Pages

Friday 29 June 2012

WAHAI MB KEDAH , SEKARANG ADALAH MASA UNTUK JAMIL DISINGKIRKAN BUKAN DIBAWA BERBINCANG.

30 Jun, Dalam kenyataan akhbar Sinar Harian semalam , MB Kedah ketika dihubungi untuk mengulas isu ketidakpuasan hati staf , MB berkata staf KUIN perlu berbincang dan bersemuka Jamil.

Wahai MB Kedah , Jamil bukan jenis berbincang sebab Jamil seorang penakut.

Wahai MB Kedah , kami dah ikut prosuder dah , tapi Jamil seorang yang tak ada hati perut dengan staf.

Wahai MB Kedah jom saya nak cerita profesional staf KUIN hadapai Jamil yang banyak menganaiya staf KUIN :

Pada 30 Mei Pihak wakil kakitangan  (Mohd Azki Hafizi Ibrahiim, Sajiah Yaacob, Tawfek Ishak, Asri Abdul dan Arif Ahmad) bertemu dengan Jamil namun hanya ingin bertemu dengan seorang sahaja iaitu Mohd Azki Hafizi.

Dalam perbincangan tersebut sekitar jam 12.30 tengahari, Rektor tidak menyentuh hal penyelesaian kemelut kebajikan kakitangan KUIN sebaliknya hanya menyentuh hal teknikal luar dan ‘validility’

Lebih malang  lagi selepas Mohd Azki keluar dari pada perbicangan tersebut , sekitar jam 4.30 petang surat pertukaran tempat bekerja telah ditandatangani oleh Rektor dengan mengarahkan Mohd Azki bertugas di Kuala Ketil Baling.

Pada 20 Jun 2012 memo daripada Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah dikeluarkan kepada Jamil , menuntut supaya pertemuan tertutup diadakan bagi penjelesan isu dan kemelut yang berlaku , tetapi Jamil angkuh langsung tak melayan staf yang ingin sangat bertemu dengannya.

Wahai MB sekarang bukan masa untuk berbincang tetapi masa untuk staf menuntut Jamil melepaskan jawatannya. dan selaku MB Kedah mesti tahu bahawa rakyat KUIN sudah tidak suka dengan Jamil dan meminta Jamil berundur KUIN, jadi MB kenalah guna kuasa untuk pecat Jamil.