Tuesday, 21 May 2013

JAMIL LETAK JAWATAN 22 MEI?

22 mei - admin menerima maklumat bahawa Jamil meletak jawatan sebagai Rektor kuin Bermuda 22 mei kerana  tekanan. Info lanjut Akan di maklumkan sebentar lagi.  Turut meletak jawatan boss boss besar insaniah holdings mungkin kerana masalah gaji dan mungkin mereka boleh agak staff holding akan memberontak sebab gaji bulan mei adalah masalah utama. Al Fatihah.

MUKHRIZ BERTINDAK SELEPAS TERIMA KERTAS CADANGAN BERSIH KUIN

Utusan Malaysia 21 Mei 2013




DIAM TIDAK BEERTI SEPI, UNDUR TAK BEERTI KALAH TETAPI SATU STRATEGI

Mungkin ramai pembaca blog terutama staf KUIN , ahli politik, media dan pihak berkuasa kelihatan pelik apabila blog merah agak slow

Sebenarnya tidak , blog hanyalah sumber maklumat, tapi BERSIH KUIN sedang merangka dan memastikan semua strategI berjalan lancar mengikut perancangan, oleh itu informasi pergerakan adalah satu strategi. Strategi mana boleh bagi tahu semua orang. Skuad BERSIH sudah menghidu 'orang Jamil' mula hendak mencuri maklumat dari pergerakan BERSIH KUIN, tapi cannot .......

Jangan bimbang kepada staf KUIN, perjuangan kita semakin lancar, cuma perlu bersabar, bersatu dan berdoa. Selesai beberapa perancangan besar yang perlu di lakukan dengan orang-orang besar , pihak BERSIH KUIN akan memaklumkan semua story apa yang berlaku . BERSIH KUIN perlu mendahului dalam pergerakan.

Monday, 20 May 2013

ROMBONGAN BERSIH KUIN KE MAJLIS PERKAHWINAN FARID DI JOHOR

BERSIH KUIN mempelawa warga KUIN yang berhasrat untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan En farid Alias (Mantan Pensyarah Kuliah Hospitaliti) , bolehlah memberikan nama kepada amil-amil BERSIH KUIN .
Butiran rombongan adalah seperti berikut :

Tarikh Bertolak  : Khamis (6 Jun 2013)
Tarikh Pulang    : Sabtu (8 Jun)
Yuran                : akan dimaklumkan
Lokasi               : disamping menghadiri kenduri, beberapa tempat menarik dilawati :
                                 - Sekitar Kuala Lumpur dan Johor yang akan dimaklumkan

KEJOHANAN BOLING BERSIH KUIN 2013

Pihak gerakan BERSIH KUIN akan menganjurkan Kejohanan Boling BERSIH KUIN pada butiran berikut:
Tarikh  :  15 Jun 2013
Masa   : 9 pagi
Lokasi  :  Sky Bowl , Pacific Hypermarket
Yuran  : RM 15 seorang (3 game)

Semua kakitangan KUIN dijemput  menyertai. Sila berikan nama anda kepada amil-amil BERSIH KUIN selewat-lewatnya 30 Mei 2013.

Peserta tidak dibenarkan menentukan kumpulan sendiri kerana tujuan kejohanan ini adalah ukhuwah dan persahabatan. Kumpulan akan ditentukan dengan cabutan undi pada awal Jun.

Kategori yang dibuka :
1. Warga KUIN dan pasangannya
2. Anak-anak Sekolah Menengah
3. Anak-anak Sekolah Rendah

CEPAT DAFTAR JANGAN TAK DAFTAR.

Thursday, 16 May 2013

DEMI PERJUANGAN : AWASI PARASIT YANG INGIN AMBIL KESEMPATAN

Pihak gerakan BERSIH KUIN menyeru kepada kakitangan KUIN agar sentiasa menyerah diri dan menghambakan diri banyak-banyak pada Allah dalam menuntut hak kebajikan yang diperjuangkan selama ini.

