Asal bangunan tahfiz
Berhampiran kilang ais/rumah kelahiran Dr M
Ma’had Tahfiz Al-Quran Negeri Kedah mula ditubuhkan pada tahun 1985 di zaman Tan Sri Osman bin Aroff menjadi Menteri Besar Kedah. Pada awalnya Ma’had Tahfiz hanya beroperasi di Rumah Saudara Baru Jalan Telok Wan Jah (tapak Menara Zakat hari ini). Pelajarnya adalah seramai 12 orang sahaja. Pengetua pada waktu itu ialah Almarhum Tuan Syeikh Osman bin Mohd Nor dan Almarhum Tuan Syeikh Zainol (suami kepada Ustazah Bashiroh Maktab Mahmud) sebagai Timbalan Pengetua. Ma’had Tahfiz pada ketika ini beroperasi di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan dibantu oleh Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dari sudut kewangan. Selepas setahun beroperasi, Ma’had Tahfiz dipindahkan ke Bangunan Yayasan Islam Seberang Perak (berhampiran dengan kilang ais dan belakang Nasi Lemak Ali Seberang Perak). Pelajar pada ketika itu adalah sekitar 20 orang.

Tahun 1989 : Ma’had Tahfiz sekali lagi berpindah ke Kuarters JKR No. 933 Jalan Dato Haji Shuib, Taman Seri Taman (berhadapan Masjid Sultanah Bahiyah). Bangunan yang asalnya kuarters JKR telah diserahkan kepada Ma’had Tahfiz untuk dijadikan kelas pengajian. Pada ketika itu Ma’had Tahfiz masih lagi beroperasi di bawah MAIK dan YINK. Pelajar pada ketika itu adalah sekitar 17 orang.
Pada awal tahun 90-an : Kerajaan Negeri Kedah telah memberi bangunan tambahan iaitu Kuarters JKR 1300 Jalan Dato Shuib untuk dijadikan asrama kepada pelajar-pelajar tahfiz.

Pada tahun 2000 : Kerajaan Negeri Kedah mula membina bangunan baru dan lebih selesa untuk Ma’had Tahfiz berhadapan dengan Masjid Sultanah Bahiyah. Pelajar-pelajar tahfiz yang ada ditempatkan buat sementara waktu di Pusat Dakwah Alor Setar. Pada Tahun 2001 bangunan baru tersebut telah siap dibina. Bangunan baru tersebut menempatkan bilik kuliah dan asrama dalam satu kawasan untuk keselesaan pelajar-pelajar tahfiz.

Pada tahun 2001 : Pengurusan Ma’had Tahfiz telah diletakkan di bawah Institut Agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) yang kini dikenali sebagai KUIN. Pada tahun 2003 pula kelas-kelas pengajian telah dipindahkan ke bangunan INSANIAH di Mergong. Manakala asrama pelajar masih kekal di bangunan Ma’had Tahfiz Jalan Dato Shuib. Disebabkan kelas di bangunan Ma’had Tahfiz kosong maka pihak UITM telah memohon melalui Kerajaan Negeri pada ketika itu untuk menggunakan kelas tahfiz yang kosong sebagai kelas pengajian mereka. Pihak UITM hanya menggunakan kelas sahaja tanpa mengganggu blok asrama dan blok-blok lain  termasuk pejabat.
 

1 APRIL 2011 : Tarikh keramat, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah, sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk oleh pihak pengurusan KUIN untuk tujuan pembinaan Sekolah Menengah Insan Bestari yang diuruskan oleh anak syrikat KUIN hingga menyebabkan sebahagian pelajar Tahfiz telah diarah keluar dari asrama mereka melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Pengetua Asrama oleh pihak Bendahari KUIN. Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.


Jamil pembohong dengan media : kata KUIN  tak akan pindahkan pelajar dari tahfiz
 
Surat ini membuktikan bendahari telah diarah Jamil untuk keluarkan pelajar dari bangunan tahfiz
3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Mohamad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatannya selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Menengah Insan Bestari dan didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media. Dekan (Dr Azharuddin bin Sahil) juga turut didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media 3 hari kemudiannya namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil ke atasnya. Jelas berlaku “double standard” oleh pihak pentadbiran KUIN dalam menghukum Ustaz Mohamad Idrus bin Ismail. Ustaz Mohamad Idrus kehilangan jawatannya kerana mempertahankan bangunan milik Maa’had Tahfiz daripada dirampas oleh Sekolah Menengah Insan Bestari.

4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar, beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat yang berbaur ugutan daripada pensyarah-pensyarah Kuliah Al-Quran. Hakikatnya pensyarah-pensyarah Kuliah Al-Quran sendiri tidak tahu menahu tentang surat tersebut.
Azharudin keluar kenyataan pada wartawan sinar
5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran (Dr. Azharuddin bin Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah Al-Quran telah menghantar surat penafian laporan pertama yang beliau berikan kepada MB melalui Rektor KUIN, dan keesokannya keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Al-Quran Memohon Maaf’.
Dekan (Kuliah Quran) KUIN memohon maaf
21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz Al-Quran dipindahkan kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal di KUIN. Ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengeluarkan kesemua staf tahfiz (18 orang) dari KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan. Agak sukar untuk memecat mereka kerana status mereka yang telah disahkan jawatan, maka mereka harus dipinjamkan ke YINK ubtuk selama 2 tahun.
Asrama tahfiz

gambar tahfiz yayasan yang terkini, KUIN terpaksa tunduk desakan huffaz
Pada 21 April 2011 : Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) telah menawarkan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) untuk mengadakan kerjasama dalam mengendalikan kursus Diploma Tahfiz Al-Quran. Peringkat kerjasama ini hanya melibatkan pengurusan pentadbiran manakala hal ehwal  akademik masih di bawah kawalan pihak KUIN. Pada 1 Julai 2011 dengan rasminya YINK telah mengambil alih urusan pentadbiran program Diploma Tahfiz Al-Quran daripada KUIN.

14 JULAI 2011 : Kesemua 18 orang staf Kuliah Al-Quran menerima sepucuk surat daripada pihak pentadbiran KUIN. Surat tersebut menyatakan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN kali ke 12 (2/2011) pada 21.04.2011 telah bersetuju perkhidmatan tuan dipinjamkan ke Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) selama dua tahun mulai 01/07/2011 hingga 30/06/2013. Surat tersebut dikeluarkan secara paksaan dan kesemua 18 staf terbabit terpaksa berpindah ke YINK kerana KUIN tidak lagi membayar gaji mereka bermula bulan Ogos 2011.
surat paksa keluar