Pages

Monday 18 June 2012

GELOMBANG KEDUA: SEMUA KAKITANGAN BERPAKAIAN PUTIH 19 JUN

Pada esok (19 Jun 2012) sempena kedatangan YAB MB Kedah semua kakitangan mesti HADIR dan bersedia untuk kali kedua menjayakan GELOMBANG PUTIH dengan mengenakan PAKAIAN PUTIH pada hari bekerja.

Pakaian putih melambangkan kebersihan adalah suatu lambang kakitangan KUIN menuntut membersihkan KUIN daripada parasit dan tangan ghaib yang mengotori KUIN. 

Sesuatu akan dilakukan dengan penuh hormat dan adab pada esok hari , semua kakitangan KUIN dikehendaki mematuhi arahan berikut :
-Berpakaian PUTIH
-BERKUMPUL/BANGUN BERAMAI-RAMAI apabila pihak wakil kakitangan bertemu dengan YAB MB Kedah
-Apabila 'tukang pandu' MENEPUK TANGAN, semua mesti menepuk tangan sebaik sahaja sesuatu diberikan kepada YAB MB Kedah
-Apabila 'tukang pandu' melaungkan TAKBIR, semua kakitangan mesti bertakbir .
-Apabila di dalam ucapan YAB MB dan Jamil diumpan dengan 'GULA-GULA' jangan tepuk tangan , kalau nak mengeluh ramai-ramai ikut sukalah bahkan digalakkan .
-Jika YAB MB Kedah atau Wakil tak datang , yang ada hanya Jamil, semua kakitangan MESTI TINGGALKAN DEWAN tanda protes atas penganiyaan yang dilakukan Jamil.


* Untuk rekod YAB MB Kedah masih tidak sihat dan berada di Wad semenjak beberapa hari lalu. Kita doakan beliau sihat agar kita dapat bertemu dengannya.

AWAS PROVOKASI MUSUH

JANGAN TAKUT MEMPERTAHANKAN HAK KITA

KEBAJIKAN DIDAHULUKAN, KERJA SMART DIUTAMAKAN