Situasi apabila keadaan sekarang mungkin ramai akan nak tumpang ambil kesempatan kepada BERSIH KUIN. Ambil iktibar dalam  peperangan Uhud, apabila hampir menang semua akan mengejar harta dan kebendaan.

Kita mesti fokus niat kita yang asal ialah mengembalikan kebajikan kakitangan dan membersihkan nama KUIN daripada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tanpa mengira politik.

Jika Kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat  ini pun tidak mahu mengembalikan kebajikan kakitangan KUIN dan tidak membersihkan penyelewengan dalam KUIN, pihak BERSIH KUIN akan terus menggempur dengan strategi yang lebih dahsyat. Namun kita berikan masa untuk melakukan perubahan......

Kekuatan BERSIH KUIN ialah kesatuan, smart dan profesional. Korbankan emosi untuk perjuangan yang sudah hampir sampai ke garisan penamat.Jaga tutur kata lidah. Bertindak dengan fikiran rasional.

Pihak BERSIH KUIN tidak langsung mahu sesiapa dalam KUIN dibuang dari KUIN dan dianiaya dan dizalimi seperti yang dilakukan oleh Jamil. Jangan pulak ada parasit yang beremosi lebih daripada apa yang sebenarnya diperjuangkan BERSIH KUIN. 

Kita semua cari makan dengan KUIN , maka hendaklah kita bantu menaikkan nama KUIN. 

Kita benci pada Jamil sebab sikapnya yang sombong dengan kakitangan. Jika ada yang sombong maka samalah dia dengan Jamil atau parasit itu diupah oleh Jamil untuk leraikan kekuatan BERSIH KUIN.

Bertindak mengikut arahan...... Kita ada Allah. Jika hak Allah di jaga , Allah pasti jaga kita

Daripada :

INSAN TEGUR MENEGUR

Monday, 13 May 2013

MB KEDAH ARAH HENTIKAN SEMUA LANTIKAN DALAMAN KUIN

14 Mei - Dato Paduka Mukhriz dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahwa beliau telah mengarahkan pegawainya memaklumkan kepada pengurusan tertinggi KUIN agar membekukan semua lantikan perjawatan sehinggalah suatu masa yang diberitahu kelak.

Skuad BERSIH KUIN dimaklumkan bahawa Mr firdaus telah berbincang dengan Pendaftar KUIN agar disegerakan proses temuduga yang melibatkan kroninya dan beberapa individu lain untuk dibuat lantikan di rasmi bawah KUIN.

Dato L perlu akur dengan arahan ini agar tidak ada lagi lantikan semasa yang dibuat kerana ini adalah arahan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

BERSIH KUIN KEMUKA PROPOSAL PENAMBAHBAIKAN KUIN KEPADA MB BARU

Penyerahan proposal suara kakitangan KUIN kepada MB Kedah

14 Mei - Semalam satu lagi catatan sejarah dilakarkan apabila skuad BERSIH KUIN telah mengemukan cadangan dan proposal secara rasmi kepada MB Kedah di Pejabat MB Wisma Darulaman bagi tujuan penambahbaikan KUIN.

Seramai 8 orang kakitangan telah mengemukan proposal tersebut by hand kepada MB dan memperjelaskan situasi KUIN yang sebenar. Proposal yang dihantar adalah merupakan resolusi yang disepakati hasil perbicangan lebih 20 orang kakitangan KUIN yang mewakili pelbagai Jabatan pentadbiran dan kewangan.

Perbincangan yang memakan masa hampir 40 minit itu berkisar tentang dua proposal yang diserahkan iaitu 11 tuntuan  daripada BERSIH KUIN dan desakan mengkaji semula Jamil sebagai Rektor KUIN.


