Pages

Thursday 29 November 2012

JAMIL DURJANA .. SILA BAYAR WANG KAMI KE BANK.. KAKITANGAN KUIN SAMAPAI SURAT TARIK KERETA DAN SAMAN DARI BANK


Jamil terus sombong  dan ego dalam kedurjanaannya dan kezalimannya apabila kini majoriti kakitangan KUIn sudah mula menerima surat saman dan tarik kereta serta amaran lain daripada pihak Bank  kerana gaji mereka sudah dipotong daripada slip gaji namun tidak dibayar Jamil kepada Bank berkenaan.

Tunggakan ini sudah berlaku sehingga 4 bulan.

Inikah pentadbiran secara ISlam dengan dengan merompak wang kakitangan KUIN.

Inikah pentadbiran sejahtera nikmat untuk semua apabila membiarkan kakitangan KUIN tertekan psikologi apabila  ditekan oleh bank untuk tarik kereta dan disaman.

Tuesday 27 November 2012

KAKITANGAN KUIN BAKAL TAK DAPAT BONUS 2012 ?



Menurut sumber dari dalam , selepas mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin... satu lagi projek Kedah Sejahtera dan Nikmat untuk semua kepada kakitangan KUIN iaitu KUIN bakal mencipta sejarah gilang gemilang setelah beroperasi sejak 17 tahun.

Inilah jasa yang bakal ditinggalkan Jamil dan Azizan kepada kakitangan KUIN setelah strategi tak naik kan
gaji kakitangan KUIN dan tak berikan pemberian kenaikan colar

Apakah jasa Jamil dan Azizan tersebut .. ??

Menurut sumber , bagi kakitangan KUIN perlu rasa bangga kerana pada tahun ini Azizan dan Jamil akan menghadiahkan "TIADA PEMBERIAN BONUS 2012"........Yahooooooooo....

Inilah jasa Azizan dan Jamil memerintah Kedah dann KUIN.

Kata Mr SS suatu ketika dahulu kita perlu bersyukur kepada Allah swt kerana beriman qodo' dan qodar ?????

Bagi kakitangan KUIN jangan risau , kerana disebabkan projek ini diberikan kepada kita , kita kenalah bersyukur.... Semua kakitangan KUIN perlu bersatu dan mengikut setiap arahan daripada 'GERAKAN BERSIH KUIN' kerana kita bersyukur terhadap apa yang diberikan Jamil kepada kita....

Nantikan arahan dari masa kesemasa untuk kita melancarkan projek Syukur dengan Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua.

JAMIL DURJANA TAK MAHU TANDATANGAN CEK, GAJI KAKITANGAN TAK DIBAYAR LAGI BULAN NOVEMBER ?

Kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan Pusat yang lain telah pun menikmati gaji bagi bulan november 2012. 

Namun gaji semua kakitangan KUIN hingga kini belum lagi diperolehi.

Baru-baru ini, pihak Jabatan Bendahari dan Pendaftar dah siap semua dokumen dan ready untuk membayar gaji kakitangan , tapi tetiba apabila cek diberikan kepada Jamil Durjana , dia tak mahu tandatangan cek bagi tujuan membayar gaji kakitangan (bulan november)

Menurut sumber kemungkinan yang akan tandatangan cek bagi membayar gaji kakitangan KUIN adalah Azizan (Menteri Bohong).

Jika benarlah Azizan yang kena tandatangan cek nak bayar gaji kakitangan, maka ini memberi isyarat bahawa KUIN bukan sahaja kritikal dalam berhadapan masalah kewangan bahkan sudah sampai tahap akan musnah sebuah organisasi yang diasaskan oleh generasi terdahulu.


Monday 26 November 2012

MARI KITA BACA KPI JAMIL

Jamil selalu bercakap dan tekankan tentang KPI staf KUIN, sebab tu la dia tak nilaipun Borang Penilaian Prestasi staf dari 2008 sampai 2011 sebab bagi dia staf tak layak dapat anugerah cemerlang sebab KPI tak memberangsangkan,

Azizan sangat bangga dengan Jamil pastu tipu Tuanku Sultan yang Jamil cemerlang  so Jamil dapatla DGMK ..jadi Dato' Wira.  Ok.. la ni kita akan bercakap tentang  KPI Jamil sebagai Rektor KUIN:
1.   Mahasiswa berdemo pada 11.1.11 sbb Jamil gagal jaga kebajikan pelajar
2.   Mahasiswa menang saman walaupun Jamil/Azizan ambil Karpal kapiaq
3.   Diploma Tahfiz diletakkan bawah YINK dan sedang cemelang
4.   Staf dengan Bersih dah demo sebab Jamil gagal jaga kebajikan staf
5.   Pekeliling kenaikan gaji 13% dan pencen 60 tahun  Jamil tak terima sbb tu   Pendaftar, Bendahari dan PakYusof drebar kena pencen awal
6.   Ijazah Sarjana Muda Al-Quran tak dapat akreditasi walaupun 7 graduan konvo
7.   Dokumen ISM Al-Quran dikemuka kpd MQA selepas konvo 14
8.   Pengurusan kewangan yang sangat hampeh potongan kepada pihak ketiga tak bayaq tapi   dalam slip gaji staf dah potong,
9.   Ambil adik beradik dan sedara sendiri jadi staf
10. Program LIFE yang merapu, syok sendiri dan mengabis duit saja dah la pi minta sedekah merata nak buat LIFE, mana resolusi LIFE yang boleh bagi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan ummah
11.  Shake Cuisine menang saman RM1.5 juta
12.  Persatuan Silat Gayung Malaysia membuat laporan polis berhubung 7 pelajar KUIN yang teraniaya
13.  GPMS  (Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung) Kedah telah membuat laporan polis
14.  Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah semalam telah membuat laporan polis
15.  CEO Holdings dan CEO anak syarikat yang gagal berfungsi mencari peluang pekerjaan
16.  Minit mesyuarat palsu masa perbicaraan saman Shake
17.  Dokumen palsu untuk SETARA 11
18. Syarikat Ban Hin saman KUIN.

