Pages

Monday 26 August 2013

AZLINA KATA KUIN MUNDUR KEBELAKANG


Saya pun hairan, asyik hujung bulan sahaja Madam Azlina akan datanglah bad mood dia ... mungkin sesama perempuan tahu kot apa sebab dia ....

Bila mai hujung bulan mulalah dia kepanasan  dengan isu KUIN maka mulalah menjadi Madam Facebook mengalahkan pelajar-pelajar KUIN dan ingin menjadi Heroin Azizan dalam tidak boleh menerima kenyataan bahawa pentadbiran KUIN sudah beralih tampuk pentadbiran baru sedangkan Azlina masih merasa kadok dan pandir dalam memahami isu KUIN.

Sepatutnya Azlina kena bermati-matian berkempen jika tak mahu partinya kalah dalam pilihanraya yang lalu, namun bila kalah ,mka pentadbiran KUIN bertukar tangan maka Azlina sehingga hari ini tak boleh menerima kenyataan yang sebenar. Sebab itu mungkin bila mai hujung bulan sahaja Azlina akan mula panas punggung dan cuba mencetuskan provokasi bagi menyalahertikan fakta yang sebenar. Post-post yang diletakkan di dalam Facebooknya adalah bertujuan menimbulkan keraguan sehingga boleh membuatkan orang lain berfikiran negatif terhadapa penambahbaikan terhadapa KUIN. Tapi bila dapat kenaikan gaji baru-baru ini yang diumumkan oleh pentadbiran baru, dia kebulur juga makan kedarah kenaikan tersebut dan tak ada pun kenyataan terima kasih di dalam facebooknya , jika betul-betullah dia ni seorang pensyarah yang profesional tak taasub dengan mana-mana parti politik.

Terkini Azlina membuat kenyataan bahawa KUIN sedang mundur kebelakang. Cuba lihat artikelnya di dalam Kedahlani di bawah :
Petikan artikel Madam Azlina dalam blog

Jika dikatakan KUIN berundur kebelakang sebab lewat mendapat status universiti penuh , kenapa ia tidak berlaku zaman jamil dan Azizan (JAZAN) menerajui KUIN. Zaman Mahadir Khalid dan Sayyid Aqiel KUIN telah dinaik taraf daripada Institut kepada  Kolej Universiti , bukankah ini menunjukkan melangkah kehadapan.

Yang melangkagh kebelakang adalah zaman JAZAN, seangkan sayarat dengan KPT sesebuah IPT swasta perlu mempunyai modal berbayar mencecah jutaan ringgit. Disebabkan masalah kewangan yang sangat kronik di zaman JAZAN maka ini menyukarkan pihak KPT untuk lihat kemajuan naik taraf KUIN sehinggakan KPT mengenakan kompaun RM 272,000.00 kerana kesalahan KUIN menipu dalam pengambilan pelajar KUIN ketika mengadakan kerjasama dengan KIDU.

Kalau dah menipu , adakah ini jalan maju kehadapan ?

Sekarang pentadbiran baru sedang mengoirak langkah menuju kehadapan.

Sejarah KUIN , Rektor diadakan temuduga oleh pihak Kerajaan, pakar akademik dan KPT bagi memastikan kesinambungan KUIN dinaikkan ke taraf Universiti penuh. Pentadbiran baru hanya baru beralih sekitar 3 bulan lebih. 

Fasa pertama adalah menyelesaikan krisis yang ditinggalkan JAZAN, KUIN bertanggungjawab menyelesaikan masalah gaji kakitangan, menaikkan gaji, membayar hutang, membayar tunggakan, membayar saman dan kompaun, penambahbaikan kewangan, melihat hal-hal berkaitan asarama dan kebajikan pelajar.

Fasa kedua barulah Madam Azlina akan nampak perubahan yang akan dilakukan. Orang kawin pun 9 bulan baru boleh beranak, tak tahulah Madam Azlina kot-kot awal 3 bulan dah boleh beranak...!!!

Kita akan tunggu dan lihat perubahan ini. tapi kita yakin bahawa pihak-pihak berkepentingan dengan JAZAN akan meneruskan rancangan jahat bagi menggagalkan usaha KUIN dinaik taraf sebagai Universiti penuh.




MUKHRIZ LUANG MASA JUMPA INSANIAH HOLDINGS SDN BHD

Beberapa kakitangan IHSB dilayan mesra Mukhriz selepas sidang DUN di wisma
Tidak seperti Jamil dan Azizan (JAZAN) yang enggan bertemu dengan kakitangan KUIN suatu ketika dahulu dalam menyelesaikan kemelut, namun Mukhriz sudi bertemu dengan wakil Insaniah Holdings Sdn Bhd selepas sidang DUN di Wisma Darulaman.

Tahniah skill leadership yang sangat baik yang ditunjukkan untuk berhadapan dengan kemelut krisis KUIN yang ditinggalkan JAZAN.