Pages

Friday 21 September 2012

KENAPA TAHFIZ SELALU DISISIH KUIN?

Sudahlah jatuh ditimpa tangga , dihempap pula oleh pokok mangga. Mungkin inilah kata-kata yang boleh digambarkan oleh admin terhadap nasib malang Kuliah Tahfiz sepanjang pemerintahan Jamil di KUIN. Mereka seolah-olah dianak tirikan. Kebajikan mereka dinafikan. Hak mereka perlu menggunakan perundangan. kepentingan mereka tidak diendahkan.Lebih malang lagi ia berlaku di bawah pemerintahan Azizan. Sepatutnya Azizan kena sedar , tahfiz kena diberikan keutamaan bukan disepak terajang macam bola.

14 November 2010
Surat dan Pekeliling telah dikeluarkan oleh KUIN meminta sebahagian daripada asrama tahfiz dikosongkan untuk tujuan ditempatkan SEKOLAH SWASTA BESTARI.
Pekeliling bukti mengeluarkan pelajar dari bangunan tahfiz

1 April 2011
Demonstrasi telah dilakukan oleh pelajar tahfiz membantah kerakusan Jamil bagi mengambil penempatan tahfiz bagi dijadikan SEKOLAH SWASTA sedangkan tanak dan tapak tersebut bertahun-tahun dibangunkan khas untuk tahfiz.



3 April 2011
Mesyuarat tergempar Top Management telah memutuskan Ustaz Idrus dipecat daripada jawatan Timbalan Dekan Kuliah Tahfiz kerana mengikut PEKELILING KERAJAAN , Peraturan 19(1) Perintah Am Bab D ,  Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) kerana mengeluarkan penyataan awam tanpa kebenaran Ketua Jabatan

Berbaloikah,Ustaz Idrus dipecat kerana kenyataan ini sahaja
4 April 2011
 Azizan telah mengeluarkan kenyataan media mendakwa dia terima satu laporan bahawa pensyarah tahfiz ugut dia, sedangkan laaporang yang telah ditulis oleh Bapak Azharudin adalah palsu dan salah.

Bapak Azharudin mengeluarkan kenyataan media di pejabatnya bersama wartawan sinar

5 April 2001
Bapak Azharudin mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran ketua jabatan , MEMOHON MAAF DI ATAS LAPORAN PALSU' yang telah diberikan kepada Azizan dan masa yang sama menafikan unsur ugutan yang didakwa Azizan .
Kenyataan Azrudin sahkan beri laporan salah pada Azizan

Jawatankuasa penyiasatan KUIN telah menyiasat dan bersidang dan mendapati bahawa Us Idrus (Timbalan Dekan) dan Azharudin Sahil (Dekan Kuliah Al Quran) adalah bersalah kerana mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran ketua jabatan, namun tindakan disiplin secara double standard hanya diambil kepada Us Idrus, sedangkan Azharudin langsung tidak dikenakan tindakan tatatertib kerana dia kroni Jamil.
Laporan siasatan demo tahfiz dedahkan bapak Azharudin bersalah juga


jelas Dekan (Bapak Azharudin) tidak mematuhi peraturan tetapi bebas dari tindakan (kroni , double standard)

Minit keputusan j/kuasa penyiasatan putuskan Us Idrus dan Azharudin bersalah tapi tindakan diambil pada Us idrus sahaja, Bapak Azharudin terlepas kerana dia keluarga angkat Jamil.

21 April 2012
Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN kali ke 12 memutuskan yang dipengerusikan Azizan dan ahlinya Jamil :
     -Pelajar dan pensyarah tahfiz yang terlibat dengan demo dikenakan tatatertib.
     - MENGELUARKAN Diploma Tahfiz dari KUIN dan diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam 


 25 Mei 2012
Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dipengerusikan oleh Muslim telah menjatuhkan hukuman gantung pengajian 1 semester kepada 2 orang daripada 5 orang pelajar yang bangun berdemonstrasi menegur pemerintah KUIN . Rayuan mereka ditolak mentah-mentah. Perundangan Mahkamah digunakan dan mereka menang dimahkamah pada 10 Mei 2012 
walaupun KUIN diwakili oleh kafir penentang kuat hukum hudud , Karpal Sigh.
Pelajar Tahfiz menang saman KUIN dimahkamah Tinggi

Penyokong 5 pelajar yang digantung

2012
Jamil dan Azizan mengambil keputusan dengan menyingkirkan semua pensyarah diploma Tahfiz ke Yayasan Islam Kedah tanpa memberi opsyen dan pilihan.
Surat tukarpinjam pensyarah tahfiz dengan paksa tanpa opsyen

Pensyarah Melayu dikeluarkan Jamil berada bawah yayasan Islam
1 Sept. 2012
Seramai 10 orang pelajar tahfiz KUIN telah ditahan reman polis kerana asrama mereka diceroboh perompak dan pencuri. Namun Dekan Kuliah Quran langsung tak turun padang. Timbalan Rektor.,Dekan dan Timbalan Dekan HEP pun tak turun padang bagi membantu pelajar KUIN yang ditahan reman.

pertengahan 2012
Kes anak Jamil yang mengambil Master Quran di KUIN telah mendapat pinter yang sangat tinggi sedangkan tidak boleh menghafaz Quran dan tak boleh membaca Quran dengan baik. Jamil langsung tidak menyiasat kecurangan akademik yang berlaku di tahfiz, tetapi jika berlaku di Kuliah lain , tindakan tunjuk sebab dikeluarkan.
Ramzul anak Jamil
 18 sept 2012 
Pelajar sulung Ijazah Quran Tahfiz yang telah selamat berkonvo rasa kecewa kerana didapati sijil mereka masih tidak mendapat kelulusan MQA menyebabkan mereka tidak boleh menggunkannya untuk tujuan bekerja dan sambung pelajaran.
Graduan Ijazah Tahfiz kecewa konvo tanpa kelulusan MQA

Rujukan :
Arkib Berita KUIN
maharajasuntzu.blogspot.com
mahasiswaprihatin.blogspot.com
keratan-keratan akhbar sinar
email-email sahabat Bloger