Saturday, 10 November 2012

TAHFIZ YAYASAN CEMERLANG BILA KELUAR DARI KUIN

Walaupun usia Maahad Tahfiz Yayasan Islam Negeri Kedah belum pun mencecah usia setahun tetapi mereka telah membuktikan kemampuan mereka yang cemerlang apabila pelajar-pelajar sulungnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan semester pertama baru-baru ini.

Lebih membanggakan lagi apabila keputusan keseluruhan mencatatkan MTAQ YINK mendapat tempat ke 3 dari 14 buah Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia yang bernaung di bawah JAKIM. Tempat pertama Maahad Tahfiz Negeri Pahang, manakala tempat kedua Darul Quran JAKIM dan diikuti dengan MTAQ YINK pada tempat ketiga.

Sekalung tahniah juga buat tok-tok guru tahfiz yang telah bertungkus lumus untuk mengembalikan semula kegemilangan MTAQ YINK setelah dipaksa keluar dari KUIN secara zalim.