meletup , Syaya terus nyatakan hasrat nak wakaf, kemudian riba-tiba merajuk dengan berkata tak mahu wakaf pulak, wang yang ada nak salur kepada syarikat lain di Thailand dan Indonesia. Persoalannya kenapa perlu merajuk seperti kebudak budakan. Jika benar-benar ikkhlas dalam perjuangan teruskan apa yang dihajati, tak usah dihiraukan onak dan duri.

Kenapa pula perlu berikan pada Institusi Pengajian di Thiland dan Indonesia. Di Malaysia masih banyak lagi institut pendidikan yang susah , antaranya KIDU yang telah dianiaya KUIN dengan menghantar pelajar yang tak cukup syarat.

Keenam :



Kenapa Jamil lari dari media semenjak isu ini meletup. Jamil perlu menjawab tohmahan ini jika Jamil merasakan dia di pihak yang benar. Sikap lari dari wartawan dan menerangkan perkara yang sebenar adalah antara faktor yang mengukuhkan lagi bahawa ada sesuatu yang disembunyikan Jamil. 

Berani kerana benar dan takut kerana salah

30 OGOS PENGGULUNGAN MAHKAMAH KES KUIN DISAMAN 3 JUTA

Kompleks Mahkamah Alor Setar Jalan Suka Menanti
29 Ogos - Esok 30 Ogos adalah penggulungan kes saman  Syarikat Shake Cuisine ke atas KUIN sebanyak 3 juta bertempat di Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kes difailkan kerana  KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.


Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd

Namun apa yang paling malang pihak Shiak memang dengan jelas telah dizalimi oleh Jamil :

1. Pihak KUIN sanggup dan telah mengadakan satu dokumen 'misteri' bagi tujuan memastikan Jamil menang (Konsep MATLAMAT MENGHALALKAN CARA).
2. Jamil masa dikandang mahkamah , banyak  menyatakan banyak dia tak tahu.
3. KUIN sebuah Universiti Islam mengamalkan:
         - Bercakap bohong
         - Tidak menepati janji. kalau student tak bayar duit siap keluar amaran dan marah student dengan berhujah hadis-hadis nabi, tapi bila KUIN tak bayar ikut perjanjian siap bercakap bohong.

* Ingat-ingatlah mana-mana kontraktor yang mahu bermuamalat dengan Jamil "JANJI TAK DITEPATI"

Kita doakan Allah membantu hamba-hambanya yang dizalimi dan berada dalam landasan kebenaran.

PEMIMPIN YANG SUDAH DITOLAK RAKYAT TETAPI MASIH RAKUS INGIN BERKUASA

Kakitangan berdemo tolak Jamil

Krisis KUIN adalah kerana majoriti kakitangan KUIN tak mahu Jamil jadi Rektor.

Mahasiswa pernah berdemo tolak cara Jamil mengemudi KUIN
Biar apa pun alasan Jamil yang masih rakus jadi rektor seperti dia kata dia dilantik oleh Azizan tetapi tetap Jamil ditolak oleh kakitangan KUIN.

Selagi Jamil tidak meletak jawatan , selagi itulah KUIN akan terus bergolak.

Jika Jamil ikhlas dan bersifat matang, profesional , Jamil perlu akur bahawa warga KUIN tak mahu Jamil.

salah seorang kakitangan yang dizalimi Jamil
Yang mahu dan sayangkan Jamil hanya Azizan dan kroni terhutang budi pada Jamil sahaja.

Apabila dalam satu kharyah tok imam sudah ditolak makmum, maka kharyah tak akan lagi sejahtera, biarpun tok imam tu ada prof dan Dato Wira sekali pun.

