Wednesday, 30 January 2013

DISEBALIK TABIR KONVO KHAS

Tahukah  apa yang terjadi pada Azizan beberapa ketika sebelum bermulanya konvo khas ?

1. Azizan mengalami kekejangan otot sebelum masuk ke dalam dewan.
2. Azizan tak yakin nak boleh masuk berjalan dengan Tuanku  sebab mengalami beberapa masalah kesihatan akibat jantung.
3. Datang seorang orang kanan Azizan mengurut kakii Azizan (admin yang nampak ketika itu rasa kalau diberi peluang admin pun nak ngurut cakar harimau jugak kat kaki Azizan)... panahan doa orang yang kena zalim semakin makbul.


AZIZAN MELALUT DENGAN MAKLUMAT PALSU JAMIL

Dalam ucapan perasmian kampus yang tak lengkap kemarin Azizan seperti biasa akan membandingkan Insaniah dulu dan sekarang. Ayat biasa yang dia kata adalah 'dulu ada 7 program yang hanya tumpu pada pengajian Isalm tapi kini ada 48 program'. Azizan sepatutnya kena bagi tau hadirin jumlah setiap pelajar yang ada dalam 41 program pengajian tu jika dibandingkan dengan 7 program yang asal. Jawapannya bagai langit dan bumi. bahkan ada program yang langsung tak dapat student walau dah 4 tahun.

Azizan juga kata pembinaan kampus Insaniah tidak minta bantuan kerajaan pusat. Sedarkah Azizan yang Insaniah tu kerajaan negeri punya. Kalau minta kat Pusat pun depa tak akan bagi pasai itu tanggungjawab kerajaan negeri.

Azizan dengan bangganya berkata kerajaan buat pinjaman bank dan terima kasih kat bank2 yang bagi pinjaman. Cara Azizan cakap tu macam pinjaman bank tak kena bayaq dan bayaq tu pulak akan guna duit rakyat sebanyak lebih kurang RM 45j setahun. Harap-harap kerajaan Kedah tak bankrup la lepas ni. Apapun yg Azizan cakap tu semuanya maklumat yang dibagi oleh kekasih dia Jamil.

Hebat mcmanapun kampus baru staf Insaniah dok mcm tu jugak tiada kenaikan gaji, tiada bonus dan tiada potongan gaji dibuat ke bank. Tahniah pada staf yg profesional bertungkus lumus semasa hari perasmian

Sunday, 27 January 2013

JAMIL BERWASPADA : HARUSKAH AGONG RASMI KAMPUS KUIN YANG TAK LENGKAP , SELEPAS BERI IJAZAH YANG TAK DIIKTIRAF.

Selasa ini tanggal 29 Jan. 2013 Kampus Kuala Ketil bakal dirasmikan oleh SPB Yang Dipertuan Agong. Tapi adakah kampus yang bakal dirasmikan itu siap sepenuhnya. Mengikut plan awal pembinaan kampus masjid dan asrama merupakan dua entiti penting yg terdpt di kampus tersebut. Bagaimanapun kedua dua entiti ini tiada dalam kampus tersebut yg pada pendapat Jamil dan Azizan telah pun siap.

Para pelajar dan waris kini berada dalam keadaan dilema kerana terpaksa mencari rumah sewa yang dikhabarkan melonjak dengan begitu tinggi sekali di kawasan Kuala Ketil. Sebenarnya para pelajar tidak perlu mencari rumah sewa kerana soal penempatan harus dipertanggungjawabkan kepada pihak Dekan dan TR HEP sepenuhnya kerana para pelajar telah diarah berpindah dengan mengejut hanya kerana tak ada duit nak bayar sewa stargate.

Begitu juga dgn masjid para pelajar terpaksa mencari masjid yg terletak agak jauh dan memerlukan kenderaan bg pelajar yg tidak berkenderaan.

Apa salahnya pihak Jamil dan Azizan menunggu hingga kampus siap sepenuhnya barulah dijemput Agong utk dirasmikan. Kesian staf dan pelajar terpaksa tidur di pejabat dan bilik kuliah untuk menyiapkan hal ehwal perasmian. Dah la dulu Agong bagi ijazah yg tak diiktiraf tak kan kali ni nak bagi Agong rasmi kampus yg tak lengkap pulak. Fikirkanlan...