KENAPA AZIZAN DAN JAMIL BERIYA-IYA NAK BUAT KONVO KHAS DAN PERASMIAN KUALA KETIL BULAN JANUARI INI ?

Azizan dan Jamil telah bersepakat untuk mengadakan Konvo Khas KUIN pada bulan Januari ini walaupun Jamil sedar bahawa KUIN nak bayar gaji pun tak ada. Gaji lewat, potongan tak dibayar. setiap bulan kena denda dengan KWSP, Status kakitangan sambilan dan sementara dibiarkan dan lain-lain .

Sebenarnya kita perlu sedar kelicikan Jamil yang selalau berbohong dan suka memalsukan sesuatu apa y ang dikatakannya. Jamil dan Azizan terdesak kena buat juga konvo khas walaupun tak ada duit kerana :

- Kontrak perjanjian antara KUIN dan pemilik rumah kedai di Stargate akan tamat hujung tahun ini, begitu juga kontrak perjanjian kampus Sungai Petani. Jamil sedar KUIN trak ada duit nak beroperasi di Stargate dan Sungai Petani, so..... Jamil kenalah segerakan proses pemindahan ke Kuala Ketil walaupun hingga kini proses pembinaan bukanya siap 100 % lagi.

- Bila jamil buat konvo khas dan menjemput SPB YDP Agong , maka sudah tentulah Jamil dan Azizan dapat menggunakan stautus Agong untuk memberi tekanan kepada agensi Kerajaan dan Swasta seperti JKR, TNB, SADA bagi mendapat CF dan beberapa kelulusan lain dengan segera berbanding jadual yang sedia ada.

- Jamil sedar semua agensi kerajaan dan swasta di atas agak mudah diarah oleh Jamil melalui Azizan, tetapi tidak Kementeria pengajian Tinggi (KPT). KUIN jika ingin berpindah ke Kuala Ketil perlu mendapat kelulusan premis baru Kuala Ketil daripada KPT. Maka orang kanan Jamil termasuk Wan Sulaiman dan Sayuti ditugaskan ke KPT Putrajya bagi menguruskan urusan tersebut. Kebetulan pula Wan Sulaiman berkata yang duduk di KPT tu anak muridnya.

FACEBOOK :ISU GAJI DIPOTONG DALAM SLIP TAPI TAK BAYAR




26 NOV JAMIL DAN MR SS DAPAT HABUAN 1K HADIR MESYUARAT, KAKITANGAN LAIN DIABAIKAN KEBAJIKAN



Jamil
27 Nov -  Semalam ada Mesyuarat Lembaga Pengrah Kuin (LPK). Menurut keputusan mesyuarat yg dicadangkan oleh Jamil dan diluluskan oleh Azizan ahli mesyuarat lembaga akan dapat habuan lumayan iaitu Azizan sebagai Pengerusi akan dapat RM2000 tunai dan ahli mesyuarat termasuk Jamil akan dpt RM1000 tunai.

Sayuti
Tapi yang menyedihkan staf sampai hari ni potongan KWSP, pinjaman bank mereka belum dapat dibayar sehingga masuk bulan ke empat.

Sepatutnya Jamil dan Sayuti Sanusi tidak boleh mengambil duit elauan hadir mesyuarat LPK kerana itu masih termasuk di dalam tugas hakiki kerja KUIN. Jika betul mereka boleh , kenapa kakitangan lain jadi AJK Konvo tak dapat elaun, jadi AJK Spesial Konvo tak dapat elaun, jadi AJK LIFE tak dapat elaun? mereka ingat KUIN ni hak bapak mereka punya.

Admin tidak mempertikaikan ahli yang lain seperti dato Ismail Ibrahim kerana dia adalah jemputan luar yang berada di Kuala Lumpur.
Bang Jan

Azizan dengan Taulan pun tak layak kerana mereka memang memegang portfolio yang berkepentingan.

KUIN dulu lain, sekarang dah lain.

Dulu kerja nak naikkan KUIN, sekarang kerja nak naikkan Azizan, Jamil dan kroni.

Sunday 25 November 2012

KENAPA JAMIL MENYEPI ISU DAKWAAN BELIAU MEMALSUKAN DOKUMEN MINIT MESYUARAT DI DALAM MAHKAMAH

Jamil letih tak terjawab isu minit  mesyuarat palsu
Jamil yang sebelum ini bersuara dalam isu saman Shaikh yang menang atas tuntutan KUIN..

Jamil juga bersuara dalam isu pengiktirafan yang tidak diperolehi dalam program Ijazah Sarjana Mudaa Quran KUIN..

Tetapi apabila Jamil dihentam dan didedahkan dengan laporan polis mengenai sikap durjananya membuat pengakuan palsu di dalam Mahkamah Tinggi dan mengarahkan membuat minit mesyuarat palsu... Jamil senyap..

Persoalan ..Kenapa jamil tak saman En Khairul, Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan atau tak saman bloger-bloger termasuk blog bedrita KUIN, sekiranya berita ini palsu dan fitnah.

Jamil terkedu dan tidak berdaya lagi untuk tipu dunia.... Jamil bakal dihadapkan ke muka pengadilan.

