Pages

Thursday 1 November 2012

MUNGKIN AKAN ADA HIMPUNAN MEGA 2 DESAK JAMIL LETAK JAWATAN KERANA PECAH AMANAH, MENIPU DOKUMEN RASMI UNIVERSITI, MELAKUKAN KEZALIMAN DAN KURAPSI KEWANGAN


Ahli majlis berdemo tolak SUK Kedah


 
Sekumpulan ahli majlis berkumpul di luar Wisma Datul Aman, bangunan pentadbiran negeri di Alor Setar, hari ini bagi menuntut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Rasli Basir meletakkan jawatan.

Jurucakap mereka Mohd Jamal Nasir berkata, kumpulan mereka, termasuk penghulu-penghulu kampung sudah mengadakan tiga kali bantahan yang sama sebelum ini.

NONEPerhimpunan melibatkan 200 orang itu dimulakan dengan bacaan Yasin di bawah pokok berdepan dengan bangunan itu.

Mohd Jamal yang juga ahli majlis Kubang Pasu berkata, mereka benar-benar mahukan Rasli berundur.

"Kami serius dengan perkara ini. Ini kali keempat kami protes dan kami akan terus lakukannya sampai mesej ini sampai kepada Rasli.

Rasli sebelum ini dikecam atas tindakan menukar beberapa pegawai daerah, termasuk Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol Mohd Nor ke ke Kuala Muda.

Difahamkan Rosli kini berada di Mesir atas lawatan kerja.