Jamil dan Azizan perlu letakkan agong pada tempat sepatutnya bukan untuk kepentingan tertentu

Saturday, 26 January 2013

INTAN P.A. DATO BARNI SELAMAT MELAHIRKAN ANAK

Intam P.A Dato Barni

Skuad BERSIH KUIN mewakili semua staf KUIN yang bencikan Jamil mengucapkan tahniah di atas pengurniaan darjah kebesaran dari Allah kepada Intan kerana telah dengan jayanya melahirkan anak pada 23 januari (Rabu) yang lalu.

Cahayamata ketiga tersebut adalah baby boy dan selamat dilahirkan di Kedah Medical Centre (KMS) Kedah. 

Cadangan daripada admin nama anak tersebut :
- Mohd Nazofah
- Ahmad Bersih
- Mohd Berani  

TAHNIAH !!!!... Geng perempuan KUIN boleh pi ziarah untuk eratkan hubungan silaturrahim sesama geng BERSIH KUIN. 

KESIMPULAN PERTEMUAN LEADER BERSIH KUIN DENGAN DATO L : PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN

Ramai kakitangan KUIN tertanya-tanya mengenai keputusan dan hasil pertemuan beberapa rakan dan pimpinan BERSIH kita ketika dipanggil mengadap Dato L (Pendaftar baru). Admin memohon maaf kerana agak lewat meng'update' kerana kerja-kerja risikan yang diraskan sangat urgent dan important.

Setelah mendengar penjelasan dari rakan - rakan yang dipanggil Dato L, syabas diucapkan kerana semua hujjah yang dikemukan oleh rakan kita membuatkan Dato L sebenarnya memang nampak riak body language mengakui masalah dalaman yang berlaku.

Semua ahli gerakan BERSIH lantang bersuara menentang kezaliman Jamil sehingga sekali lagi mereka turut menyuarakan bahawa resolusi untuk memulihkan suasana riang sejahtera KUIN tidak lain melainkan  ":JAMIL MESTI LETAK JAWATAN" atau" JAMIL UNDUR"..UNDUR UNDUR... UNDUR JAMIL..

Luahan dan hujjah rakan BERSIH banyak terarah terhadap kuasa ala hitler yang digunakan Jamil, memerah tenaga staf KUIN tetapi membebankan dengan mengabaikan kebajikan kakitangan. Kroni, anak syarikah, penipuan, pemalsuan dokumen, isu Kuala Ketil, masalah gaji, pembayaran bonus yang tak dibayar kepada kakitangan KUIN sedangkan peruntukan Kerajaan Negeri jelas ada peruntukan khas untuk bayar bonus, wang staf KUIn dialirkan Jamil kepada kroninya dan anak syarikat.

Turut hadir berhujjah pada ketika itu En Izzat dari perhotelan yang mintak nak masuk juga dalam meting tersebut kerana kebajikan staf hospitaliti lagilah banyak terabai tidak seperti awal yang dijanjikan oleh Jamil palsu.

Satu perkara yang juga mnarik, sebenarnya rakan kita sangat menunggu-nunggu untuk mendangar hujjah balas dari Mr SS, namun kelibat Mr SS langsung tidak kelihatan. 

Dimaklumkan oleh Dato L bahawa Mr SS sibuk di Kuala Ketil. tapi kita gerakan BERSIH tahu itu hanyalah alasan kerana bimbang bengkang akan bertukar menjadi bubur.

Tuesday, 22 January 2013

BELANGSUNGKAWA: AL FATIHAH BUAT AYAHANDA ANUAR RAMLI YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Anuar Ramli
Kakitangan KUIN mengucapkan takziah kepada En Anuar Ramli, Penolong Pendaftar di HEA di atas pemergian ayahandanya yang tercinta pada 22 Januari 2013.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan Islam.

Mari sama-sama pembaca blog merah ini menghadiahkan al Fatihah kepada almarhum ,, ALFATIHAH

KENAPA JABATAN PENDAFTAR TAK PANGGIL DATO BARNI SAMA ?

23 Januari - Pada petang ini akan menyaksikan Jabatan Pendaftar akan memanggil beberapa individu yang bersuara mengenai isu kebajikan di hadapan Jamil ketika pertemuan dengan Jamil 15 Januari yang lalu. 