ANUGERAH REKTOR BAGI RAIH SIMPATI

Jamil kini sedar ramai rakan-rakannya dan staf yang dulu sentiasa bersamanya, kini sudah beralih arah kepada BERSIH KUIN. Jamil berfikir apa yang perlu dibuat .... Dulu dah buat anugerah jasamu dikenang yang KUIN, kini Jamil nak buat anugerah JAMIL pulak , tapi yang pasti kos anugerah bukan dikeluarkan Jamil , terang-teranglah kos akan terpaksa ditanggung KUIN , tapi Jamil juga yang nak dapat nama.. standard la tue...

Sehubungan itu satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai Anugerah Jamil akan diadakan di KUIN Kuala Ketil pada buutiran  berikut :
- 15 Mei 2013 (Rabu)
- Bilik mesyuarat Rektor 
- 02.30 petang 

Mungkin anugerah ini bakal memberi  hadiah dan anugerah kepada mereka yang sentiasa membantu Jamil dalam usaha mempertahankan kuasanya, sebelum Jamil berundur dari KUIN. Nanti kita tengok sapakah mereka yang akan mendapat anugerah tersebut... Adakah sebahagaian ahli BERSIH KUIN akan mendapat anugerah tersebut kerana membantu Jamil bagi mendapatkan hak dan kebajikan staf ?

BERSIH KUIN SEPAKAT PROPOSAL UNTUK SERAHKAN KEPADA MB KEDAH


Pihak BERSIH KUIN telah selamat mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri  untuk melakukan pemBERSIHan KUIN agar dapat diselesaikan masalah-masalh yang berbangkit di dalam KUIN terutama berkaitandengan soal kebajikan kakitangan KUIN.

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam, ganti Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan

Sunday, 12 May 2013

JAMIL PENING CARI DUIT UNTUK INSANIAH HOLDINGS

Jamil (kanan) berada di Hospital Pulau Pinang. Orang ramai pergi melawat Azizan kerana simpati , tappi Jamil melawat untuk apa ?
13 Mei - Jamil semenjak Azizan di masukkan ke dalam KMC pun sudah kecut perut nak cari duit bayar duit boss-boss Insaniah Holdings Sdn Bhd. Tindakan Jamil dilihat sebagai mementingkan diri sendiri. Azizan sedang tenat sakit , masih nak menceritakan hal dan masalah kewangan KUIN .Almaklumlah bila Kerajaan bertukar tangan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) tidak lagi akan menyalurkan wang kepada anak syarikat KUIN yang lansung tak reti berniaga.

Kelmarin, Jamil masih berdegil mahu bertemu dengan MB baru apabila pergi ke wisma darulaman kerana tertekan dengan kewangan yang sangat parah untuk bayar duit kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd. Kelihatan Jamil langsung tidak diperdulikan kerana ramai mengetahui tentang krisis KUIN berpunca daripada Jamil. Jamil masih menunggu dan mengharap untuk bertemu dengan MB baru. Kalau dulu Jamil arah orang kanannya pergi mengambil duit dari MB , namun kini, Jamil sendiri yang pergi.... alahai kasihan Jamil.

Kalau nak senang, senang saja caranya. Jamil letak jawatan dari Rektor KUIN, baki masalah BERSIH KUIN akan membuat cadangan untuk penambahbaikan dan meBERSIHkan KUIN daripada masalah yang sedang Jamil hadapi. Jamil wajar berehat di rumah dan menjaga kesihatan.


Saturday, 11 May 2013

MR GAZZET BERJANJI JIKA PAS KALAH AKAN LETAK JAWATAN

Mr Firdaus Salleh pernah berjanji jika keputusan pilihanraya di Kedah memihak kepada Barisan Nasional , beliau akan meletak jawatan secepat mungkin.