SURAT TERBUKA OLEH INSAN TULIS KEPADA ADMIN TERHADAP KEMELUT KUIN

Admin Blog telah menerima satu nukilan berjela dalam email blogger. mari kita baca:

Salam Syawwal saudara blogger yang dihormati dan semua pembaca budiman

Sebelum saya membicara lanjut tentang krisis kewangan yang berlaku di Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), izinkan saya menyingkap terlebih dahulu sejarah penubuhan universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah ini. INSANIAH ditubuhkan pada Oktober 1995 pada ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Menteri Besar pada ketika itu iaitu Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff. Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional untuk memberi peluang kepada anak Kedah khasnya dan Malaysia amnya untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jesteru itu, tidak hairanlah KUIN yang dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman atau nama singkatannya INSANIAH telah menjadi nadi utama pendidikan terutamanya dalam aliran agama kepada penduduk negeri jelapang padi ini. Tahun demi tahun, hari berganti hari, perkembangan INSANIAH sangatlah memberangsangkan. Perkembangannya bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan perancangan diatur untuk menaiktaraf INSANIAH kepada Kolej Universiti dan hasilnya pada 15 Mei 2006, INSANIAH telah mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti INSANIAH (KUIN). Harus diingat bahawa kenaikan taraf ini adalah pada ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Jika disebut  institusi pendidikan tinggi agama di utara, masyarakat akan terus menghala ke KUIN. Begitu juga jika ingin mencari para imam atau guru mengajar agama, KUIN akan menjadi agen kepada perkara tersebut. Hatta sekadar membaca doa di majlis keramaian pun, KUIN tetap memberi pilihan terbaik kerana mempunyai ’tok-tok guru’ yang hebat.

Namun, perkara itu telah berlalu dan semakin dilupakan. Bermulah era pemerintahan Pas yang diketuai oleh Dato’ Seri Azizan Bin Abdul Razak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN dan beliau telah melantik Prof Dato’ Dr. Jamil Osman sebagai Rektor KUIN yang keempat pada 1 Mei 2008 bagi menggantikan Prof Dato’ Dr Sayyid Muhammad Aqiel al Mahdaly. Pemerintahan Dato’ Dr. Jamil telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku. Penubuhan beberapa kulliyyah seperti kejuruteraan, multimedia dan yang terbaru Kulliyyah Perubatan telah lari dari idea asal penubuhan KUIN. Kemasukkan pelajar yang sedikit jika dibandingkan dengan kulliyyah-kulliyyah aliran agama seperti Al-Quran, Usulluddin dan Syariah amat ketara sama sekali. Penambahan lebih dari 40 program pengajian di KUIN seumpama gah diluar tetapi kosong didalamnya. Perkara itulah yang dicanang oleh MB dan Rektor seolah-olah merekalah yang menjadikan KUIN hebat tetapi pada hakikatnya terdapat program yang tiada langsung pelajar.

Saudara blogger,

Pelbagai peristiwa telah berlaku apabila KUIN bertukar pengurusan pada 2008. Seperti contoh, pada 11 Januari 2011, Majlis Perwakilan Mahasiswa telah menganjurkan perhimpunan aman mahasiswa untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di KUIN. Pada pendapat mereka, pentadbiran KUIN telah gagal menyelesaikan beberapa masalah dengan baik. Diantara yang dituntut oleh mereka adalah masalah kelewatan pembayaran zakat, isu penempatan, isu keselamatan dan sebagainya. Begitu juga pada 1 April 2011, selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari (mungkin tidak bestari). Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM pada ketika itu), dan beberapa orang exco MPM yang turut bersama memperjuangkan hak kulliyah tahfiz. Rentetan peristiwa tersebut, pada 3 April 2011, Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kulliyyah Al-Quran kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari. Kesemua ’tok-tok- guru’ yang mengajar di Kulliyyah Al-Quran telah ditendang ke Yayasan Islam Negeri Kedah disebabkan penentangan mereka demi menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman. Begitu juga 5 orang pelajar KUIN yang menyertai perhimpunan tersebut turut dikenakan tindakan tetatertib yang disifatkan sebagai tindakan yang melulu oleh pentadbiran KUIN.