Peresoalannya bila beberapa individu tersebut bercakap sehingga Jamil terpakasa keluar dewan kerana seperti cacing kepanasan, tapi bila Dato Barni (Timb Rektor) turut melontarkan isu penyelesaian kebajikan sehingga Kartina, Wan SU dan Dato L turut keluar dewan sebelum majlis selesai, kenapa Dato L tak panggil Dato Barni sama. 

Bukankah lebih adil jika semua yang bercakap dipanggil barulah dikatakan profesional dan berani.....!!

Tapi tak apa... kita dah BERANI 2013... kami iringkan doa kepada pejuang-pejuang kami yang akan berhujjah dan menegakkan kebenaran.

Nampaknya natijah solat hajat staff semakin hampir menuju kejayaan .. Amiiinn

PROTES PELAJAR KERJA GILA JAMIL DAN KUALA KETIL


Gambar Protes mahasiswa dalam FB mereka .. tahniah kerana berani bersuara.. bukan dengar saja dan diam

Gadaikan kebajikan pelajar hanya kerana nama Jamil dan Azizan

Suruh pindah segera tapi tak ada asrama , pelajar sewa rumah tinggi gila..... dekan HEP , jangan diam saja... ini kezaliman dan penganiayaan pelajar ...

BELANG SUDAH MAKIN KELIHATAN: TAKTIK BARU ?

22 jANUARI - Memang mencurigakan.. ada sesuatu yang dirancang oleh Dato L.... Selalunya orang panggil mai meeting atau perjumpaan, tak pernah buat surat terus masuk untuk di s.k. (salinan kepada) kedalam fail peribadi staf

Tapi pagi tadi dato L dah mula nak tunjuk belang .... Dato L buat surat panggil beberapa orang yang berani mengeluarkan pandangan secara terhormat di dalam dewan sehingga jamil jadi cacing panas dan terpaksa keluar dewan.... Panggil tu biasalah, kawan-kawan kami bukan jenis penakut, tetapi prosuder dan cara panggil itu yang menimbulkan tandatanya???? 

Yang lagi syok Us Aski yang tak hadir pada perjumpaan 15 januari tempohari pun dipanggil bersama ..... emmmmmm anda boleh pikir lah kan apa agendanya Dato L ni kan !!!

KPT LAWAT KUALA KETIL JAM 9 PAGI 230113

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT ) akan mengadakan lawatan ke kampus KUIN Kuala Ketil pada 23 Januari (Rabu) jam 9 pagi. Antara wakil KPT yang akan terlibat ialah Dr Aizat dan Puan Azura.

Antara kawasan yang akan dilawati ialah asrama pelajar yang ada dalam pelan kampus tetapi kini langsung tidak ada asrama dalam pelan kampus KUIN yang telah menimbulkan rungutan dan keluhan ibu bapa dan pelajar yang terpaksa menyewa rumah di sekitar dengan harga yang teramat sangat mahal 

Kawasan lain yang akan dilawati ialah msjid KUIN yang berada di atas air yang ada dalam pelan asal, tetapi tiba-tiba tak ada bila dibina. Nabi hijrah buat masjid dulu KUIN pindah buat tasik dulu.. pandai laaaa sangat. Ini akan menimbulkan kesusahan untuk menyatukan ummat KUIN dengan perpaduan solat.

Mereka juga dijangka akan melawat perumahan staf yang juga ada dalam pelan tetpio last-last tinggal 4 buah sahaja... tak tahulah sapa yang nak duduk .. rumah ada 4 biji.. staf ada 400 orang .... pandaulah sangat.

Jika buat kampus tetapi kebajikan pelajar tak ada , lanhsung tak ada asrama, sudah pastilah susah KPT ada hak untuk buat penilaian secara profesional.

Monday, 21 January 2013

SUDAH DIJANGKA: DATO L PANGGIL JURUCAKAP


Dato L akan memanggil beberapa jurucakap yang bercakap mengutarakan isu kebajikan kakitangan KUIN semasa perjumpaan dengn Jamil pada 15 Januari lalu sehingga Jamil terpaksa lari meninggalkan dewan. Perjumpaan tersebut akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh                  : 23 Januari 2013 (Rabu)
Masa                   : 02.30 petang
Tempat                : Bilik Mesyuarat Rektor

Persoalannya :

Apa tujuan Dato L panggil tidak dapat dipastikan

Siapa yang akan turut hadir bersama Dato L?

Siapa sebenarnya perancang utama dalam perjumpaan ini?

Namun , kami semua kakitangan KUIN akan sentiasa mendoakan pada waktu tersebut agar Allah menunjukkan kebenaran dan menunaikan hajat daripada munajat kita pada aawal bulan yang lalu.

“STAFF IS THE BOSS”

Sunday, 20 January 2013

PESAN DAN NASIHAT UNTUK DATO' L


Artikel ini admin tulis kerana terpanggil kerana berasa kasihan kepada Dato L selaku pendaftar baru , melihat pada laras bahasa yang kerap mengulangi perkataan yang sama , tidak ada keyakinan menyusun ayat dan bahasa badan yang dilihat telah diracuni oleh pemikiran Jamil dan kroninya ketika dato L berucap di hadapan semua warga kerja KUIN pada 15 Januari baru-baru ini (Boleh rujuk rakaman yang dibuat dalam video di atas) 

"Kita sedang berusaha... Insya Allah KUIN sedang usaha"

"Kita yakin masalah akan selesai ... Yakin masalah akan selesai.. kita kena percaya dululahhhh...."

"KUIN boleh tak ikut pekeliling Kerajaan sebab IPTS. KUIN akan pakai pekeliling untuk kebaikan staff!!!!"

"Usaha memang ada .. kena sabar je ... "

Semua ungkapan ini sudah menjadi gulu-gula kepada kakitangan KUIN sejak 4 tahun yang lalu. Kami kakaitangan KUIN sudah muak dan nak termuntah dah dengan janji yang diberikan pada kami.

Oleh itu perkataan - perkataan yang sensitif perlu diketahui oleh Dato L kerana jika silap bercakap , saya bimbang Dato L akan menerima nasib yang tidak sepatutnya dengan umur Dato L .Contoh baru-baru ini Dato L cuba mempertahankan hujjah membela Anak-anak syarikat yang pelingkup KUIN...lantas terus di "booooooooo"

Dato L harus bijak menggunakan pengalaman bukan terperangkap dengan cengkaman dan pembohongan si Jamil

Dato L harus mengubah pendekatan bukan menekan dan termakan permainan licik si Jamil palsu

Dato L harus menapis maklumat bukan menerima lumat-lumat perkataan Jamil yang berselindung disebalik mukanya yang buat-buat 'baik' dan 'tak sihat'

KAMI BERSIAP SEDIA UNTUK DIPANGGIL DEMI PERAJUANGAN KEBAJIKAN KAMI

Semua penggerak gerakan BERSIH KUIN , kita akan berpeluang lagi untuk mendesak soal kebajikan kakitangan KUIN yang diabaikan.

Pendaftar KUIN mungkin akan memanggil semua juru cakap- jura cakap yang berani tampil berhujjah di atas kerakusan dasar KUIN yang membelakangkan kebajikan kakitangan semasa perjumpaan dengan Jamil pada 15 Januari baru-baru ini. Itu pun si Jamil pengecut cabut lari tinggalkan dewan kerana takut dengan kebangkitan dan soalan kakitangan KUIN.Harap kuasa saja ada tapi pengecut.

Kami sudah sedia dengan berbekalkan hujjah dan pendirian bagi menegakkan kebenaran yang telah ditipu oleh Jamil selama ini. 

"BERANI 2013 - STAFF IS THE BOSS"

Wednesday, 16 January 2013

JAMIL TAKUT DAN PENGECUT DALAM PERTEMUAN DENGAN STAF TEMPATAN, CUBA TUNJUK HERO DENGAN ANTARABANGSA

Kereta Jamil dan pemandunya Mazman dihadapan dewan ketika Majlis
16 Januari -Pengecut dan bacul Jamil terserlah kerana pada hari ini Jamil buat perjumpaan pulak dengan staf antarabangsa  namun layanannya tak sama dengan layanan dengan anak tempatan.

- Kalau semalam kakaitangan tempatan tak diberikan kerusi, namun untuk kakitangan antarabangsa disediakan kerusi

- Kalau semalam mike tak disediakan dan diminta supaya tidak diletakkan mike di kalangan staf oleh Mr SS, namun untuk kakitangan antarabangsa disediakan mike untuk sesi soal jawab.

