Pages

Saturday 30 June 2012

KAKITANGAN KUIN AKAN DESAK DI HIMPUNAN AMAN 3 JULAI 2012 (SELASA) INI

Ayuh semua kakitangan dan seluruh warga KUIN kita sertai HIMPUNAN AMAN BERSIH KUIN 2.0 yang akan diadakan pada 3 Julai 2012 (Selasa) ini.

Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian (esok). Pohon jadikan Blog Berita KUIN sebagai sumber rujukan tepat dan terkini.

Arahan bertindak, cara berhimpun , apa yang perlu dilakukan dan perkara yang dilarang juga akan dimaklumkan kelak.

NANTIKAN KEMUNCULAN "BERSIH KUIN 2.0"

Maklumat tentang himpunan aman BERSIH KUIN 2.0 akan dimaklumkan tengahari ini sekitar jam 12.30 - 1.00 pm. 

Kepada kakitangan mohon update maklumat terkini dan hebahkan kepada rakan sekerja yang lain.

PERTEMUAN PENTADBIR, PELAJAR DAN WARIS KIDU ADA KAITAN DENGAN TEGURAN DAN TINDAKAN KPT ?

Menurut sumber , satu pertemuan akan diadakan di antara pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dengan semua pelajarnya dan waris pada jam 2.30 petang 1 Julai 2012 bertempat di KIDU.

Pelajar dan waris yang memaklumkan kepada admin Berita Kuin  tidak dapat mengenal pasti tujuan sebenar perjumpaan tersebut diadakan.

Namun pada beberapa minggu yang lalu pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membongkar kesalahan yang telah dilakukan oleh KUIN dan KIDU dalam menjalankan program kerjasama tanpa mengikut prosuder dan undang-undang yang telah ditetapkan pihak KPT sehingga KUIN didapati bersalah dan kini hanya menunggu surat daripada KPT.

Kebarangkalian pertemuan tersebut ada kaitan dengan perkara di atas adalah besar, namun KIDU tidak bersalah dalam hal ini, Yang bersalah ialah Jamil kerana tindakan dan arahannya menyebabkan KUIN tercalar di atas penipuan tersebut.

Jamil perlu berundur dan bertanggungjawab dengan penipuan itu dengan meletakkan jawatannya.

STUDENT DAH PANDAI HENTAM JAMIL KES KAMPUS KUALA KETIL DAN KURAPSI WANG ZAKAT PELAJAR

Sumber :tjks2012.blogspot.com

JAMIL pembohong besaq!

Tidak pernah mana-mana projek yang dibangunkan dengan peruntukan sudah ditetapkan tidak siap seperti yang dijadualkan. Tetapi tak seperti JAMIL yang memperbodoh dan menipu seluruh mahasiswa KUIN mahupun pelajar baru apabila kampus tetap Kuala Ketil tidak memiliki masjid dan asrama tetap seperti yang dirangka dalam pelan. Berhutang RM320 juta untuk membangunkan KUIN Kuala Ketil, sekali lagi JAMIL gagal melaksanakan perancangan yang ditetapkan. Kata Mr SS, pada sesi penerangan KUIN 9.30 pm 27 JUN di Minggu Silaturrahim, KUIN perlukan RM20 juta untuk bangunkan masjid sahaja.

TANDA BULATAN SEPATUTNYA TEMPAT MASJID DIBINA
 Bayangkanlah jika mahasiswa hendak solat jumaat. Admin dimaklumkan masjid yang paling dekat adalah 3 hingga 4 kilometer dari kampus. Bayangkan jika mahasiswa yang ko-k nya tamat pada 1:00 pm,  terutamanya briged bomba yang lasak dan kotor, tak ke kalut? JAMIL JAMIL JAMIL.


MASJID YANG TERGADAI OLEH JAMIL

Friday 29 June 2012

RAMZUL ANAK JAMIL CEMERLANG MASTER , PENUH PENIPUAN DAN MISTERI

Betul satu ungkapan "KALAU TAK BERBOHONG , BUKAN KUIN NAMANYA"

Ramzul Jamil
Ramzul anak Jamil perolehi keputusan yang terlalu cemerlang (3.8)


Kulliyyah Al-Quran (KAQ) sentiasa diselubungi pelbagai isu, skandal, dan macam-macam lagilah semenjak ditadbir oleh Pak Indon Azharuddin. Skandal dan isu KAQ bertambah menjadi-jadi sejak bermulanya program sarjana tahun lalu. Apabila bermulanya program sarjana KAQ maka Jamil melihat ini adalah ruang untuk anaknya Ramzul memperolehi master sekalipun anaknya langsung tidak ada asas dalam bidang al-quran. Jangankan nak menghafaz al-quran, nak baca pun lintang pukang macam mana nak menghafaz. Sedangkan silibus master KAQ mewajibkan pelajar menghafaz 2 juzuk al-quran (juzuk 29 dan 30). Sebahagian subjek pula diajar oleh pensyarah arab yang menggunakan bahasa arab 100% sedangkan Ramzul and the geng tak mampu berbahasa arab. Pelajar2 lain pulak yang nak kena ajar depa.