FB Staf KUIN dedahkan kepincangan pembayar gaji KUIN


HAJI SYAYA : DARI TURKEY KE KEDAH KE BRUNEI, HANG NAK BUAT APA PULAK DAH?

Menurut sumber , Syaya yang merupakan rakan karib Azizan dan Jamil Palsu dan juga yang pernah menyatakan hasrat nak beli 90 % ekuiti KUIN , kini berada di Kedah.

Dulu nak beli , sekarang dia balik dari Turkey, apa pulak dia nak buat pada KUIN.

Selepas hang pelingkup KUIN sampai tak dak duit, nak selesai dan selamatkan diri hang lari pi Turkey noa.

Sekarang bila isu nak beli KUIN dah senyap Syaya mai pulak dahhhh... tapi kali ini menurut sumber akan membawa jamil dan mungkin jika Azizan boleh sihat sikit akan bawa mereka bertemu dengan pihak Istana Brunei.

Yaa lah, duit dah tak ada... cari Istana Brunei pulak dahhh?

Hmmmm... sebab tue menurut sumber anugerah ijazah kehormat nak bagi pada orang brunei ?

 Apa pulak yang mereka akan kelentong .... KUIN Ijzaha Quran pun tak diiktiraf, sesuka hati sahaja nak bagi Ijazah Kehormat ?

AZIZAN PANGGIL MENGADAP KE RUMAHNYA KES KUIN

Rumah Azizan Jalan Sultanah
Azizan tahu dengan isu KUIN dia akan jatuh. Atau memang dia nak bagi PAS jatuh sebab dia tahu Azizan bukan sahaja menghadapi masalah dari musuh politik luaran bahkan orang kanan dan politik dalamannya pun tahu kelemahan dan penyelewengan Azizan.

Lalu Azizan memanggil beberapa pegawai KUIN kerumahnya diwaktu malam kononya nak tanya kenapa KUIN jadi problemm yang bertalu-talu . Adakah penghujung bagi masalah dan isu KUIN ini? Antara yang hadir Mr S ..... , Mr W ..... , Mr P..M..

Azizan memang terkesan kerana kekasihnya memang tak pandai tadbir Universiti menyebabkan Azizan memasang perangkap sendiri dalam pentadbirannya. jamil akan menjatuhkan Azizan.

LUAHAN SEBAHAGIAN KAKITANGAN KUIN DALAM FACEBOOK : RUPA-RUPANYA JAMIL TAK PANDAI TADBIR UNIVERSITI





JAMIL MINTAK PULAK RM 4 JUTA

Sumbet dari Wisma Darulaman menyatakan bahawa Jamil telah menulis surat mintak duit lagi sebanyak RM4 juta utk menyalesaikan krisis kewangan Kuin yang semakin meruncing. 

Staf Kuin kini betada dalam kebimbangan kerana ramai telah dihubungi oleh pihak bank kerana tidak membayar pinjaman. Ada yang telah mendapat surat daripada pihak bank. Potongan2 lain seperti tabung haji, zakat dan insurans juga mempunyai masalah kerana potongan terakhir adalah pd bulan Jun 2012.

Jamil merasakan wang RM4j yang dia mintak ini mampu untuk menyelesaikan kemelut kewangan Kuin bagi tahun ini. Bagaimana dengan tahun depan. 

Rasanya Kuin akan bertambah parah lagi dengan perasmian mega yang bakal menelan belanja jutaan ringgit yang dirancang oleh Jamil dan Azizan. Apa yang depa 2 orang nak buat? staf KUIN harap gaji dibayar on time dan segala potongan pinjaman tidak terjejas.

Wednesday 21 November 2012

Kedah government blamed for not managing Kuin properly

Sumber : 
 

ALOR SETAR: The state government has come under fire for its failure in managing the state-owned Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Opposition leader Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN Pedu) said the alleged mismanagement had tarnished Kuin's image as it had failed to obtain the Malaysian Qualifications Agency (MQA) ac-creditation.

As a result, he said, the student enrolment rate for the college had dropped drastically.

“There are 50 courses being offered by the college, but 12 courses have no students at all,'' he said when debating the state Budget 2013 at the state assembly here yesterday.

Mahdzir added that 20 courses at the institution, with a college-university status, had fewer than 10 students.
“The mismanagement resulted in a waste of money as well. For example, the state government spends RM430,000 every month just to support a medical faculty with only 11 students,'' he said.

It was reported that seven students who graduated with a Bachelor of Quran from Kuin ended up being rubber tappers, taxi drivers and petrol station workers as their certificates were not recognised by the MQA.
“One of the parents told me that Kuin staff had actually submitted the MQA application after the convocation. The state government should explain the delay,'' he said.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI BUAT SIASATAN MENGEJUT DI KAMPUS KUIN SUNGAI PETANI

22 Nov - Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalan telah mengadakan lawatan dan siasatan mengejut kepada kampus pengajian KUIN di Sungai Petani yang menawarkan pengajian Dipoma dan Ijazah Sarjana Multimedia. 

Antara perkara yang diminta oleh pihak KPT supaya pihak KUIN kampus  Sungai Petani menyediakan 
     - Surat-surat yang berkaitan dengan MQA(bagi permohonan akreditasi penuh)
     - Maklumat mengenai pelajar KUIN kampus Sungai Petani
    - Maklumat kakitanga khususnya akademik serta kelayakan mereka
    - Maklumat mengenai kemudahan yang disediakan (mungkin ada kaitan dengan perumahan yang disaman Shaikh).
     -banyak lagi melibatkan perundangan dan prosuder yang berkaitan KPT

Tuesday 20 November 2012

MARI KITA DENGAR SENDIRI VIDEO DARI MANGSA PENIPUAN DAN PEMALSUAN JAMIL DALAM ISU MINIT MESYUARAT PALSU

Isu pemalsuan dokumen yang di buat Jamil khususnya menggunakan dokumen palsu di dalam Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan mereka dan mengada-adakan minit mesyuarat palsu menjadi berita hangat kurapsi Jamil dalam KUIN.