Namun hari ini sudah genap seminggu Kerajaan Kedah telah berjaya dirampas oleh BN namun janji beliau masih tidak ditepati untuk melepaskan jawatan. Bahkan beliau cuba untuk bertemu dengan Dato L untuk memastikan beberapa 'orang' beliau ditemuduga secepat mungkin agar dapat dilantik dan diserapkan di bawah KUIN sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Beliau yang masuk KUIN dan cuba bawa budaya politik dalam institusi akedemik mendapat kritikan banyak pihak termasuk gengnya sendiri. Kemuncak kemarahan apabila beliau menggunakan Unit Amal dan MTD PAS Kuala Ketil untuk mengawal kawasan dan bangunan KUIN sehingga mereka bertindak kasar dan tidak
profesional dalam urusan rasmi KUIN.

Mana-janji-janji manis mu.... Letaklah jawatan secara profesional sebelum anda diletakkan.

KEDUA BELAH KAKI AZIZAN DIPOTONG

Keadaan terkini Azizan di Hospital Pulau Pinang

Pada 9 Mei 2013 Azizan telah selamat menjalani pembedahan bagi memotong kedua belah kakinya di Hoispital Pulau Pinang.

Pemotongan kedua belah kaki  paras lutut dibuat bagi mengelak jangkitan kuman akan merebak kebahagian yang lain

Sebelum ini Azizan pernah dinasihatkan agar berhenti daripada aktiviti politik kerana kesihatannya yang tidak stabil apabila mempunyai penyakit yang kritikal iaitu jantung , buah pinggang dan diabetis . Beliau kemudiannya koma beberapa hari selepas keputusan PRU 13 (Rabu 8 Mei) diumumkan akibat diserang dengan jangkitan kuman tersebut.

Pelbagai lapisan kepimpinan tanpa mengira parti politik melawat beliau di Hospital Pulau Pinang.


Wednesday, 8 May 2013

WAN SU DAN BACAAN YASIN

8 Mei - Wan Su , Timbalan Rektor ketika di KUala Ketil hari ini mahu mengajak semua kakitangan KUIN untuk mengadakan bacaan Yasin kepada Azizan yang pada waktu kerja kerana Azizan ketika itu sangat kritikal. Namun jemputannya agakk hambar lalu menggesa dibuat secara peribadi kerana bimbang dengan kesilapan mengeluarkan kenyataan menentang BERSIH suatu ketika dahulu.

Sebelum ini skuad BERSIH KUIN mengadakan majlis solat hajat, solat dhuha dan puasa sunnat beramai-ramai ditentang oleh geng Jamil termasuk Wan Su dengan dakwaan kononnya solat  itu sunnat dan kerja itu wajib ! tapi sekarang kenyataan tersebut menjerat leher mereka sendiri apabila mereka merasa malu nak buat Majlis bacaan Yasin pada Azizan di waktu pejabat kerana kenyataan tersebut suatu ketika dahulu.

Allah Maha Adil dan Maha Kaya 

JAMIL SILA LETAK JAWATAN DENGAN TERHORMAT

Pihak skuad BERSIH KUIN dengan rasa rendah diri memohon agar Jamil meletak jawatan sebagai Rektor KUIN dan apa-apa jawatan yang ada kepentingan dengan KUIN dan segera berundur dari KUIN.

Desakan ini bukanlah kali pertama bahkan sudah beberapa kali namun Jamil memberi alasan bahawa dia dibawa masuk oleh Azizan, selagi Azizan mahukannya (jadi Lembaga Pengarah KUIN) dia tak akan letak jawatan,

Nah Jamil, sekarang Azizan sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatang di dalam KUIN , maka amat tepat sekali Jamil meninggalkan KUIN dengan hormat dan penuh istiadat.

Jika Jamil enggan meletakkan jawatannya, pihak BERSIH KUIN akan menggunakan desakan lain untuk memastikan Jamil meletakkan jawatannya. Pihak BERSIH KUIN melihat dengan perletakkan jawatan Jamil sebagai Rektor akan memulihkan kembali KUIN daripada kurapsi dan penyelewengan .