Sunday, 4 November 2012

BERSIH KUIN : KATAKAN TIDAK PADA JAMUAN BASUH BALAI KONVO PADA 8 NOV INI

Ketika KUIN berhadapan dengan krisis kewangan yang sangat kriktikal, pelbagai bayaran kepada pembekal, hutang-hutang tertunggak yang gagal dijelaskan kepada pelbagai pihak, rupa-rupanya PRO dah edar kad jemputan kepada petugas-petugas Konvo 13 % jemput hadir ke Jamuan Basuh Balai Konvo 14 pada 8 November 2012 (Khamis) di Restoran Old Village, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Secara rasionalnya, untuk apa jamuan ini diadakan? Semasa 17 dan 18 September 2012 semua petugas dah makan free pun, inilah orang-orang yang buat-buat tidak tau kedudukan kewangan KUIN.  Cukup-cukup la makan free Mr F oi. Hutang kellilng pinggang pun tak selesai , nak buat hutang baru pulak !

Oleh itu Skuad BERSIH KUIN mengarahkan akan tidak hadir jamuan tersebut  kerana ia tidak ada apa-apa kepentiangan. Jika konvo kita ada kepentingan pelajar yang berjaya dan perlu diraikan namun program basuh balai ini hanya agenda Jamil dan Mr F sahaja. Mungkin ini antara jalan untuk meraih sokongan kakitangan yang sudah lama sedar bahawa Jamil adalah seorang penipu dan suka ambil hak orang dan tak mahu bayar hutang.

semua ahli bersih KUIN buatlah apa-apa alasan untuk tidak hadir seperti :
   - Ambil anak balik sekolah/asrama cuti akhir tahun
   - Puasa sunat khamis
   - cuti sakit / MC
   - tak sihat
   - Meluat kat Jamil
   - Dan lain-lain.