Kebanyakan blogger dan pemerhati politik telah menampakkan isu kelemahan KUIN adalah berpunca dari hilangnya integriti dan amanah seorang pemimpin tertinggi dalam KUIN.

Mari kita saksikan dan dengar sendiri pendedahan eksklusif daripada mangsa penipuan dan pemalsuan Jamil, iaitu En Shaik Faisol ..........(KLIK READ MORE DIBAWAH)

JAMIL BERI SIGNAL PROJEK KONVO KHAS ADALAH PROJEK GENG BERUK PANJAT POKOK CERMAI


Semua kakitangan KUIN dah mula bercakap soal integrity Jamil sebagai pengemudi KUIN.

Ketika mesyuarat konvo khas KualaKetil yang  diadakan pada Selasa yang lalu (19  Nov) … tetiba Dekan Kuliah Muamalat dengan berani mengutarakan soalan diakhir sesi perjumpaan hampir dengan maghrib antara Jamil dan Ketua-ketua Jabatan dan AJK .

Dekan Tanya , yang dok rancang majlis yang sangat grand nie KUIN adakah duit ? Soalan yang pendek tetapi membuatkan Jamil tergamam dan tak tahu nak jawab….. Jamil cuma kata , MB Azizan yang suruh buat , so Jamil buat saja lah…. (Rupanya betullah apa yang dikatakan admin, sebenarnya MB dah takut kalah dlam pilihanraya atau dia tak kekal sebagai MB, takut bila dia tak ada, kampus Kuala Ketil akan terkubur, jadi kenalah juga buat konvo khas dan perasmian kauala Ketil dan libatkan Agong)

Semua staf KUIN tahu KUIN dah banyak hutang tak dibayar… di Jabatan Bendahari bertimbun timbun cek tak dilepaskan bernilai jutaan ringgit kerana KUIN tak ada duit

Monday 19 November 2012

BLOG MTK : INSANIAH HOLDING ZALIMI KAKITANGAN KUIN



Sumber :
Medan Tempur Kedah

Belum pun reda isu dalaman pentadbiran KUIN dibawah regim diktator Jamil Pak Tonko, kini terkeluar pula cerita bahawa Insaniah Holding iaitu anak syarikat kepada Insaniah Sdn Bhd pula mengalami masalah yang ketara..

Insaniah holding bukanya syarikat yang menjana keuntungan, tetapi ianya adalah untuk meletakkan seramai mungkin kroni kroni Jamil dan kroni dalam Pas Kedah untuk menerima GAJI BUTA dari Insaniah Sdn Bhd..

Sebenarnya susah MTK nak terangkan struktur organisasi dalam bentuk penulisan ini,tapi untuk fahamkan pembaca semua MTK buatkan 1 carta bagi memudahkan pembaca faham..





Carta kat atas ni adalah bagaimana caranya Insaniah Holding ini beroperasi..Yang pertama Insaniah Holding ini adalah anak syarikat INSANIAH SDN BHD merupakan syarikat induk yang memegang KUIN dan Insaniah Holding..

Untuk kali ini MTK nak ceritakan dulu bagaimana Insaniah Holding ini beroperasi.. Insaniah holding ini ditubuhkan ketika zaman kerajaan Pas kononnya untuk mengkoperatkan sistem pendidikan dalam KUIN ini..

Selepas itu, mereka memikirkan jalan bagaimana hendak memasukkan kroni dengan cara mudah, lalu mereka menubuhkan 5 lagi anak syarikat dibawah Insaniah holding..

Tujuan anak anak syarikat ini ditubuhkan adalah untuk menguruskan setiap keperluan oleh KUIN contoh

INSAN MAYA adalah pusat menguruskan tentang kursus kursus seperti Insanmaya Advertising Architecture Design, IPTV, Production, Life style Café dan lain lain

INSAN FASIH adalah sebuah pusat sehenti bahasa komersial

INSAN SYSTEM pula adalah syarikat yang membuat sistem maklumat, perisian dan segala kelengkapan internet, audio visual..

INSAN BESTARI adalah syarikat yang menguruskan Sekolah Bestari untuk pelajar pelajar tingkatan 1-5 dan yang mengikuti Kem anak soleh, Kem bina Insan..

INSAN MEDIC pula dipertanggungjawabkan oleh Insaniah Holding untuk menguruskan dan menyediakan segala kelengkapan kursus perubatan seperti membeli 10 mayat dimana setiap 1 bernilai RM 35 ribu..

Kalau diikutkan tak perlu Insaniah Holding menubuhkan anak anak syarikat ini kerana ianya boleh dipecahkan mengikut deparment..

Tetapi apa yang peliknya ialah walaupun tidak mempunyai staf yang ramai, empat daripada lima anak syarikat Insaniah Holding ini mempunyai CEO yang bergaji besar..

