Monday, 24 September 2012

KERAJAAN KEDAH KENA CONTOHI KERAJAAN PAHANG DAN SELANGOR, BERI PERHATIAN KEPADA TAHFIZ

Azizan dan Jamil perlu insaf dengan artikel (di bawah) yang menunjukkan Kerajaan Selangor dan Pahang memberi perhatian terhadap perkembangan pusat tahfiz di negeri berkenaan.

Di Selangor Exco Pendidikan Dr Halimah Ali merangka progrma dan memberi peruntukan bagi membangunkan dan menggalakkan rakyatnya menghafaz al Quran.
Sinar Harian 25 Sept - Kerajaan Selangor Hargai Tahfiz

Di Pahang Menteri Besarnya ,Dato Adnan yaacob memberi penghargaan dan insentif kepada pelajar yang menghafaz AlQuran.
Sinar Harian 25 Sept  : Kerajaan Pahang hargai hafiz

Di Kedah , Pelajar yang hafal Quran, dinaikkan yuran walaupun bertahun-tahun sebeblum ini diberikan galakan hafazan dengan Kerajaan tanggung yurang Pengajian dan Asrama.

Di Kedah , Guru-guru dan ulamak tahfiz dihambat dan ditendang keluar dari KUIN hanya kerana tegur Jamil (Rektor ) KUIN.
Surat keluarkan ulamak tahfiz daripada KUN

Di Kedah , Juru tasmik (dengar hafazan) tahfiz diabaikan kebajikan kerana bekerja tanpa membuat pemotongan KWSP.

Ijazah Quran KUIN tiada pengiktirafan
Di Kedah, Program Ijazah Tahfiz tidak diiktiraf MQA kerana Dekan tak beri perhatian khusus masa depan pelajar tahfiz.