Pages

Sunday 9 June 2013

TAHNIAH BUAT EN FARID BERSAMA PASANGANNYA

\
Skuad Bersih KUIN mengucapkan Tahniah kepada saudara Farid  yang telah melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya. Semoga jodoh kalian kekal sehingga akhir hayat. AMIN  Ya Rabb.

SETINGGI TAHNIAH YB DATO' WIRA SUK DAN YB DATO SFO BARU


Setinggi-tinggi ucapan tahniah dirakamkan kepada YB Dato' Wira Mohd Puat Mohd Ali yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah dan telah menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 5 Jun 2013.

Biodata ringkas YB Dato' Wira Mohd. Puad Mohd Ali
Berusia 59 tahun, pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengarah UPEN, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Anggota Jawatankuasa Penyusunan Semula Pihak Berkuasa Tempatan Persekutuan, Jawatankuasa Kajian Semula Sistem Saga Persekutuan.  Dilahirkan di Yan mendirikan rumah tangga dengan Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni Mohd Noor dikurniakan 3 putera dan seorang puteri.

Tahniah juga kepada Dato' Haji Khazali Din yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri di majlis yang sama.

Biodata ringkas YB Dato' Haji Khazali
Berusia 58 tahun, dilahirkan di Jitra pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Bendahari Negeri, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Aquaculture Sdn Bhd, Pegawai Daerah Kuala Muda dan Datuk Bandar Alor Setar.

Staf KUIN penuh yakin dengan gandingan YB Dato' berdua bersama YAB Dato' Paduka Menteri Besar dapat menerajui Negeri Kedah ke arah pentadbiran yang peduli, amanah, telus, integriti dan akauntabiliti.

Monday 3 June 2013

TAHNIAH KEPADA SYUKOR DAN NURUL AQMA



Skuad Bersih KUIN mengucapkan Tahniah kepada saudara Shukor dari Jabatan Pendaftar yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya Nurul Aqma. Semoga jodoh anda kekal sehingga akhir hayat. AMIN

SEMUA STAF KUIN DIINGATKAN BERSEDIA UNTUK BERJUANG DI DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi adalah bulan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh semua orang yang bertaqwa dan beriman pada Allah .

Firman Allah bemaksud :

 “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan Barakah, Mulia, Keampunan, di Bebaskan dari api neraka.

Oleh itu gerakan BERSIH KUIN menggalakkan kepada semua staf KUIN bermula daripada sekarang untuk bersiapkan diri menghadapai ibadat yang ditunggu-tunggu seperti amalan berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban, sedekah, memperbanyakkan membaca al Quran dan lain-lain amalan sunnat

Allah akan membantu hambanya yang sentiasa ingat padanya walaupun mereka dalam keadaan senang dan mendapat nikmat dari Allah .

17 DOSA JAMIL MENTADBIR KUIN


Staf berdemo tolak Jamil
1) Para Pensyarah Tahfiz KUIN telah di’tendang’ ke Yayasan Islam Kedah tanpa proses perbicaraan yang jujur;

2) 5 orang para pelajar telah dikenakan tindakan tatatertib yang dianggap sebagai tindakan melulu pentadbiran;

3) kewujudan anak-anak- syarikat yang hanya mencari keuntungan didalam KUIN;

4) pemberian gaji kepada kroni yang terlalu tinggi;

5) terdapat kursus-kursus baru yang langsung tidak mempunyai pelajar, pertambahan 48 program hanya satu pembohongan di KUIN;

6) potongan gaji kakitangan tidak sampai ke pihak ketiga;

7) kakitangan dinafikan hak kenaikan 13 peratus;

8) 10 orang staf yang mendedahkan kepincangan tidak dibenarkan masuk ke Kampus KUIN Kuala Ketil pada Hari Jasamu Dikenang;  