Saudara blogger dihormati,

         Pengurusan baru KUIN juga telah menubuhkan beberapa anak syarikat kononnya  untuk menjana keuntungan. Rasional penubuhan anak-anak syarikat seperti Insan Maya, Insan Holdings, Insan System juga semakin kabur. Kewujudan anak-anak syarikat inilah telah menyebabkan krisis kewangan di KUIN semakin parah. Yang peliknya, anak-anak syarikat ini hanya ’mencari duit’ di dalam KUIN sahaja. Apa sahaja projek di KUIN, anak-anak syarikat ini akan menanti dengan penuh senyuman. Setiap kerja yang dijalankan di dalam KUIN, akan dituntut bayarannya. Yang pelik dan hairannya, gaji kakitangan anak syarikat ini ditanggung oleh KUIN menerusi peruntukan dari kerajaan negeri, yuran pelajar dan sebagainya. Bukankah anak syarikat perlu menjana keuntungan untuk KUIN dan bukannya mengaut segala duit yang telah dikhaskan oleh Kerajaan Negeri kepada KUIN. Ini sekaligus menyebabkan krisis kewangan KUIN semakin parah.
Saudara blogger,

         Kerajaan Persekutuan pada bajet pembentangan 2012  melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 telah meluluskan kenaikkan gaji kepada kakitangan awam sebanyak 13 peratus dan Elaun Sara Hidup atau COLA sebanyak RM 50.00. Berita ini telah mengembirakan kepada kakitangan awam seluruh Malaysia baik pada peringkat persekutuan mahupun negeri. Namun sehingga kini, semua kakitangan KUIN tidak mendapat apa yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Alasannya menurut Pengerusi, KUIN merupakan institusi swasta yang tidak perlu menerima kenaikan ini. Hairannya, sebelum ini semua pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sama ada negeri atau persekutuan, akan diterima pakai. Setiap staf baru perlu melalui Kursus Induksi bersama-sama penjawat awam Negeri Kedah yang lain. Selain dari itu, bayaran elaun mahupun tuntutan akan menggunapakai pekeliling kerajaan. Setiap gred jawatan turut mengikut kerajaan persekutuan sepertimana yang telah ditetapkan oleh JPA.  Kesemua perkara ini membuatkan kakitangan KUIN bingung dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengerusi KUIN tersebut. Mengapa isu IPTS ini berkumandang setelah kerajaan PAS mengambil alih tampuk pemerintahan di Negeri Kedah? Sedangkan pada era pemerintahan Barisan Nasional, kakitangan KUIN akan menikmati apa saja yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baik dari segi bonus tahunan, kenaikan gaji dan sebagainya. Apakah disebabkan KUIN mampunyai masalah kewangan, maka isu ini ditimbulkan seolah-olah cuba untuk mengalih isu kenaikkan tersebut? Mengapa pentadbiran separuh ular dan separuh biawak diterapkan dalam pemerintahan di KUIN? Pada hari ini, 28 Ogos 2012 melalui akhbar Sinar Harian edisi utara, YB. Dato’ Haji Mohamad Taulan Mat Rasul menegaskan KUIN tidak akan diswastakan. Beliau turut menyatakan, penswastaan KUIN akan melalui terlebih dahulu mesyuarat ahli lembaga pengarah untuk persetujuan. Tidakkah pada 16 Julai 2012, Menteri Besar menyatakan bahawa KUIN sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta, tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan yang mewajibkan institusi itu mengikut arahan yang terkandung dalam pekeliling dikeluarkan kerajaan persekutuan tanpa melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN. Tetapi hari ini, Exco tersebut menafikan KUIN akan diswastakan. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini membuatkan staf KUIN semakin keliru dan muak.