Bapak Din
Apa yang mencurigakan ialah setelah keluarnya keputusan peperiksaan semester pertama, Ramzul berjaya merangkul keputusan yang amat-amat terlalu cemerlang (3.8, awat tak bagi 4.0 ja Pak Indon) sedangkan pelajar lain yang sememangnya berpendidikan dalam bidang al-quran sejak dari peringkat diploma dan sudah menghafaz 30 juzuk al-quran pun hanya mendapat 3.6, 3.7 dan 3.8 saja. Ramzul hanya perlu menghafaz surah al-mulk (itu pun rasa2 tak habis satu surah kot) untuk memperolehi pointer 3.8. Nanti bila dah dapat master boleh lah Ramzul mengajar di KAQ dengan keputusannya yang cemerlang itu (lingkuplah KAQ nanti). Pesanan buat Bapak Dekan, buat baik berpada-padalah. 

Perkara ini akan kita panjangkan kepada pihak KPT. Minta KPT rujuk semula skrip jawapan peperiksaan Ramzul and the geng supaya segala bentuk salahguna kuasa oleh Bapak Dekan dihentikan. Jangan jadikan KAQ sebagai batu loncatan untuk kroni-kroni jamil mendapat master secara haram.

WAHAI MB KEDAH , SEKARANG ADALAH MASA UNTUK JAMIL DISINGKIRKAN BUKAN DIBAWA BERBINCANG.

30 Jun, Dalam kenyataan akhbar Sinar Harian semalam , MB Kedah ketika dihubungi untuk mengulas isu ketidakpuasan hati staf , MB berkata staf KUIN perlu berbincang dan bersemuka Jamil.

Wahai MB Kedah , Jamil bukan jenis berbincang sebab Jamil seorang penakut.

Wahai MB Kedah , kami dah ikut prosuder dah , tapi Jamil seorang yang tak ada hati perut dengan staf.

Wahai MB Kedah jom saya nak cerita profesional staf KUIN hadapai Jamil yang banyak menganaiya staf KUIN :

Pada 30 Mei Pihak wakil kakitangan  (Mohd Azki Hafizi Ibrahiim, Sajiah Yaacob, Tawfek Ishak, Asri Abdul dan Arif Ahmad) bertemu dengan Jamil namun hanya ingin bertemu dengan seorang sahaja iaitu Mohd Azki Hafizi.

Dalam perbincangan tersebut sekitar jam 12.30 tengahari, Rektor tidak menyentuh hal penyelesaian kemelut kebajikan kakitangan KUIN sebaliknya hanya menyentuh hal teknikal luar dan ‘validility’

Lebih malang  lagi selepas Mohd Azki keluar dari pada perbicangan tersebut , sekitar jam 4.30 petang surat pertukaran tempat bekerja telah ditandatangani oleh Rektor dengan mengarahkan Mohd Azki bertugas di Kuala Ketil Baling.

Pada 20 Jun 2012 memo daripada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah dikeluarkan kepada Jamil , menuntut supaya pertemuan tertutup diadakan bagi penjelesan isu dan kemelut yang berlaku , tetapi Jamil angkuh langsung tak melayan staf yang ingin sangat bertemu dengannya.

Wahai MB sekarang bukan masa untuk berbincang tetapi masa untuk staf menuntut Jamil melepaskan jawatannya. dan selaku MB Kedah mesti tahu bahawa rakyat KUIN sudah tidak suka dengan Jamil dan meminta Jamil berundur KUIN, jadi MB kenalah guna kuasa untuk pecat Jamil.