CEO BAGI INSAN MAYA, INSAN SYSTEM DAN INSAN FASIH MENERIMA GAJI 10 RIBU SEBULAN

MANAKALAH CEO INSAN MEDIC PULA MENERIMA " PENDAPATAN " SEBANYAK RM 35 RIBU + RM 5 RIBU

SINAR HARIAN : AZIZAN SEMPUT HADIRI MAHKAMAH


WAHAI JAMIL :JIKA ISU MINIT PALSU FITNAH SILA SAMAN

20 Nov - Jika kenyataan dan laporan polis yang dibuat oleh Presiden badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah dianggap fitnah dan hanya menjatuhkan reputasi Jamil, pihak kakitangan KUIN mencabar Jamil untuk memfailkan saman kepada En Khairul Anuar Ramli, Presiden badan Bertindak Anti Penyelewengan . Jamil perlu membersihkan namanya dan nama KUIN kerana memalsukan dokumen rasmi KUIN sehingga melibatkan institusi perundangan negara iaitu Mahkamah Tinggi ketika kendalian kes saman Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini

Jamil dilihat sudah tidak berdaya menepis semua desakan daripada segenap lapisan masyarakat kerana telah melakkukan kesalahan yang boleh mellibatkan jenayah dan boleh dihukum penjara . Kes ini boleh disabitkan di bawah Jenayah Komersial kerana berniat untuk menipu atau boleh disabitkan menghina Mahkamah kerana disabitkan memberi kenyataan palsu dengan menggunakan minit palsu di dalam Mahkamah Tinggi Alor Setar.

ISU JAMIL ARAHKAN GUNA MINIT MESYUARAT PALSU DALAM MAHKAMAH JADI TAJUK PANAS BLOGGER NASIONAL

Kebanyakan blogger sudah berani mendedahkan menjangkaui apa yang terdapat dalam pengetahuan admin blog berita KUIN, bahkan pendedahan dan perbincangannya cukup panas. Sila lihat carian (searching) yang dibuat  terhadap sebahagian blogger seperti di bawah


KRISIS KEWANGAN KUIN BERADA DIPARAS BERBAHAYA : GAJJI JURUTUNJUK KULIAH QURAN BULAN OKTOBER TAK BAYAR LAGI


Zalim dan durjana .. itulah mungkin kalimah yang selayaknya dipersembahkan kepada Jamil yang gagal mengurus tadbir KUIN sehingga kini gaji untuk bulan Oktober bagi staf jurutunjuk Kuliah Quran KUIN masih belum dibayar.Bulan November pun sudah dipenghujung tapi dengan sikap durjana gaji tak dibayar lagi.... ada yang terpaksa berhutang , rumah sewa tak bayar , bil api dan air, pampers dan susu anak..... ada yang makan bubur sahajadek kerana seorang durjana dalam KUIN.

METING KONVO KHAS BUKA PEKUNG JAMIL

20 Nov - Semalam Jamil Palsu telah menghimpunkan dekan2, ketua jabatan dan staf Kuin bagi menyempurnakan niatnya utk mengadakan mesyuarat perasmian kampus Kuala Ketil. Walaupun kampus Kuala Ketil tu dijangkan diserahkan pd bulan Mac tetapi atas desakan  KUIN dah tak ada duit dan terpaksa say go..goo.. bye..bye kepada kampus Stargate kerana KUIN dah tak boleh bayar sewa Stargate maka pihak kontraktor diminta utk diserahkan lebih awal. Adakah bangunan ini akan dpt CF dlm masa terdekat?

Adakah SPB YDP Agong akan merasmikan bangunan yang tiada CF. Tapi perkara ni biasa saja bagi Jamil Palsu kerana SPB Agong pernah menganugerahkan ijazah yg tidak diiktiraf kpd graduan Kuin. Bahkan Jamil pun pernah mengutarakan minit palsu dalam Mahkamah , takat nak kelentong yang lain memang kerja Jamil dahhhh ..

Berapakah Jamil akan belanja untuk buat majlis perasmian ni. Berapa juta pun Jamil nak belanja untuk majlis ni kita cuma mintak satu saja lunaskan semua potongan gaji kpd pihak bank, bayar potongan kwsp dan bayar potongan zakat staf. 

Semua staf KUIN tahu bahawa KUIN dah tak ada duit tapi dok galak gatai nak buat juga special konvo semata-mata nak selamatkan nama Jamil. Kita tau Kuin dah tak mampu utk buat majlis ni hutang yg ada pun dah tak terbayar ni nk buat majlis yg akan telan berjuta rm.

Sunday 18 November 2012

DOA KAKITANGAN KUIN .... "KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL!!"



PEMIMPIN SKUAD BERSIH KUIN DAKWA MENDOAKAN KEMUSNAHAN JAMIL ITU WAJAR DAN AKAN DIMAKBULKAN ALLAH KERANA IA DOA KAKITANGAN KUIN YANG TERANIAYA



Dengarlah wahai Jamil doa kakitangan KUIN yang di aniaya kamu

Ya ALLAH hukumlah Jamil, Ya ALLAH hukumkan Jamil . 'KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL!! KO-JAMIL !!'

Dalam tahun 2012 dan 2013 ini Ya ALLAH MUdah-mudahan perjalanan kami di KUIN Ya ALLAH akan dipermudahkan dengan pertolonganmu Ya ALLAH.

Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun ke dalam laut.. Ya ALLAH kamu telah ranapkan Namrud, begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudahnya kamu untuk menjahanamkan JAMIL dalan tahun ini .

Tidak larat kami hendak melihat anak kami dengan suasana tidak selamat gaji lambat, potongan tak dibayar kepada Bank, staf dikenakan tindakan, menipu minit mesyuarat palsu, kronisme, kurapsisme.

Ya ALLAH habislah KUIN akan dijual kepada syarikat Turkey dan kawan-kawan JAMIL.' Hancur Jamil Tumbang JAMIL'..


BILA BERUK MENGGONGCANG POKOK CERMAI DI KUIN

MB (Menteri Bohong) Azizan dah hantar kumpulan beruknya sejak Mei 2008 untuk goncang pokok cermai KUIN. 

