Pages

Saturday 3 November 2012

ISU HUTANG : BEBERAPA SYARIKAT PEMBEKAL BAKAL BUAT SIDANG MEDIA

Satu persatu maslah bakal dialami KUIN, pelbagai isu melanda Jamil dan KUIN :
- Jamil arahkan buat minit palsu untuk tak mahu bayar hutang, 
- Isu KUIN diarah mahkamah bayar tuntutan 1.5 juta selepas disaman Syarikat Shake, setelah KUIN gagal bayar seperti dalam kontrak perjanjian.
- Isu bekalan air dipotong kerana tak bayar 
- Gaji insaniah holding lambat bayar, 
- Sebahagian syarikat dah mula menyaman insaniah holding kerana gagal langsaikan hutang, 
- Sewaan bangunan stargate tertunggak selama 9 bulan, 
- Bayaran hutang sewaan bangunan asrama farabiy yang  melebihi 1 juta belum dibayar,
- Saman yang bakal dihadapi oleh pemandu KUIN yang dibuang jamil tanpa mengikut prosuder yang sah.
- Syaya yang sedang bekerja dengan syarikat di Turkey nyatakan hasrat nak beli KUIN

Kini anada percaya atau tidak beberapa syarikat pembekal barangan KUIN dan Insaniah Holdings bakal mengadakan satu sidang media untuk memaksa KUIN dan Insaniah Holding membayar hutang mereka yang tertunggak tegar.


Mereka dah puas meminta supaya hutang mereka dilangsaikan kerana memerlukan pulangan modal namun permintaan mereka langsung tiada respon. Mereka akan menggunakan media supaya menuntut KUIN dan Insaniah Holding melangsaikan semua hutang yang ada.

Syarikat-syarikat terbabit mendapat semangat dan akan mengikuti jejak langkah shake yangmenang di Mahkamah 1.5 juta kerana keengganan Jamil membayar hutang seperti yang dijanjikan.

Berkemungkinan besar selepas menggunakan media Jamil dan kuncunya tetap tak mahu membayar hutang , mungkin mahkamah akan digunakan seperti kes Shake.