Friday, 28 September 2012

AZIZAN, TAULAN , JAMIL DAN BAPAK AZHARUDIN ... BOHONGI DAN DUSTAI SELURUH WARGA KUIN DAN MALAYSIA

Azizan tipu lagi .... tanda akan jatuh sakit lagi
Munafiq!!!!! antara tanda sifat orang munafiq ialah apabila berkata-kata dia akan berbohong atau tipu atau dusta.

Jelas Azizan dan Jamil sudah lama menipu dan sesuai kita panggil Azizan MB (Menteri Bohong) dan Jamil , REKTOR (Reka Kenyataan Kotor).

Hari ini dalam akhbar Sinar Harian, Azizan kata :
- Dokumentasi MQA hanya tunggu dari MQA kerana ada peraturan. Isu MQA adalah kecil dan di peringkat terakhir.
- KUIN tak ada hutang, dakwaan hutang sewa bangunan stargate berbulan-bulan adalah tidak benar kerana kalau benar sudah pasti dia (azizan ) akan tahu.

Wahai Azizan seorang ustaz yang terkenal dengan penipu. Dengar sini wahai semua rakyat Kedah saya nak jelaskan isu yang sebenar di KUIN.
Pertama : Isu Ijazah tak dapat MQA
- Pelajar Ijazah AlQuran KUIN  terima Ijazah konvo pada 17 September 2012,  tetapi surat permohonan Akreditasi dihantar KUIN kepada Ketua Eksekutif MQA di Petaling Jaya pada 26 September 2012 . Surat itu kemudian diterima oleh MQA pada 27 September 2012.
- Ini membuktikan permohonan bukan berada pada tahap terakhir tetapi baru sahaja dipohon selepas isu ini diletupkan oleh Skuad BERSIH KUIN di dalam media tempatan. AZIZAN jelah BERBOHONG.
- Jika tak percaya lagi pihak BERSIH KUIN tidak teragak-agak untuk buat laporan rasmi ke KPT dan MQA, jika Azizan dan Jamil terus menipu


Kedua : Isu KUIN tak bayar sewa bangunan stargate
-Azizan memang tak layak jadi MB Kedah kerana suka tipu rakyat. Antara syarikat yang menjadi pemilik bangunan yang disewa KUIN seperti Yayasan Islam, DXN dan lain-lain
- Pihak admin tidak dapat upload bukti hitam putih demi kepentingan tertentu. Tetapi jika keadaan mendesaj pihak admin akan upload bukti bayaran sewa tertunggak KUIN selama 8 hingga 9 bulan.