Kumpulan beruk yang diketuai oleh Jamil Palsu hebat dok goncang bersama geng dia terutamanya Ramli Mayat, Shkri Jualan Singkat, Aidi, Mansor, Akif , Muslim , Wan Kuali T, Fairuzah , Mr Firdaus , dan ramai lagi.  

Depa ni tak tau la mai dari mana tiba-tiba saja diambil kerja di KUIN, bagi jawatan tinggi gaji mahai walaupun buat kerja macam hampeh. Team ni la yang dok ampu dan kipas Jamil Palsu sambil dok muhong MB. 

Depa ni la dok hinggut pokok cermai KUIN sampai luruh habis buah, putik, bunga daun tinggal dahan dengan ranting saja. Macamna MB sanggup ikut puak ni pi minta sedekah d MBI, masa Dato' Din dok prangg Jamil Palsu and team, MB tak cakap sepatahpun.  Patutnya Dato' Din jangan bagi sekupang pun kat depa, memang muka tak tau malu. Ni la Holding cara beruk,  Langsung tak tau buat bisnes tapi bangga mengaku depa Holding.

HUTANG PELAJAR DIGUT BAYAR, KUIN HUTANG PEMBEKAL TAK MAHU BAYAR... APA PUNYA CARA PENTADBIRAN JAMIL NIE ?


Surat yang dikeluarkan KUIN tuntut hutang pelajar, tapi KUIN pun tak bayar hutang orang sampai sanggup keluarkan minit mesyuarat palsu semata-mata tak mahu bayar hutang
Mungkin disebabkan duit dah pokai maka KUIN melalui Jabatan Bendahari dah mula hantar surat kepada pelajar-pelajar yang masih belum menjelaskan yuran pengajian mereka.

Kita tidaklah nak menyalahkan KUIN sebab memang hak KUIN untuk tuntut hutang dari pelajar cumanya bila pelajar berhutang dengan KUIN pandai pulak KUIN tuntut hutang sampai ugut kalau tak bayar tak boleh dapat result exam dan tak boleh daftar semester depan, tapi bila KUIN berhutang dengan pembekal-pembekal pasai apa tak mau bayar?...sampai nak kena bawak ke mahkamah...bila dah nak kalah dalam kes mahkamah buat pulak bukti palsu...adoiii...tu laa...bila kena atas kepala sendiri pandai pulak tuntut dan ugut...ni kah cara Islam yang dilaung-laungkan oleh MB Kedah Tok Jan?...Islam tak ajaq lagu ni kot Tok Jan?....

Kalau KUIN berasa susah bila pelajar tak setelkan yuran mereka, maka pembekal-pembekal pun macam tu lah jugak...jadi, bayaqlah kat depa barulah pelajar akan bayar kat KUIN.

KPT KATA KUIN EGO LANGSUNG TAK JUMPA KPT, JAMIL NAK SURUH KPT DATANG KE KUIN KOOT?



Itulah sifat ego Jamil  bila berlaku sesuatu isu Jamil akan guna kuasa hitlernya. Dalam isu 7 pelajar ijazah jamil langsung tak panggil mereka tanya khabar atau membantu. yang jamil tahu menjawab semborono dan mengabaikan kebajikan mereka. Apa kata kalau KUIN dah buat silap , bagilah mereka kerja sambilan diKUIN, selesai masalah, tapi dah egooo menguasai Jamil semua yang dia tak suka dia tak mau tengok dalam KUIN.

Dengan KPT pun sama, Malu KUIN... sampai KPT kata KUIN tak mai jumpa bincang langsung pasai 7 pelajar Ijazah Quran yang tak diiktiraf...Yang pergi bertemu KPT hanyalah 7 pelajar tersebut.

Nilai sendirilah siapa yang mengetuai KUIN sekarang... ego dan sombong sampai sanggup menipu dan memalsukan dokumen

Saturday 17 November 2012

LAPORAN POLIS DIBUAT NGO TERHADAP JAMIL

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan , Khairul menunjukkan salinan laporan polis
Sumber :
Blog Anti Penyelewengan

18 Nov - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah  semalam telah membuat laporan polis berhubung  tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini. 

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009.

Khairul memberi tempoh dua  minggu untuk pihak terbabit melengkapkan siasatan terhadap laporan tersebut dan tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak beliau.

Menurut peguam beliau , Saiful yang turut mengiringinya semasa laporan polis dibuat berkata,  tindakan Jamil tersebut boleh disabitkan di bawah syeksen 193 kanun keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

EMAIL DARI STAF YANG TERLALU MARAHKAN JAMIL

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih kepada admin kerana sentiasa mengemaskini status di blog beritakuin.blogspot.com. Syabas saya ucapkan! Teruskan usaha anda! Saya berasa cukup TERHARU akan pentadbiran Dato' Wira Jamil dan kroni-kroninya. CUKUP HEBAT DAN GLAMOUR!!! 

Seperti yang sedia maklum, Dato' Wira Jamil merupakan PENGERUSI INSTITUT STATISTIK di Malaysia ini. Itu maknanya, KETUA STATISTIK di seluruh Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Rektor di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Telah mendapat pembiayaan 2x untuk menyambung pelajaran beliau ke peringkat lebih tinggi. Woww... Hebat! Untung hang Jamil. Dari awal hingga kini, hidup hang cukup senang lenang. Patut la hang tak ambik peduli staf bawahan. Tak pa Jamil, kesabaran kami sudah terbatas! Role model pertama yang harus dicontohi..!!

Setelah agak lama berkhidmat di INSANIAH, rasa nak runtuh jantung saya dengan keadaan INSANIAH ini. Terdapat sebilangan staf yang sudah berkhidmat 5-6tahun baru sahaja dinaikkan ke taraf SEMENTARA. Itu pun apabila posisi tamat tempoh, BAKAL DIBUANG. ADAKAH ITU PENGHARGAAN DATO' WIRA JAMIL KEPADA SEBILANGAN STAF TERSEBUT? HABIS MADU SEPAH BAKAL DIBUANG? Apakah nasib kakitangan sambilan kelak? Adakah turut menikmati nasib yang sama? Saya dimaklumkan gaji sehingga  9 November 2012 masih belum lagi diterima. Agaknya bagaimana depa ni nak bagi komitmen kat kerja? Hang tak apalah Jamil, pencen ada, apa semua ada. Hang nak jaga periuk nasi hang ja. Tak pa Jamil dan kroni, kita bakal berlawan! Walaupun hang LANGIT, kami ni SEMUT macam2 taktik aku boleh SERANG hang..!! Plan sudah disediakan, cuma nak bagi warning ja... 


Kepada Ustaz Azizan, hang menangis melutut merayu minta bantuan dari kenalan hang di luar masuk kerja di INSANIAH. Minta tolong bangunkan INSANIAH last2 hancusss... Padahal itu semua berpunca dari hang..!! Jatuh bangun INSANIAH semua di tangan hang..!! Azizan oooiiiii Azizan...!!!

Friday 16 November 2012

JAMIL SILA JAWAB DAKWAAN INI DALAM MEDIA!





JAMIL CIPTA KRISIS KUIN SEMAKIN MERUNCING : UTUSAN MALAYSIA

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli menunjukkan minit palsu dan bukti akuan sumpah

KULIM 16 Nov. - Ketika krisis yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semakin meruncing, satu bukti berhubung penyelewengan pentadbiran institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Pas Kedah itu didedahkan hari ini. 

Perkara itu dibongkar oleh Badan Bertindak Antipenyelewengan Kedah yang tampil bersama dokumen yang mendedahkan tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini. 

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009. Artikel Penuh:

KUIN DIBAWAH PENTADBIRAN JAMIL GUNA DOKUMEN PALSU : BERITA HARIAN

Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mendedahkan dokumen palsu ciptaan Jamil

Sumber :
Berita Harian 

Kulim: Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mendedahkan tindakan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memfailkan minit mesyuarat palsu sebagai dokumen bukti di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Ia difailkan sebagai bukti defendan dalam kes tuntutan saman RM1.5 juta oleh Shake Cuisine Sdn Bhd (Shake Cuisine) selepas KUIN gagal menjelaskan bayaran penyediaan penginapan dan pengangkutan pelajarnya di Sungai Petani.

Pengerusinya, Khairul Anuar Ramli, berkata tindakan KUIN membuktikan pengurusannya sanggup melakukan apa saja termasuk menyeleweng bagi menutup kesalahan serta kelemahan sendiri.

Berdasarkan rekod, beliau berkata minit mesyuarat palsu bertarikh 14 Oktober 2009 itu disediakan Setiausaha Kanan Rektor KUIN, Kamaliah Osman atas arahan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Awam) KUIN, Prof Madya Zakariya Man, sebelum ditandatangani sendiri Rektor, Prof Datuk Dr Jamil Osman.

Katanya, ia diakui sendiri Kamaliah melalui satu surat akuan bersumpah bertarikh 8 Ogos 2012 yang dibuat selepas minit mesyuarat itu dirujuk dalam perbicaraan kes saman antara Shake Cuisine dan KUIN di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu itu.

Dalam surat itu Kamaliah mengakui minit mesyuarat berkenaan adalah rekaan semata-mata dan dibuat atas arahan Zakariya yang sebelum itu menerima arahan daripada Dr Jamil.

Tindakan KUIN bukan saja terbukti menyeleweng. Malah, seolah-olah cuba mempersenda institusi perundangan negara.

Justeru, saya harap Dr Jamil selaku Rektor KUIN bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui kolej universiti berasaskan pengajian Islam itu. Turut digesa berbuat demikian Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, katanya.

STATUTORY DECLARATION: State-owned Kolej Universiti Insaniah 'tendered fake minutes of meeting in court case' - NSTP

Sumber :
NSTP
Kedah Anti-Fraud Task Force president Khairul Anuar Ramli (left) with a copy of Kamaliah Osman’s statutory declaration at the press conference in Kulim, Kedah, 

KULIM: NON-governmental organisation Kedah Anti-Fraud Task Force is urging Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and Kolej Universiti Insaniah (Kuin) rector Prof Datuk Jamil Osman to resign over problems involving the college. Kuin is owned by the state government. Its president, Khairul Anuar Ramli, had accused Kuin of "fabricating" meeting minutes for a court case. 

He alleged that a senior secretary of Kuin was instructed to prepare fake minutes of a meeting between the college and hostel management company Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd. The document, which was dated Oct 14, 2009, was tendered as an exhibit in a lawsuit by Shake Cuisine against Kuin for breach of contract. In the lawsuit, Shake Cuisine had claimed that Kuin had agreed to pay RM2.16 million for a three-year contract to provide hostel and transportation services to 300 students at the college's Sungai Petani branch campus, between January 2009 and December last year. However, Kuin had breached its terms. Kuin lost the case on Nov 4 and was ordered by the Alor Star High Court to pay Shake Cuisine RM1.599 million as balance due under the contract. 

MR F PERLU BAWA USUL TERGEMPAR KUIN DI MUKTAMAR PAS


Sumber :


KULIM 16 Nov. - Perwakilan Pas Kedah digesa membuat usul tergempar bagi membincangkan kemelut dihadapi Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Muktamar Tahunan Pas yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. 