Thursday 28 June 2012

GELOMBANG PUTIH DI KOMPLEKS ANAK BUKIT DI DALAM SIARA MEDIA


Sinar Harian UTARA


Utusan Malaysia UTARA

KOSMO - NASIONAL

JAMIL BOHONG STAF KUIN KATA KUIN SWASTA SEBAB TAK MAHU BAGI KENAIKAN GAJI 13 %

Setelah perbincangan hampir satu jam En Yusof Ismail (Pak Ucop)  yang memfailkan tuntutan mengambil kerja semula di Pejabat Perhubungan Perusahaan (PPP) di hadapan Pen Pengarah PPP dan wakil KUIN (Sayuti), pihak PPP memaklumkan Pak Ucop tidak boleh membuat pengaduan di PPP kerana KUIN adalah sebuah badan Kerajaan bukan swasta

Jamil memang pembohong besar, Jamil kata KUIN swasta menyebabkan staff KUIN tak diberi kenaikan gaji 13 % dan kenaikan kadar elaun sara hidup .

Disebabkan Jamil pembohong , nantikan apa yang gelombang putih Gerakan membersih KUIN akan lakukan untuk memastikan temberang Jamil akan didedahkan dan Jamil disingkirkan dari KUIN.

Bila ada kepentingan kepada KUIN dan kroni Jamil , Jamil akan dakwa KUIN adalah kerajaan 
Bila ada kepentingan kepada kebajikan staf KUIN, Jamil akan dakwa KUIN adalah swasta.

AUTA BETUL JAMIL. 

Jom kita gerakkan GERAKAN SINGKIRKAN JAMIL DARI KUIN. 

SEKITAR GELOMBANG PUTIH MEMBERI SOKONGAN KEPADA EN YUSOF DI KOMPLEKS ANAK BUKIT

TAHNIAH seramai 30 kakitangan KUIN telah hadir memberi sokongan kepada Pak Ucop di Kompleks Anak Bukit bagi mencabar Jamil yang semakin didesak staff KUIN untuk meletak jawatan
berita KUIN di TV 1




























Lagi Gambar di bawah ini

Lagi gambar di bawah (klik read more di bawah)

PEMANDU CABAR REKTOR KUIN SUPAYA DIAMBIL KERJA SEMULA

28 Jun - En Mohd Yusof Ismail (Pak Ucop) kesal dengan tindakan Kolej Universiti Insaniah di bawah kepimpinan Rektor, Dato’ Jamil Osman kerana beliau telah gagal menjaga kebajikan kakitangan KUIN dan bertindak di luar batasan perundangan yang sebenar.

Rentetan itu Pak Ucop  telah membuat pengaduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah bagi menuntut hak saya agar diambil kerja semula kerana memberhentikan Pak Ucop  daripada KUIN tanpa mengikut prosuder yang sah. 

SEKITAR SIARAN AKHBAR : STAF CABAR JAMIL BUAT LAPORAN POLIS KERANA PECAH AMANAH

Sinar Harian Muka Hadapan Edisi Utara dan muka 8 Nasional

Senyum Kambing Utusan Malaysia

Berita Harian Nasional

Utusan Malaysia Dalam Negeri (Nasional)


Kosmo (Nasional)

Wednesday 27 June 2012

GELOMBANG PUTIH BERSEDIA KES REPRESENTASI DI JAB PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANAK BUKIT 28 JUN

Nasihat perundangan daripada peguam yang dilantik staf
Jamil bakal berhadapan dengan gelombang putih yang akan terus mendesak Jamil meletak jawatan apabila sudah bersedia dengan kes representasi En Yusof Ismail yang akan berlangsung di Jabatan Perhubungan Perusahaan Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit jam 10.30 pagi ini.

Pihak gerakan gelombang putih telah bersedia dengan nasihat perundangan peguam yang dilantik.

Terdahulu semalam pihak kakitangan KUIN telah membuat laporan polisPECAH AMANAH di Pejabat Polis Daerah Kota Setar  kerana gaji yang perlu dibayar KUIN tidak disalurkan  kepada pihak ketiga seperti pihak bank dan institusi kewangan  menyebabkan berlaku tunggakan gaji berbulan-bulan sehingga ada di kalangan kakitangan yang menghadapi tekanan dari pihak Bank yang mendesak bayaran dibuat padahal gaji telah dipotong untuk potongan tersebut.

GELOMBANG PUTIH KE PEJABAT PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANAK BUKIT JAM 10 PAGI


Kakitangan KUIN dijemput untuk bersama En Yusof Ismail (Pak Cop), pemandu Dato barni yang membuat kes penamatan kerjanya di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kompleks Pentadbiran Persekutuan Anak Bukit pagi ini jam 10.00 pagi.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh staf untuk hadir ialah :
- Ambil cuti kecemasan jika perlu
- Mohon kebenaran ketua jabatan anda  untuk hadir ke anak bukit
- Jika tidak boleh bercuti dan boss tak bagi kebenaran, ikuti perkembangan terkini dari blog ini.
- Jangan lupa berdoa kepada gerakan BERSIH KUIN bersama Pak Cop  dalam doa solat dhuha hari ini.
- malam ini dlam bacaan Yasin juga mohon doa agar diberikan kemenangan dan Jamil disingkirkan.

Salam perjuangan daripada gerakan BERSIH KUIN.



MB PERLU SEDAR , KINI MAJORITI STAF MAHU JAMIL BERUNDUR

Awal tahun mahasiswa KUIN desak Jamil letak jawatan
Senario kurapsi pentadbiran , krisis pengabaian kebajikan dan krisis kewangan   yang sedang dialami KUIN adalah di antara faktor kukuh majoriti KUIN mendesak agar Jamil berundur dari Rektor KUIN.

Pihak MB Kedah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN perllu sedar bahawa majoriti kakitangan KUIN sudah muak dan mahu Jamil berundur dari KUIN. Sehubungan itu MB Kedah perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengeluarkan Jamil dari KUIN kerana kepimpinannya sudah tidak percayai kebanyakan warga KUIN.

Bacaan Yasin mohon Jamil berundur
Keberanian sebahagian besar kakitangan KUIN bangkit mendedahkan penganiyaan dan kezaliman Jamil mengabaikan kebajikan kakitangan adalah isyarat jelas agar Jamil berundur dari Rektor KUIN. Baki kakitangan yang lain tidak dapat secara langsung untuk dengan terang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Jamil kerana bimbang masa depan kerjaya kerana mereka kebanyakannya berstatus sambilan, kontrak dan sementara.



Solat hajat mohon Jamil berundur
Pelajar KUIN berdemo tak puas hati pada Jamil


kakitangan hantar memo desak Jamil berundur

KAKITANGAN KUIN BUAT LAPORAN POLIS , JAMIL PECAH AMANH KERANA GAGAL TADBIR KEWANGAN KUIN SECARA AMANAH


Sebahagian kakitangan  keluar selepas laporan polis dibuat
(Lagi gambar di bawah)
Seramai 5  orang kakitangan KUIN yang turut diiringan oleh  rakan sekerja kakitangan KUIN yang lain telah membuat laporan polis di Pejabat Polis daerah Kota Setar  hari ini atas dakwaan KUIN pecah amanah

Laporan itu dibuat kerana rasa kesal dan tidak puas hati kakitangan KUIN kerana KUIN di bawah pentadbiran Jamil pecah amanah dalam mengurus kewangan KUIN dan kakitangannya.  KUIN  tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti Bank, Insuran dan institusi kewangan yang lain, sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan telah dilakukan di dalam slip gaji mereka. Sebahagian pihak ketiga tersebut adalah seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Persatuan, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Bank Muamalat, Pusat Zakat Kedah dan lain-lain institusi kewangan lain.

STORY 2 : KRISIS PENGABAIAN KEBAJIKAN KAKITANGAN SEMENTARA BERTUGAS TANPA SURAT LANTIKAN PENYAMBUNGAN

Hampir 30 kakitangan akademik dan pentadbiran yang berstatus sementara hingga saat dan ketika ini bekerja di KUIN tetapisurat penyambungan belum dikeluarkan oleh Jamil.Mereka bertugas di KUIN tanpa mendapat apa-apa surat penyambungan kontrak. Adakah ini adalah umpan Jamil untuk menutup mulut mereka dengan memberi umpan penyambungan kontrak?

Jamil cuba nak naikkan taraf KUIN kepada Universiti penuh tetapi kakitangan KUIN diabaikan kebajikan. Bahkan ada sebahgian kakitangan yang telah tamat kontrak pensyarah semenjak tahun lalu (2011) namun hingga kini bertugas tanpa mendapat kontrak baru.


STORY 1 : KRISIS PENGABAIAN KEBAJIKAN KUIN - JURUTUNJUK DIABAIKAN

Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang kebajikan jurutunjuk tahfiz Quran yang diabaikan.

Episod bermula apabila jurutunjuk tahfiz KUIN yang tamat pada 20 Mei 2012 . Selepas tamat tempoh , semua juru tunjuk mendesak agar dimaklumkan tentang status mereka sama ada akan disambung atau dihentikan , namun Dekan Kuliah Quran , Dr Azharudin kata, tak mengapa walaupun dah tamat tempoh , semua jurutunjuk boleh datang bertugas dulu nanti KUIN akan bagi surat tawaran baru.

Dr Azharudin tiada pilihan melainkan terpaksa pujuk jurutunjuk untuk datang bekerja sebab Dr Azharudin perlu gunakan mereka untuk temuduga pelajar baru. bahkan Dr Azharudin menjanjikan kepada jurutunjuk jika mereka bantu KUIN maka mereka akan diberikan kemudahan mendapat slip gaji , mendapat potongan KWSP dan akan diserapkan ke jawatan yang lebih baik. Namun itulah yangdikatakan Bapak Indon berjanji, hampehh, selepas madu sepah dibuang , hingga kini jurutunjuk bekerja tanpa slip gaji dan tidak dibuat potongan KWSP oleh KUIN.

Namun selepas selesai temuduga hingga kini, KUIN langsung tak bayar elaun hadir bertugas .

Apabila jurutunjuk mendesak agar dibayar elaun mereka mengikut hari yang mereka datang bertugas, Dr Azharudin berkata, nanti kalau KUIN sambung kontrak baru KUIN akan bayar..

Zalim zalim zalim... Mereka dah tolong KUIN tapi KUIN tak bayar pun penat lelah pengorbanan mereka. Bayangkan kalau ada di kalangan mereka yang dapat kerja ditempat lain , adakah KUIN akan bayar penat lelah mereka.

Inilah bukti kezaliman dan krisis kewangan KUIN yang menghimpit kebajikan kakitangan KUIN

Monday 25 June 2012

VIRUS PENIPU JAMIL DAH JANGKITI SAYUTHI SANUSI : TIPU RAKYAT MALAYSIA ISU JUMLAH KEMASUKAN PELAJAR BARU



Hari ini, Sayuti Sanusi (Mr SS) sudah mula mewarisi virus Jamil dengan menjadi seorang penipu apabila menipu rakyat Malaysia dan warga KUIN dengan menyatakan kemasukan pelajar baruu semalam meningkat. Beliau memberi angka yang tidak sebenar, menurut Mr SS jumlah kemasukan semalam adalah sebanyak 1300 orang sedangkan jumlah yang sebenar hanyalah 903 orang sahaja. Cuba lihat bukti angka yang dipaparkanoleh Fridaus PRO dalam laman web rasmi KUIN.

Statistik kemasukan terkini hanya 900 pelajar baru mendaftarkan diri berbanding 1600 orang pada tahun 2011 dan 1900 bagi tahun 2010.

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900

Statistik di atas melambangkan kemasukan pelajar KUIN merudum separuh kerana krisis dalaman KUIN. Kalau ya pun nak membela Jamil jannganlah sampai jadi penipu.

Betul kata ramai kakitangan KUIN, KALAU TAK MENIPU, BUKAN KUIN NAMANYA.

TAKLIMAT WARIS HANTUI JAMIL : TAK JEMPUT PENSYARAH

Jamil bukan hanya tak hadir semasa taklimat waris bahkan dalam surat jemputan ke Majlis taklimat waris pensyarah tempatan langsung tak dijemput.

Surat jemputan yang di tandatangani oleh Jamil hanya jemput pensyarah antarabangsa sahaja.Kenapa Jamil tak jemput pensyarah tempatan :
- sebab Jamil takut dengan pensyarah tempatan yang majoritinya adalah anti Jamil
-sebab Jamil takut mereka akan serah memorandum pada YB Amirudin
-sebab Jamil dah gelabah dengan sokongan kakitangan akademik yang tidak memihak kepadanya
-sebab Jamil abaikan kebajikan mereka dan takut mereka balas masa taklimat waris.

Kenapa harus Jamil takut kalau tak bersalah..  Wahhhhhh kami anak tempatan disisih, anak antarabangsa di tatang.....

JAMIL BUANG ULAMAK TAHFIZ : KESANNYA PENGAJIAN ALQURAN KUIN TIADA SAMBUTAN

Rentetan daripada kerakusan dan keegoaan Jamil menghambat ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah meninggalkan kesan yang terasa semalam  apabila kemasukan pelajar baru 2012 sambutan yang diberikan amat dingin, sperti berikut :

-Program Master      - hanya 4 orang sahaja
-Program Ijazah        - hanya 26 orang sahaja
-Program diploma     - hanya 28 orang sahaja

Jamil perlu bertaubat dan memohon maaf kepada ulamak tahfiz, selagi tak maafkan mereka atas penganiyaan yang telah Jamil lakukan selagi itulah Jamil akan merana dan dirundung MISTERIIIIII

GELOMBANG BERSIH MELANDA ANAK BUKIT KEDAH 28 JUN

En Yusof  Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Cop, pemandu Dato' Barni telah membuat tuntutan representasi untuk diambil berkerja kembali yang difailkan di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah/ Perlis Kompleks Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Kedah pada 28 Jun ini (Khamis) jam 10.30 pagi.

