Pages

Friday 16 November 2012

JAMIL CIPTA KRISIS KUIN SEMAKIN MERUNCING : UTUSAN MALAYSIA

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah, Khairul Anuar Ramli menunjukkan minit palsu dan bukti akuan sumpah

KULIM 16 Nov. - Ketika krisis yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semakin meruncing, satu bukti berhubung penyelewengan pentadbiran institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Pas Kedah itu didedahkan hari ini. 

Perkara itu dibongkar oleh Badan Bertindak Antipenyelewengan Kedah yang tampil bersama dokumen yang mendedahkan tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini. 

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009. Artikel Penuh: