Pages

Thursday 6 September 2012

AUDIT JABATAN ZAKAT TERHADAP PENGURUSAN DERMASISWA ZAKAT KEPADA KUIN

6 September - Pada hari ini beberapa orang pegawai dari Jabatan Zakat negeri Kedah telah datang untuk mengaudit duit zakat yang telah diberikan oleh Jabatan tersebut kepada KUIN bagi tujuan agihan kepada para pelajar KUIN.

Mereka telah bertemu dengan Kartina Jabatan Bendahari KUIN dan mengambil butiran-butiran yang diperlukan bagi tujuan berkaitan.

Sebelum-sebelum ini Jabatan Zakat telah memberi bantuan yang sama namun desas desus meragui kerana pihak KUIN lambat membayar kepada pelajar hingga menimbulkan ketidakpuasan hati pelajar.