Pak Cop memfailkan representasi di bawah seksyen 20. Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kes ini difailkan kerana penganiyaan yang telah dilakukan oleh Jamil kepada Pak Cop dan Haji Najib pendaftar apabila diarah bersara dengan mengejut sedangkan masing-masing telah menandatangani opsyen yang dikeluarkan KUIN mengenai umur bersara wajib 60 tahun.

Sayuti Sanusi (Mr SS) dijangka akan mewakili KUIN dan Pak Cop akan mewakili diri sendiri. (PC vs SS)

Semua kakitangan wajib memberikan sokongan padu pada Pak Cop kerana tindakan Pak Cop memfailkan kes ini bukan tindakan peribadi tetapi adalah mewakili semua kakitangan KUIN untuk mencabar Jamil yang selalu bersembunyi disebalik pegawai undang-undangnya.

Menang atau kalah bukan ukuran , tetapi kita mesti tidak gentar menuntut hak kita yang dirampas Jamil dan kroninya. 

Jika Pak Cop menang bermaksud :
- KUIN malu lagi lepas kalah dengan tindakan mahkamah mahasiswa yang digantung
- Jamil akan dipercepatkan untuk tinggalkan KUIN
- Haji Najib akan berpeluang kembali bertugas sebagai pendaftar.
- Kita akan saman dan report kepada pihak berkuasa , kerana kita dilindungi oleh undang-undang.

Jom sama-sama berikan sokongan dengan berdoa dan melakukan solat hajat, walaupun dengar cerita KUIN dah rujuk kepada pegawai dan pensyarah undang-undang, namun Pak Cop hanya rujuk dengan kawan-kawan sahaja.

Apa yang perlu kita lakukan untuk sokong dan bantu Pak Cop. Nantikan arahan dan maklumannya di dalam BERITA KUIN


KEMASUKAN PELAJAR BARU 2012 MEROSOT

Kemasukan pelajar baru bagi Julai intake bagi tahun 2012 mengalami kemerosotan yang teruk. Kredibiliti Firdaus PRO perlu dipertikaikan kerana banyak menjalankan tugas politik berbanding kerja Universiti hingga mengakibatkan ramai yang tak mengenali KUIN.

Sehingga kini hanya 900 pelajar baru mendaftarkan diri berbanding 1600 orang pada tahun 2011 dan 1900 bagi tahun 2010.

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900

Ini memberi isyarat bahawa pertambahan program yang dijalankan di KUIN tidak boleh dibanggakan kerana tiada sambutan.

Menurut sumber, ada sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.

Bilangan pelajar baru yang mendaftar tadi kebanyakkannya adalah dari Kuliah pengajian Islam. Kuliah Medic, Kejuruteraan, beberapa program di Muamalat sepatutnya Jamil kena kaji untuk tutup. Jamil jangan bangga dengan bilangan program sampai 49 program tapi tak ada sambutan

Sepatutnya dengan pertambahan program , bilangan pelajar akan bertambah,namun sebaliknya  , kekurangan pelajar memberi isyarat kepada kegagalan pentadbiran Jamil  memacu KUIN.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU : JAMIL ENTAH KE MANA , MR SS TUKANG JAWAB

Mr SS hari ini menjadi jurucakap kepada semua polisi tak masuk akal Jamil. Mr SS tiada pilihan terpaksa memberikan jawapan terhadap pertanyaan oleh waris pelajar baru yang mendaftar hari ini.
Seorang waris bertanya tentang memorandum yang diserahkan kakaitangan KUIN, namun Mr SS tidak langsung menjawab.

Seorang waris bertanya tentang kenaikan yuran namun Mr SS kata , tujuan kenakan medical chek up adalah untuk pastikan kesihatan pelajar dan doktor KUIN adalah pakar.