Saudara blogger,

         Baru-baru ini , Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah iaitu Datuk Seri Mahadzir bin Khalid telah mendedahkan beberapa masalah bayaran tunggakkan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN. Beliau menyatakan bahawa potongan yang dibuat oleh kakitangan KUIN melalui potongan gaji setiap bulan tetapi malangnya tidak sampai kepada pihak bank. Bayaran seperti Insuran, Zakat Pendapatan, KWSP, Perkeso,pinjaman perumahan dan peribadi yang dibuat melalui potongan gaji majikan tidak dijelaskan kepada pihak yang berkenaan. Perkara ini akan menyebabkan pihak kakitangan KUIN menanggung bebanan kerana setiap kos guaman akibat kelewatan bayaran ditanggung oleh kakitangan KUIN. Segala bukti yang didedahkan seolah-olah tidak dihiraukan oleh Azizan. Seperti biasa, Pengerusi KUIN itu akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional yang mencari isu pilihanraya. Lebih malang lagi,  pihak kakitangan juga dipersalahkan kerana tidak tahu apa-apa berkenaan KUIN walhal kakitangan KUINlah yang selama ini bertungkus-lumus untuk menaikkan nama KUIN agar menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang berprestij. Adakah KUIN layak digelar Institusi Pengajian Tinggi Islam sedangkan hak para kakitangan dinafikan sesuka hati? Selain  dari itu, terdapat juga beberapa orang kaki ampu rektor yang terus menyatakan KUIN masih lagi berada dilandasan yang betul sedangkan mereka turut mengalami masalah yang sama seperti diatas.

Saudara blogger,

         Kemuncak dari semua permasalahan ini, staf dan pelajar KUIN telah menunaikan solat hajat di Surau KUIN pada 17 Mei 2012. Solat hajat dan bacaan yassin kali ke-2 turut dijalankan di Masjid Ar-Rahman Taman Wira, Megong, Kedah pada 24 Mei 2012 yang telah dihadiri hampir 300 kakitangan KUIN dan masyarakat luar yang bersimpati agar semua masalah KUIN ini dapat dirungkaikan dengan tenang dan aman. Begitu juga pada 2 Julai 2012, kakitangan KUIN telah membuat demo untuk mendesak Rektor KUIN meletak jawatan. Malangnya sehingga hari ini, pengurusan Tertinggi KUIN terus berdiam diri tanpa memberi sebarang kenyataan. Dan yang tebaru, KUIN mungkin akan di jual kepada sebuah syarikat swasta dan ini akan menyebabkan para pelajar akan menanggung kos yang begitu tinggi. Jelaslah, kerajaan PAS Kedah telah berjaya menjahanamkan KUIN demi survival politik mereka. Mereka berbangga dengan pembinaan Kampus Tetap INSANIAH di Kuala Ketil tetapi mereka tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan staf KUIN yang telah membeli rumah dan selesa menetap di Alor Setar. Pertukaran tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah merupakan satu malapetaka besar kepada hampir keseluruhan staf KUIN.

         Akhir sekali, kepada Rektor KUIN Prof. Dato’ Dr. Jamil Osman, berundurlah dengan penuh rasa hormat kerana hampir keseluruhan staf KUIN tidak mampu lagi bekerjasama dengan anda. Kepada semua exco yang sedang enak diulit kerusi empuk pentadbiran kerajaan negeri, jangan hanya sekadar memerhati sahaja dan mengganggap isu ini remeh. Kepada  Dato’ Seri Azizan Bin Abdul Razak, dengarlah rintihan semua kakitangan dan pelajar KUIN. Janganlah hanya mendengar satu pihak sahaja yang memberi laporan. Turun dan bincanglah seadil-adilnya dengan semua kakitangan tanpa kehadiran Pengurusan Tertinggi KUIN untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan isu ini. Rakyat diluar sana sedang memerhatikan keupayaan anda untuk menangani masalah ini. Sekiranya anda gagal dalam menangani masalah ini, jelas bahawa KUIN semakin bercelaru di bawah pemerintahan Pas. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara yang besar sedangkan sebuah universiti pun masih lagi terkial-kial untuk menguruskannya. Ingatlah, setiap inci jawatan yang sedang ’besalut’ di tubuh anda, Allah yang menentukannya. Kerana rakyatlah anda berada di atas, tetapi jangan lupa, kerana rakyat jugalah anda akan tersungkur dan jatuh rebah ke bumi. Sekian.

