Pages

Monday 10 September 2012

MB HADIR MESYUARAT LEMBAGA KUIN: JELAS KEUZURAN AZIZAN


10 Sept - Kebanyakan kakitangan KUIN menunggu-menunggu kehadiran Azizan sempena mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN sama ada di jalan dan di tepi tingkap. mereka menunggu bukan untuk menyambut MB Kedah yang tidak disayangi tetapi untuk melihat aksi Azizan.

Jelas kelihatan, Azizan berjalan terpaksa dipapah, dan kelihatan kakinya ketika berjalan agak terpaksa menyeret. Tangan kirinya kurang digerakkan. Azizan terpaksa mengambil masa untuk keluar dan masuk kenderaan. Riak muka Azizan berbeza berbanding sebelum ini apabila kelihatan agak bengkak dan membesar.

Beberapa keping gambar Azizan telah diambil oleh skuad paparazi BERSIH dan akan diteliti untuk siarann blog dengan mengambil kira keselamatan admin yang berada dilokasi kerana cc tv mungkin  akan digunakan untuk mencari orang yang mengambil gambar.