Tetapi bila ada seorang waris , anaknya ambil jurusan hotel tetapi tak sihat , lalu Mr SS suruh berhubung dengan Dekan HEP. Maka jelaslah di sini , wang RM 150 hingga RM 250 bukanlah sangat mahu memeriksa kesihatan pelajar, sebab pelajar yang tak sihat pun boleh belajar, tetapi caj itu hanyalah untuk kayakan Insan Medic yang dah tak ada duit hingga terpaksa nak [injam duit MBI 3 juta.

Lagi pun kalau Mr SS pulun sangat nak chek kesihatan pelajar supaya pelajar yangn tak sihat tak boleh belajar di KUIN, bagaimana pula dengan kesihatan your boss Mr Jamil. Bukankah Jamil memang tak sihat tapi sambung jadi Rektor juga 4 tahun.

Mr SS perlu sedar bahawa , Jamil dah tak mampu jadi Rektor , kalau tak percaya , suruh Jamil kembali bertugas di bilik asalnya di aras 2.

KUIN TERUS TAK BAYAR GAJI KEPADA BANK, KAKITANGAN TERPAKSA TANGGUNG KOS TUNGGAKAN

Setelah cukup sebulan memorandum pertama diserahkan kepada Jamil , namun Jamil masih sombong dan bongkak merampas wang kakitangan dengan tidak langsung membayar berbulan-bulan potongan bank dan institusi kewangan walaupun KUIN telah membuat potongan dalam slip gaji kakitanga.

Inilah kezaliman dan dosa yang nyata dilakukan Jamil kepada semua kakitangan KUIN apabila seolah-olah tidak membayar gaji seperti dalam perjanjian kontrak awal. Sudahlah itu , kakitangan pula terpaksa menanggung caj tambahan atas kelewatan yang dilakukan KUIN. Bah ada yang dikalangan kakitangan yang terkejut apabila gajinya hilang lebih daripada separuh kerana Bank menahan duit simpanan dek kerana KUIN tak bayar potongan mengikut jadual.

Mari kita berdoa kepada Allah, kerana doa orang yang zalim amat mustajab.

MAHASISWA TAK PUAS HATI DENGAN JAMIL: JOM JOINT KAKITANGAN DESAK JAMIL LETAK JAWATAN

Sumber :
mahasiswaprihatin.blogspot.com
sinar harian
utusan malaysia


Gerakan Mahasiswa Prihatin amat kesal dengan tindakan Rektor KUIN yang terus menaikkan yuran dan langsung tidak mengendahkan pandangan dan pendapat orang lain. Kenaikan pelbagai yuran kepada pelajar adalah suatu penindasan kerana menjadikan pelajar sebagai mangsa kepada krisis kewangan dan dalaman KUIN.

Walaupun pelajar tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran namun pelajar juga perlu bersuara jika tempias krisis ini terpalit kepada pelajar. Krisis kewangan yang ada kaitannya dengan pengurusan kewangan anak – anak syarikat KUIN seperti Insan Holding dan Insan Medik adalah antara punca kemelut dalaman KUIN .
Berikutan krisis tersebut beberapa tindakan menjadikan pelajar sebagai mangsa seperti berikut :
1.       Menaikkan yuran dari RM60 hingga RM200 per/jam kredit
2.   Mengenakan caj RM25 kepada pemohon baru yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke KUIN, sedangkan IPT lain hanya mengenakan caj kepada permohonan masuk sahaja bukan semakan permohonan
3.    Mewajibkan pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pelajar baru di Insan Medic dan caj dikenakan sangat melampau dari RM150 sehingga RM250, sedangkan pelajar boleh melakukan di klinik luar dengan hanya caj RM 20 hingga RM 50 sahaja.
4.    Terbaru , ura-ura kemungkinan yuran penginapan pelajar pun akan dinaikkan kepada RM675 per/semester sedangkan sebelum ini hanya RM350. Selalunya kenaikan yuran tidak membawa perubahan yang banyak kepada kemudahan pelajar di asrama.
PRIHATIN membantah sekeras-kerasnya semua tindakan kenaikan yuran yang amat mendadak. Sebelum ini pun yuran pentadbiran dan asrama dinaikkan kepada pelajar lama , namun apabila kita membantah , pentadbiran memberi alasan kenaikan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengajian dan penginapan kepada pelajar. Itu hanyalah sekadar retorik, kemudahan yang ditunggu tidak seperti dijanjikan sehingga mencetuskan demonstrasi bantahan pelajar yang dianjurkan PRIHATIN sendiri.
Sehubungan itu PRIHATIN mendesak agar Dato’ Jamil Osman , Rektor KUIN lebih bertanggungjawab dengan semua krisis yang ada dan membuat semakan semula semua kenaikan yuran yang bakal dikenakan kepada pelajar baru dan lama. Jika Rektor KUIN terus memperlekeh suara PRIHATIN, maka tidak mustahil PRIHATIN  akan mencetuskan satu lagi siri demonstrasi yang lebih dasyat berikutan masalah kebajikan turut menular di kalangan staf KUIN.

