Pages

Friday 1 June 2012

SOROTAN TAHFIZ KUIN MENCETUS REFORMASI PERUBAHAN

1 April 2011 adalah tarikh bersejarah dalam  gerakan reformasi KUIN. Gabungan antara pelajar dan pensyarah Tahfiz KUIN telah mencetuskan gelombang demonstrasi kerana hak mereka telah dinafikan oleh Jamil yang sentiasa bersembunyi dibelakang MB Kedah. Sikap pondan dan dayus Jamil yang sentiasa mengheret MB Kedah dalam kemelut yang diciptanya adalah mainan politik bagi mengekalkan cengkaman kuasa ala hitler..

Persengketaan yang panjang antara MB Kedah, Jamil dengan ulamak tahfiz diakhiri dengan keputusan Lembaga Pengarah KUIN yang di anggotai oleh Jamil dan di pengerusikan MB Kedah bersepakat mengeluarkan Ulamak Tahfiz dari KUIN dan ditempatkan di bawah Yayasan islam Kedah (YINK).

MB memberi alasan bohong sunat bahawa Ulamak tahfiz yang minta keluar dan tak suka pada KUIN, namun semua itu adalah dusta yang berpunca daripada pengkhianatan Jamil dalam memberi maklumat palsu dan salah kepada MB Kedah.

Kini mereka dipelihara Allah dari tangan ghaib ketika berada di bawah naungan YINK
Artikel saya pada kali in akan menyingkap bagaimana rendah dirinya Ulamak tahfiz KUIN yang bersungguh - sungguh mengadkan perbincangan dan pertemuan dengan pelbagai pihak agar mereka tidak dikeluarkan KUIN dek kerana kejahatan Jamil yang tiada langsung ciri Ulamak:


1. Ulamak Tahfiz KUIN telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Tuan Guru Haji Salleh Sik, di pondoknya di Sik. Rentetan perjalanan dan pengkisahan diluahkan kepada Tuan Guru yang disegani oleh semua lapisan masyarakat. TG diminta menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang ada.

Tuan Guru Haji Salleh sedang mendengar Us Kadri Abdul Hamid Al Hafiz  menceritakan sesuatu

 2. Ulamak Tahfiz juga bertemu dengan Syeikh Ismail Khamis , juga seorang tokoh yang disegani dalam Kedah, dan beliau adalah teman karib MB Kedah. Setelah semua permasalahan dan penjelasan dibentangkan kepada Tn Syeikh Ismail Khamis (TSIK), lantas TSIK terus mengangkat telefon bimbit dan menelefon MB Kedah. sangat terkejut dan mendukacitakan seorang ketua kepada sebuah gerakan dan negeri Islam memberitahu TSIK bahwa ulamak tahfiz itu  adalah di kalangan FASIQ. (Pembaca boleh bertanya kepada pensyaraj tahfiz yang bertemu dengan TSIK jika inginkan kepastian). Kata-kata FASIQ itu didengari sendiri oleh ulamak tahfiz kerana TSIK bercakap dengan mengguna loud speaker.

Tn Syeikh Ismail Khamis membaca artikel mengenai Tahfiz KUIN
3. Ulamak Tahfiz penuh rasa rendah diri pergi sendiri ingin bertemu dengan YAB MB Kedah di pejabatnya . beberapa kali mereka pergi MB seolah olah enggan berjumpa. Ulamak tahfiz tetap menunggu berjam jam dengan baik sangka MB agak sibuk , namun MB enggan juga bertemu dengna mereka. Akhirnya mereka hanya berbincang dengan En Hilmi (S/U Sulit Kanan MB).

Sebahagian Ulamak Tahfiz menuggu untuk bertemu dengan MB Kedah

Ulamak Tahfiz di Pejabat MB Kedah

4. Ulamak tahfiz juga ada mengadakan perbincangan dengan Dato Barni dan dalam pertemuan tersebut , semua sepakat untuk bertemu dengan MB Kedah bagi menyelesaikan isu yang berlaku agar tahfiz tak dikeluarkan dari KUIN, namun kesepakatan itu dipandang sepi oleh Jamil dan akhirnya digaglkannya apabila terus dikeruhkan dengan tindakan mengeluarkan Ulamak tahfiz ke YINK.

5. Wakil tahfiz dan pelajar yang berkaitan dengan isu demonstrasi 1 April juga dipanggil oleh Nasarudin Tontowi (Ketua Pemuda PAS Malaysia) untuk mendengar masalah KUIN mewakili PAS Pusat yang mungkin agak sukar untuk mengawal MB Kedah dan Jamil. Pertemuan dilakukan di Hotel Regency namun selepas Us Tontowi membawa isu ini untuk menjadi orang tengah, MB Kedah terus tunjukkan perangai perongosnya dengan memarahi dengan aksi yang tak sepatutnya kepada Us Tontowi.

Us Nasarudin Tontowi dan Exconya khusuk mendengar penjelasan
Sinopsis yang saya bawakan adalah sebahagian pendedahan bagaimana sikap Jamil dalam menyelesaikan kemelut yang ada kerana  bagi Jamil kuasa adalah segalanya. Walaupun jamil berbicara dengan kelembutan namun jangan sangka sungai yang tenang tiada buaya dan biawaknya.

Apa daya yang ada dalam menghadapi kemelut ini ialah pasrah dengan semua warga tahfiz sentiasa mengadakan solat hajat kepada Allah , kerana tiada kuasa dan petunjuk yang paling hebat melainkan kepada Allah diserahkan