Pages

Saturday 17 November 2012

LAPORAN POLIS DIBUAT NGO TERHADAP JAMIL

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan , Khairul menunjukkan salinan laporan polis
Sumber :
Blog Anti Penyelewengan

18 Nov - Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah  semalam telah membuat laporan polis berhubung  tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini. 

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009.

Khairul memberi tempoh dua  minggu untuk pihak terbabit melengkapkan siasatan terhadap laporan tersebut dan tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak beliau.

Menurut peguam beliau , Saiful yang turut mengiringinya semasa laporan polis dibuat berkata,  tindakan Jamil tersebut boleh disabitkan di bawah syeksen 193 kanun keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara.



Tambah beliau lagi Rektor KUIN dicabar untuk memberikan respon (kenyataan balas) terhadap dakwaan dan laporan polis yang dibuat oleh Presiden Badan terbabit.

Sejurus selepas laporan dibuat , demonstrasi diadakan dihadapan IPD Kulim meluangkan Jamil Letak Jawatan. Pelbagai sepanduk kelihatan seperti  Jamil Penipu, MB dan Jamil Letak Jawatan dan banyak lagi.