Thursday, 1 November 2012

ISU KRISIS KEWANGAN ,HUTANG KUIN SEMAKIN PARAH : ASRAMA PELAJAR KUIN DIMINTA DIKOSOSNGKAN KERANA KUIN TAK BAYAR HUTANG

Sumber :


Ketika Kerajaan Negeri Kedah mempertahankan hujah kononnya mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga KUIN, bahkan KUIN tidak mengalami sebarang kerugian di bawah pentadbiran mereka, lain pula praktikaliti mereka terhadap pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri itu.

Kalau semalam, KUIN kalah dalam perbicaraan dan perlu membayar kepada syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. walaupun telah menggunakan minit mesyuarat palsu, hari ini Kerajaan Negeri Kedah bagaikan dirasuk polong tidak bertuan apabila mengarahkan KUIN mengosongkan bangunan yang dijadikan Asrama Al-Faraby di belakang Sime Tyre, Mergong ekoran kegagalan membayar tunggakan sewa berjumlah RM1.5 juta.


Difahamkan notis telah dihantar oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri kepada pengurusan KUIN pagi ini agar menjelaskan tunggakan sewa tersebut dalam tempoh terdekat.
Pengosongan bangunan asrama tersebut bermakna, para pelajar KUIN di Alor Star tidak lagi mempunyai 
tempat tinggal.

KUIN sewaktu di bawah pentadbiran UMNO-BN, mencatatkan keuntungan dan prestasi pelajaran yang tinggi, khususnya dalam bidang agama memandangkan kewujudan KUIN itu sendiri adalah untuk meningkatkan taraf pengajian pondok di Kedah khususnya dan Malaysia amnya. Walaupun pada mulanya, KUIN hanya dikhususkan kepada anak-anak Kedah dengan program berkembar 3+1 bersama-sama Universiti Al-Azhar, Mesir, namun program ditukarkan menjadi 4+0 tetapi masih lagi kelulusan dikeluarkan oleh Univesiti Al-Azhar.

Ketamakan pemimpin PAS Kedah yang cuba menunjuk pandai walaupun sebenarnya mereka tidak berkelayakan akhirnya memutuskan pertalian antara KUIN dengan Universiti Al-Azhar yang telah dirintis oleh bekas Menteri Besar Kedah, Osman Arof. KUIN sekarang ini mengeluarkan ijazahnya sendiri tetapi seperti yang sedia maklum, lulusan KUIN cukup menyedihkan. 7 orang lulusan Tahfiz KUIN tidak diiktiraf oleh MQA kerana kegagalan pihak Hal Ehwal Akademik KUIN menghantar dokumentasi untuk diproses lebih awal sebelum konvokesyen diadakan.

Jumlah pelajar di KUIN sebenarnya tidak membantu langsung peningkatan perolehan dan pendapatan Kolej Universiti Insaniah. Sekalipun kepimpinan PAS Kedah berbangga kerana jumlah kemasukan pelajar-pelajar baru melebihi seribu orang, namun dengan 47 kursus di KUIN sekarang ini berbanding 7 kursus yang mengkhususkan pengajian agama pada zaman UMNO-BN, jumlah pelajar baru berkenaan amat menyedihkan. Ini adalah kerana dengan 7 kursus yang ditawarkan pada zaman UMNO-BN, KUIN berjaya menarik jumlah pelajar yang hampir sama!
Ada desas-desus yang mengatakan, Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya hendak menjual KUIN kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Turki. Difahamkan Kerajaan Negeri Kedah telah menerima dana daripada syarikat tersebut untuk pembiayaan pembinaan masjid di kampus KUIN di Kuala Ketil. 

Bagaimanapun, masjid yang khabarnya akan dibina sebahagian di atas tasik, tidak wujud. Sebaliknya wang berjumlah lebih RM330 juta telah ghaib, hilang dan ditelan begitu sahaja.

Justeru, tidak menghairankan sekiranya, Kerajaan Negeri Kedah dilihat seperti sedang menekan KUIN 
agar cepat-cepat membayar hutang. Alasannya apabila KUIN gagal membayar hutang, maka HALALlah untuk Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan PAS menjual KUIN kepada pihak atau syarikat asing.