-INSAN TULIS-

Monday 27 August 2012

20 untuk 170912

20 pasang biji mata
20 perkara utama
20 perancangan tak diduga
20 tahu cerita
20 helaian ditinta
20 sebab dinyata

Semua untuk :
SATU                          - Satu orang punya hal, satu KUIN porak peranda
TUJUH                       - Tujuh Kroni Utama menjadai orang kanan pada yang satu itu
KOSONG                  - Kosong, auta dan tipu kalau dia berjanji
SEMBILAN               - Sembilan  kali dia mati hidup balik aku tak percaya cakap dia.
SATU                         - Satu Malaysia tolak dia dan kroni dia
DUA                          - Dua puluh Tujuh Lorong Rumahnya.

1+7+0+9+1+2 = 20

20 - 7 hari seminggu = 13 %  @ Konvo 13 %

TAULAN AKAN JADI EXCO PENDIDIKAN JADI-JADIAN BILA .....???

Sinar Harian : Taulan merapu tipu rakyat

28 Ogos -Portfolio Taulan sebagai Pengerusi J/K Pendidikan dilihat sebagai exco yang pemalas dan langsung tidak ada misi dan visi dalam menjalankan amanahnya sebagai exco Kerajaan sebuah Negeri.

Beliau langsung tak pernah turun padang berbeza dengan dato Azimi Daim pada penggal yang lalu yang selalu turun merasmikan program KUIN, menyampaikan bantuan, ceramah, dialog dengan warga KUIN.

Bila Taulan akan turun KUIN ?

1. Bila student KUIN berdemo, maka Taulanlah akan turun.
2. Bila staf berdemo , Taulanlah yang kalut.
3. Bila dah heboh isu KUIN dalam media , Taulanlah yang jawab dengan tak ada fakta tapi banyak auta.
4. Bila MB sakit , dialah cuba nak jadi exco senior.

Taulan kata isu hasrat pembelian KUIN adalah khabar angin dan tak betul. Masa di dirumah terbuka Mufti semalam, Taulan memberitahu beberapa orang bahawa isu ini adalah fitnah. Wahai Taulan kamu tu tak pernah turun padang dengan rakyat , jadi tak tahulah sebarang cerita, auta sana sini boleh lah, cuba kamu baca surat/email di bawah :


Wahai Taulan berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jangan sampai auta tanpa fakta nanti orang kata Exco tak buat kerja!!

MASLAH KESIHATAN : AZIZAN PERLU LETAK JAWATAN MB, JAMIL AKAN TURUTI

Bernama melaporkan PAS Kedah perlu mencari pengganti MB kerana kesihatannya amat teruk sehingga banyak program rasmi kerajaan beliau tidak hadir.

Beritakuin.blogspot melaporkan KUIN perlu mencari pengganti Rektor berikutan Jamil pun menghadapi krisis kesihatan dan sokongan kakitangan.

Mari kita baca pautan dan komen daripada rakan dalam Pakatan rakyat iaitu PKR :
(Sumber BERNAMA)


PAS Kedah Wajar Ketengahkan Tokoh Baru Ganti Azizan Pada Pilihan Raya Umum

 SUNGAI PETANI, 27 Ogos (Bernama) -- PAS Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon PAS Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

-- BERNAMA

KITA TUNGGU JAWAPAN DARI AZIZAN ATAU JAMIL MENGENAI ISU SYARIKAT NAK BELI KUIN

KUIN telah didedahkan TV 3 dan TV 9 hasrat Syaya nak beli 90 % equiti KUIN.

BUKTI : Email yang menjadi kontroversi, email dari Syaya kepada Jamil bertarikh 7 Ogos

Syaya dengan jelas nyatakan hasrat mahu memiliki 90% equity KUIN. - sumber dari email syaya(cabutan email di atas)