Pages

Sunday, 16 September 2012

BERITA KONVO 13 % : MR F BUAT HURU HARA PADA GRADUAN

17 Sept - Tengahari tadi saya menerima email dari beberapa orang graduan yang 'bengang' dengan Mr F dan pengurusannya. Admin cuba menggabungkan kisah beberapa pelajar yang kecewa dengan Mr F ini :

Story1
Graduan ramai yang rasa serabut dengan pengurusan konvo 13 % yang didalangi oleh PRO (Mr F). Saya kongsi sikit ni. saya rasa pening dan geram sikit dengan konvo kali ni.  Saya dan kawan-kawan adalah graduan diploma, jadi kami akan konvo hari Selasa (18 Sept)  jadi, masa hari rehearsel, saya duduk rumah jauh (bukan Kedah atau Perlis). Saya dan kawan-kawan pun datanglah  untuk rehearsel pada 16 Sept (Ahad)  tapi, bagi saya, yang slactnya, seolah-olah rehearsel tu hanya utk student degree dan lebih tumpukan pada sesi pertama. yg student diploma ni tercangak dari 8 pagi sampai tengah hari, hanya utk tengok yang tu. dan bila kami  pi tanya , mereka hanya cakap lebih kurang macam ni.

"kamu sama ja naik atas pentas. cuma tak perlu angkat sembah je"

Itu sahaja? sangat menyakitkan. Sepatutnya diasingkan atau dibuat perancangan yg lebih baik, seperti  :

1. rehearsel antara staf dan student adalah diasingkan. tidak serabutkan minda. mudah bagi staf dan student untuk faham.
2. Sekiranya prosedur tak sama, patutnya pagi tu buat utk student degree bagi sesi pertama, dan di sebelah petang tu buat utk student diploma. bukankah lebih mudah? dan mudah untuk student tu bajet nak datang pukul berapa, nak balik macam mana. masa tu kan sangat penting..
3. Tempat pun tak lah sesak sangat jadinya. dan ianya lagi memudahkan student utk faham. dan appreciate student kami yang datang jauh , tapi berbaloi untuk dengar hal-hal ni. bukannya datang dari jauh, bagi penerangan entah apa-apa, yang tak berbaloi langsung, dan seolah-olah macam

"tak mai pun takpa kalau tau mcam ni".
"boleh ja pi tanya kat kawan-kawan yang mai".

"Menyusahkan betul pengurusan konvo tahun ni"... itulah suara desas-desus student 

Story 2

Satu lagi sampai ada yang baru bersalin 6 hari dan pregnant 8 bulan pun diwajibkan datang untuk rehearsel. suruh datang dan suruh duduk. Datang tu tak mengapalah tetapi yang kami geram sangat ni eeeeeeeeeee, bila masuk je dalam tu, kena tunggu rehearsel sesi pertama yang tak berkaitan langsung dengan anugerah diploma pada hari selasa tu, pas tu kena balik terus macam tu ja. Dah lah. dengan penat bawak kereta, sakit belakang sebab duduk lama, hanya Allah Maha Mengetahui.

(MR F KENA FAHAMI HATI SEORANG ISTERI YANG  MENGANDUNG DAN BERANAK)

Story 3 



Ada sorang student diploma masa hari ahad tempoh hari, selepas rehearsel yang sia-sia dan  'panjanggggggggggggggg' tu, dia pun balik ke rumahnya naik bas. rumahnya sangat  jauh (Bukan orang Kedah dan Perlis). Sampai sahaja di satu perhentian bas, dalam perjalanan nak balik ke rumahnya tu, tiba-tiba PRO (MR F) kol dan cakap yang dia dapat anugerah jaiyyidah imtiyaz dan dia minta hadir sesi pertama hari ini  17 september 2012. 

Ya Allah. Terkejut sebab dapat anugerah Jaiyyidah Imtiyaz. satu lagi terkejut sebab petang tu area jam 4.30 pm lebih baru pihak PRO nak bagitau  dan kol mengatakan dia dapat dan kena hadir esoknya jam 7.30 pagi. (PENGURUSAN ALA MR F)

Allahuakbar. Perjalanan balik ke rumah bukan dekat. Balik rumah, tak sempat nak makan semua, terus amik jubah, kemas baju, terus naik bus dan  patah balik  ke alor setar . Letih tu jangan cakaplah .

Terlalu letih. Dah la dia tunggu rehearsel dari jam 8 pagi sampai pas zohor yang yang langsung  tak melibatkan diri dia pun . Buat reheasel untuk pelajar degree, tapi pelajar diploma jadi penonton yang tak faham taklimat konvo, balik tanpa rehat, rehat pun atas bas. makan pun tak sempat. bertapa peritnya rasa.

Aleh-aleh , pagi ni, bila masuk dewan, dikhabarkan pulak yang dia dan kawan-kawan yang dapat anugerah jaiyyidah imtiyaz tak perlu naik ke pentas untuk amik anugerah tu. Allahurobbi. Sekadar untuk meraikan kedatangan Agong. (Zalim sungguhlah Mr F ni. Mesti dah berjangkit dari Jamil)

Macam mana ni ? Student ni bertungkus lumus datang, sebab PRO (Mr F) kol petang semalam. aleh-aleh masuk dewan jadi macam ni? Memang menyusahkan. Kenapa tak bagi anugerah jaiyidah imtiyaz tu depan student diploma sahaja? atau kenapa tak bagi hari ni? kenapa? sedangkan itukan anugerah bagi diploma.

Hari ini datang penat-penat dengan sebab kepincangan pengurusan konvo kena tunggu pulak and tengok saja student degree amik anugerah. Ada pulak parents student yang dapat anugerah jaiyyidah imtiyaz ni datang hari ni  semata- mata nak tengok anak amik anugerah tu. aleh-aleh2... apa jadi? pi duduk, tengok dan balik. apa tu? Allah..entah macam mana uruskan ni.Pengurusan konvo apa macam ni ni? (ADMIN KATA KONVO 13 %)

Di IPT lain anugerah pelajar cemerlang dan anugerah-anugerah yang seangkatan dengannya diberi pada sesi pertama. contoh mudah:
kalau dia dapat anugerah, berilah anugerah padanya pada sesi pertama. memandangkan dia student diploma, hari kedua nati pun dia naik jugak pentas ambil anugerah diploma.

* - Ayat dalam (kurungan) adalah ayat admin.