Wednesday, 13 June 2012

PERTEMUAN DENGAN MUFTI KEDAH PERJELAS ISU KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN

Pihak wakil kakitangan KUIN kini dalam rangka jelajah memberi penjelasan kedudukan dan situasi kewangan, kebajikan dan kemelut KUIN kepada cendiakawan dan tokoh tokoh tempatan dan nasional terhadap kemelut yang sedang berlaku di dalam KUIN.

Tujuan jelajah ini adalah bagi memberi gambaran yang berita KUIN sebenar dan betul agar persepsi salah yang dicanang Jamil dapat ditangkis.

Baru-baru ini satu pertemuan telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kedah dengan Dato Paduka Mufti Kedah. Beliau seorang tokoh yang sangat disegani di peringkat nasional juga pernah menjadi pensyarah dan Dekan Kuliah Usuluddin  sebelum dilantik sebagai Mufti Kedah.