9) Unit Amal PAS/MTD Kuala Ketil dibenarkan masuk di Kampus KUIN Kuala Ketil-campur tangan politik, menganggu urusan warga KUIN, bertindak kasar terhadap kakitangan KUIN;

10) Tiada bonus tahunan;

11) Kelewatan pembinaan asrama di Kampus Kuala Ketil; menyusahkan para pelajar;

12)Ketiadaan masjid dan rumah staf di Kampus KUIN Kuala Ketil;

13) Penipuan dokumen dan minit mesyuarat;

14) Didenda sebanyak RM272,000 oleh KPT akibat pengambilan pelajar yang tidak cukup syarat;

15) Terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM1.6j kepada Shake Cuisine akibat kegagalan membayar hutang;

16) menuduh kakitangan KUIN sebagai ejen UMNO walhal parti tersebut tiada kena-mengena dengan masalah yang sedang berlaku;

17)
menyuruh kakitangan yang tidak berpuas-hati meletak jawatan sedangkan perjuangan hanyalah menuntut hak yang telah dinafikan. 

Daripada kiriman email :

Insan Tulis

TAHNIAH KEPADA DATIN WIRA DATO' HAJJAH CHE BARNI DI ATAS PERLANTIKAN DARI MENTERI BESAR KEDAH SEBAGAI MEMANGKU REKTOR BERKUATKUASA 30 MEI 2013





Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni Mohd Noor  yang diarah oleh YAB Dato' Paduka Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN memangku tugas Rektor KUIN berkuat kuasa serta merta sehingga lantikan Rektor yang baru.

Ternyata pilihan YAB Dato Paduka Mukhriz tepat dan bersesuaian dengan kebolehan, kemampuan serta pengalaman yang dimiliki oleh Dato Barni selama 34 tahun berkhidmat di Negeri Kedah.

Skuad Bersih amat yakin dan memberi sokongan penuh atas kepimpinan Dato Barni dan kami pasti prestasi KUIN dapat dibangkitkan semula walaupun mengambil masa untuk kembali seperti sediakala kerana Dato adalah seorang yang sangat komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.  Dato Barni sangat berpegang teguh kepada undang-undang dan peraturan dalam pentadbiran.

 

Sunday 2 June 2013

KENDURI KESYUKURAN BERSIH KUIN


BERSIH KUIN bakal mengadakan kenduri kesyukuran besar-besaran sebagai tanda terima kasih dan syukur pada Allah kerana banyak membuka jalan mempermudahkan aktiviti yang dijalankan oleh BERSIH KUIN walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah dan pelbagai ancaman.

Halangan yang dihadapi adalah sebahagian daripada resam perjuangan. 

Sehubungan itu pihak BERSIH KUIN telah memutuskan untuk mengadakan MAJLIS KENDURI KESYKURAN pada tarikh , masa dan lokasi yang akan dimaklumkan.

Majlis tersebut akan diusahakan diadakan sebelum bulan Ramadhan.

Jemputan MAJLIS KENDURI KESYKURAN bukan staf KUIN sahaja bahkan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan KUIN termasuk pihak media yang banyak membantu BERSIH KUIN.

JANGAN BIMBANG STAF KUIN: BERSIH KUIN CADANGKAN YANG TERBAIK UNTUK KAKITANGAN DAN PELAJAR KUIN

Kebelakangan ini staf KUIN khususnya yang diserapkan ke dalam Holdings merasa bimbang dengan nasib dan masa depan mereka dalam kerjaya.

BERSIH KUIN memberi jaminan bahawa kebajikan mereka akan terbela. Cumanya apa sahaja mengenai holdings akan dikaji secara mendalam berdasrkan fakta dan angka agar tidak berlaku masalah kewangan pada KUIN dan masalah kronisme dalam pentadbiran secara Islam . Semuanya akan dilakukan dengan merujuk kepada pekeliling Kerajaan yang diguna pakai secara rasmi agar menghindarkan budaya negatif dalam sesebuah pentadbiran supaya lebih telus dan amanah.