Utusan Malaysia 17 nov , nasional

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, mereka perlu mengambil kesempatan sempena muktamar berkenaan memandangkan kemelut pentadbiran Kuin yang berada di bawah kerajaan Pas Kedah amat meruncing. "Kuin juga melibatkan kepentingan rakyat khususnya di Kedah. Pelbagai isu yang timbul boleh menjejaskan nama baik Kuin sebagai salah sebuah institusi pendidikan Islam yang terkemuka di negara kita," katanya dalam sidang akhbar berhubung dakwaan penyelewengan pentadbiran Kuin, di sini hari ini. 

Sejak beberapa bulan lalu, Kuin dilanda pelbagai krisis termasuk yang terbaharu Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kedah membuat laporan polis kerana Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan di kolej itu masih gagal mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

KURSUS TERLALU BANYAK TETAPI TIADA SAMBUTAN PUNCA KRISIS KEWANGAN KUIN


ALOR SETAR 15 Nov. - Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang terlalu 'rakus' mewujudkan lebih 40 kursus di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menjadi antara punca institusi pengajian tinggi itu berdepan dengan pelbagai masalah ketika ini.

Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tawaran kursus yang terlalu banyak dipercayai bagi tujuan komersial memberi kesan negatif kepada pentadbiran dan pengurusan kolej universiti berkenaan selepas jumlah pelajar memasukinya tidak mencapai sasaran.

"Kuin perlu menyediakan segala keperluan termasuk prasarana, pensyarah dan membayar gaji kakitangan tetapi apabila jumlah kemasukan pelajar tidak mencapai sasaran, kolej universiti itulah yang terpaksa menanggung kos pentadbiran serta pengurusan.

"Bahkan apabila banyak sangat perkara nak urus, maka akan timbul banyak kekurangan disebabkan kelemahan pentadbiran daripada kerajaan negeri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sejak beberapa bulan lalu, Kuin dilanda pelbagai krisis termasuk yang terbaharu Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kedah membuat laporan polis kerana Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan di kolej itu masih gagal mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Wednesday 14 November 2012

KAKITANGAN DAH BAMBOOO JAMIL DALAM FACEBOOK ISU TAK BAYAR GAJI PENUH SEPERTI DALAM SLIP GAJI


Luahan rasa kerana hak kaitangan diabaikan

Di atas adalah sebahagian daripada artikel yang ditulis sebahagian kakitangan KUIN yang dah muak dengan penipuan dan kepalsuan Jamil Palsu dalam mentadbir KUIN.

Selain isu terkini berhubung Jamil mengarahkan pemalsuan dokumen rasmi dalam mahkamah tinggi, Jamil juga telah tidak membayar penuh gaji kakitangan tetap dan sementara KUIN sepertimana yangdibuat pemotongan di dalam slip gaji mereka.
Sebahagian luahan dalam facebook

Jika dahulu kakitangan protes dengan cara buat report polis dan demonstrasi, Jamil tak perlu tahu apa pulak yang kami akan buat ! Jamil hanya tunggu cukup apa akan kami akan buat kerana kami telah dizalimi dan dirampas hak dan kebajikan kami. Jamil boleh menakut-nakutkan kakitangan sambilan dan kontrak , tetapi tidak dengan SKUAD BERSIH KUIN.

Tuesday 13 November 2012

MALU KUIN .. JAMIL ABAIKAN KEBAJIKAN PELAJAR.. NGO PULAK YANG USAH NAK BANTU


Jika 7 pelajar Ijazah anaknya mungkin Jamil akan usaha cari kerja di BDB atau dalam Insaniah Holding


JAMIL PALSU MENIPU LAGI

14 nov - Utusan Nasional - muka 26

14 Nov - Pada hari ini Utusan menyiarkan kenyataan Jamil Palsu  yang penuh dengan penipuan , di dalam kenyataan nya beliau berkata :





Jamil ini menipu rakyat Malaysia. Memang standard la style Jamil suka menipu dengan katanya dokumen dah hantar 6 bulan. Saksikan kronologi di bawah :

17 Sepr  - 7 pelajar bergraduat dan menerima Ijazah Quran daripada SPB Agong
26 Sept  - Pihak KUIN baru nak terkebil-kebil menghantar PERMOHONAN MQA kepada pihak MQA
27 Sept  - Pihak MQA baru menerima dokumen tersebut (pada cop yang tertera pada surat)
12 Nov  - NGO buat report polis kerana dakwa 7 pelajar dianiaya Ijazah tak diiktiraf
13 Nov  - GPMS Kedah buat repot polis kerana isu pengiktirafan yang sama
14 Nov  - Jamil Palsu terus menjadi penipu berkata permohonan MQA untuk Ijazah Quran telah dihantar 6 bulan yang lalu, tapi MQA yang tak ada pakar (jamil salahkan MQA)
15 Nov  - Admin blog memaparkan bukti surat 'permohonan akreditasi bagi Ijazah hanya diberikan selepas  7 pelajar Ijazah berkonvo' - lihat di bawah

Lihat pada tarikh surat pada letter heada (26 Sept)... lihat pada cop terima MQA (27 sept)

Jamil pun tak ada modal nak tuutp kelemahan pentadbirannya apabila menyalahkan pihak pentadbiran MQA seolah-olah MQA tak aa kepakaran bidang Al Quran dalam kenyataan akhbar ;
Admin akan bongkarkan bahawa di Kuliah Quran sebenarnya hanya ada seorang sahaja yang berkelayakan mengajar Al Quran dan yang lain semua dalam bidang yang lain . Bahkan ada yang sijilnya tak diiktiraf oleh JPA menjadi tenaga pengajar di KUIN.