Mahasiswa KUIN semakin matang dan berani, apatah lagi selepas 5 pelajar yang digantung KUIN tahun lalu menang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mencabar keputusan jawatankuasa tatatertib KUIN.
Sehubungan itu Rektor perlu bertanggungjawab dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan krisis kewangan KUIN dengan bukan hanya melihat pelajar sebagai sasaran. Oleh itu jangan biarkan ‘jerung kenyang dan terlepas’ berlaku di dalam KUIN. Anak-anak syarikat KUIN sebenarnya yang perlu menjana kewangan bagi membantu KUIN , selain KUIN perlu meneroka bidang perniagaan yang lebih global di peringkat antarabangsa.

PRIHATIN adalah merupakan pertubuhan pelajar yang prihatin dalam membela  agar kebajikan pelajar KUIN diberikan keutamaan.

Sunday 24 June 2012

2506 : GELOMBANG DESAKAN JAMIL MELETAK JAWATAN SEMAKIN HAMPIR

Kepada semua kakitangan KUIN, pada esok 25 Jun 2012 ambil perhatian :

Jika Jamil takut dengan tindakan mengejut kakitangan KUIN menyerahkan memorandum kepada MB Kedah pada 19 jun 2012, maka pada besok hari beliau belum tentu apa yang akan berlaku terutama sesuatu berkaitan dengan waris pelajar baru.

Pada esok hari waris akan mengetahui siapakah Jamil yang sebenar, tembelang Jamil akan dibongkarkan dan diketahui oleh waris dan pelajar baru.Bahkan exco YB Dato Amirudin juga akan mengetahuinya.

Tak penting apa yang kakitangan akan lakukan esok , yang penting Jamil sudah mengetahui semua kakitangan KUIN bencikan Jamil dan sentiasa berdoa dan solat hajat agar Jamil disingkirkjan daripada KUIN.

Masa Jamil akan diturunkan oleh kakitangan KUIN kini sudah hampir. Gelombang kejatuhan Jamil semakin dekat.


Saturday 23 June 2012

BANGUNAN MEDIC TERBAKAR : PETANDA BURUK

24 Jun - Bangunan Medic KUIN aras bawah mengalami kebakaran awal pagi tadi merupakan petanda buruk yang  lebih menakutkan Jamil.

Sudahlah Jamil minta pinjam duit Perbadanan Mennteri Besar (MBI ) 3 juta nak bayar hutang Medic tak dapat , bahkan diburukkan dengan kebakaran yang memberi petanda buruk atas kezaliman yang dilakukan kepada kakitangan KUIN.

Kejadian yang tiada sangkutan unsur sabtotaj itu dipercayai masalah elektrik yang sangat uzur menyebabkan kebakaran berlaku di aras bawah bangunan .

Walau bagaimanapun kakitangan KUIN yang memadamkan api perlu diberi pujian kerana telah berjaya memadamkan api yang marak sebelum kedatangan bomba. Walaupun kakitangan tersebut antara yang tak suka pada Jamil tetapi atas rasa sayang pada KUIN , beliau memadamkan juga api tersebut.

Friday 22 June 2012

SEMUA KAKITANGAN KUIN PERLU SEDIA PAKAIAN PUTIH SEGERA

Semua kakitangan KUIN kini perlu segera membeli atau meminjam atau menempah pakaian putih :
1. bagi lelaki : Baju PUTIH
2. Perempuan : Baju kurung atau jubah DAN tudung PUTIH

Ini adalah kerana kita akan sentiasa melakukan gelombang putih dalam bulan Sya'ban ini untuk mendesak Jamil meletak jawatan.

AYUH SEGERA SIAPKAN DENGAN PAKAIAN PUTIH

2506 : BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN

Kepada semua kakitangan KUIN nantikan arahan yangakan dikeluarkan pada hari ahad jam 4.30 petang, apa yang perlu kita lakukan pada 25 jun 2012.

Apa yang pasti , semua kakitangan KUIN akan berpakaian PUTIH  pada hari tersebut. Apa yang ingin dilakukan pada hari tersebut. Nantikan arahan sel;anjutnya .