KRONI-KRONI JAMIL CUBA MENEGAKKAN BENANG BASAH


Walaupun Jamil telah meletakkan jawatan kroni-kroni beliau seolah-olah kehilangan arah. Kini mereka cuba utk mempengaruhi exco pendidikan dgn mengadakan proposal utk memulihkan Kuin. Pelik, dulu depa yg melingkupkan Kuin kini depa pulak nak pulihkan Kuin. Masa zaman Jamil depa bersekongkol dgn Jamil utk jahanamkan Kuin kini depa tampil dgn proposal utk pulihkan Kuin.

Kita harap kerajaan negeri jgn bagi muka pada depa ni. Orang mcm depa tak perlu ada di Kuin. Apa pun proposal yg depa buat adalah utk menjaga periuk nasi depa dan bukan staf bawahan.

LOBI MELOBI UNTUK MENJADI REKTOR MAKIN HEBAT


Setelah Jamil meletak jawatan maka lobi melobi utk menjadi rektor Kuin. Beberapa nama besar sama ada dalam dan luar Kuin telah berjumpa dgn exco pendidikan dan ada yg akan berjumpa dgn Mb sendiri.

Bagi Bersih Kuin apa yg diharapkan pihak kerajaan negeri melantik Timb Rektor Doto' Hajjah Che Barni untuk memangku jawatan rektor terlebih dahulu utk memperbetulkan urusan pentadbiran yang celaru sebelum ini. Kita minta Dato Barni utk melihat semula perjawatan yg bercelaru dibawah Jamil dan Latipah. Ada yg mendpt elaun khas sebanyak RM 3000 tanpa sebab munasabah.

Pihak kerajaan diharap dpt melantik Rektor yg berlatarbelakangkan Pengajian Islam agar kecermerlangan Kuin dpt dipulihkan kembali.

Saturday 1 June 2013

JAMIL SILAP DENGAN KATANYA: SAYA TAK TAKUT PADA STAF TAPI TAKUT PADA STUDENT

Pelajar berdemo tuntut hak mereka yang diabaikan Jamil
Jamil suatu ketika dahulu pernah berkata sebelum berlakunya demo 11.1.11  bahawa beliau amat takut pada student dan tak takut pada staf. Kononnya laaa staf ni Jamil ada kuasa untuk buat macam macam tekanan.

Tetapi sekarang keadaan menjawab dia lari dari KUIN kerana tekanan pelajar atau staf ?

Jamil sebenarnya perlu berkata begini : " Saya tak takut pada staf dan student tetapi saya takut pada Allah"
Staf juga berdemo tuntut hak mereka yang diketepikan Jamil

Inilah yang dikatakan kuasa Allah mengatasi kuasa manusia. Jika Allah menghendaki sesuatu itu , Allah boleh buat apa sahaja, apathlagi apabila hambanya dizalimi, pasti doa mereka akan dimakbulkan Allah .

BERSIH HANTAR WAKIL BERMUNAJAT DI TANAH HARAM

Skuad BERSIH KUIN mengucapkan selamat berangkat dan pulang kepada kakitangan yang mendapat seruan Ilahi mengerjakan ibadat Umrah sempena cuti sekolah bulan ini.

Mereka akan bermunajat di hadapan kaabah bagi memohon agar Allah memberi petunjuk bagi memelihara dan memBERSIHkan KUIN demi ummah dan perjuangan agama masa depan. 

Doakan sama kami yang berada di sini semoga terus konsisten dalam landasan perjuangan dengan niat dan tindakan yang betul dan sentiasa didorong oleh naungan Allah.

Mereka yang berangkat bersama keluarga masing-masing ialah :

1. Ustaz Mohd Baihakhi Haji Hassan
2. Ustaz Mohd Aski Hafizi Ibrahim
3. Ustaz Nasir Awang dan Ustazah Roslina
4. Ustazah Sabariah Jusoh