Pages

Thursday 1 November 2012

JAMIL NAK BAYAR SAMAN 1.5 JUTA: ADAKAH WANG DARIPADA KERAJAAN KEDAH AKAN DIGUNAKAN


Azizan janganlah marah Jamil.. sabar banyak banyak
Setelah mahkamah tinggi Aalor Setar memutuskan bahawa pihak KUIN perlu membayar gantirugi kepada pihak Shake Cuisine Sdn Bnd sebanyak RM1.5j maka Jamil terpaksa mencari duit untuk membayar saman tersebut. 

Persoalannya adakah Jamil akan minta bantuan Azizan untuk mendapatkan dana. Jika Jamil telah menisytiharkan KUIN ini swasta maka dia tak layak untuk mohon bantuan kerajaan dan kerajaan Kedah tidak boleh memberikan dana kepada pihak swasta untuk membayar saman mereka.

Shiak menang saman KUIN 1.5 juta
Kita nak tengok adakah Azizan akan mengarahkan kerajaaan negeri untuk membayar saman yang dikenakan ke atas KUIN, jika perkara ini berlaku maka Azizan tidak amanah dan sahlah bahawa KUIN ini adalah kerajaan dan bukan swasta seperti yang diautakan oleh Jamil. Maka staf KUIN layak untuk mendapat kenaikan gaji 13%. dan opsyen pencen umur 60 tahun.