- Jika semalam Jamil pengecut dan lari  apabila diajukan soalan oleh kakitangan dengan memberikan alasan meeting, hari ini Jamil tunggu sampai habis.

- Yuran anak-anak kakitangan antarabngsa yang belajar di Sekolah Bistary akan diberikan potongan .

- Kakitangan antarabangsa akan mendapat RM 500.00 setiap bulannnnn

Persoalan , kenapa Jamil sangat pengecut dengan kakitangan tempatan KUIN :

Tuesday, 15 January 2013

PENGURUSAN TERTINGGI TAK HORMAT , PERLU JAGA AKHLAK DEPAN STAF

Sebahagian staf  KUIN kekal tak berganjak walapun Jamil dan Top management lari ketakutan meninggalkan dewan
16 Jan - perjumpaan Jamil dengan staf KUIN semalam yang bertujuan untuk menerangkan mengenai perpindahan ke Kuala Ketil bertukar menjadi medan melepaskan geram terhadap pengurusan tertinggi KUIN yang sudah lama mengabaikan kebajikan kakitangan. 

Perjumpaan yang paling ditunggu  dan dinantikan staf itu , menjadi tempat staf mempersoalkan mengenai kebajikan  mereka . Sudahlah dipaksa berpindah jauh namun tiada kenaikan gajidiberi, bonus tahunan dinafikan , wang bayaran ke bank tertunggak sehingg 6 bulan, gaji masuk lambat dan tiada wang insentif perpindahan diberikan 

Apa yang paling amat dikesalkan apabila hal ini dibangkit kan oleh Dato barni (Timb Rektor), seorang demi seorang pengurusan tertinggi meninggalkan dewan termasuk Wan Su (keluar ikut belakang dewan), Dato L, pendaftar baru dan Kartina, pemangku bendahari.

TAHNIAH SEMUA : BERANI 2013

Banyak email yang dihantar kepada admin yang merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan KUIN kerana BERANI 2013.

Namun yang hairannya kenapa Kartina boleh bagi alasan tak munasabah dalam bab bayaran potongan kepada pihak ketiga, ni dah masuk tahun 2013, potongan 2012 belum selesai lagi, Kartina hanya bagitau bahawa wang tunggakan telah dibayar , persoalannya kenapa tak bayar habis sampai bulan 12, sedangkan gaji kami telah dipotong ? kemana perginya duit tu.Insniha Holding ambik kah ? KUIN pusing duit kah ? atau ada yang tak kena sampai guna duit kami. Harammmmm kami tak redho dunia akhirat .



KENAPA LEPAS BERCAKAP HANYA BEBERAPA MINIT , JAMIL LARI TINGGALKAN DEWAN KUIN ?

15 Januari - Hari ini semua kakitanga KUIN baru dan lama dapat lihat sendiri betapa penakutnya Jamil bila berhadapan dengan kkaitangan KUIN.

Dulu Jamil kata "saya tak takut pada staf tapi takut pada student"... Sekarang apa dah jadi.... takut pada staf kerrr ? .. Lebih baik takut pada Allah.

Jamil jumpa pelajar beri masa hampir sejam.. tapi dengan kakitangan hanya beberapa minit .. kemudian bila kakitangan minta Jamil jangan keluar dulu , sebab ada banyak soalah yang nak diajukan terus Jamil kata ada meeting dan suruh pegawai yang menjadi kroninya menjawab. Jamil lari keluar dewan.

Alahai taktik lama tuee. Kenapa staf minta cara elok nak bincang , kamu lari wahai Jamil.... BERSALAH LA TUE . Kalau tak bersalah nak lari kenapa?

Hidup segan mati tak mahu !


GELOMBANG PUTIH 15 JANUARI : JAMIL LARI TINGGAL DEWAN TAKUT DENGAN SOALAN STAF

15 Jan - Gelombang Putih berjalan seperti dirancang. Perjumpaan antara Jamil dan staf yang asalnya bertujuan untuk menerangkan tentang Kuala Ketil bertukar menjadi kritikan pedas dan BERANI 2013 staf KUIN yang akhirnya menyebabkan Jamil terpaksa cabut lari seperti PENGECUT keluar dewan. Jamil bagi alasan ada meeting. Pelikkan , jika ada meeting tak kan nak buat  perjumpaan dengan staff. Jamil memang pengecut 

Jamil mungkin takut dengan kakitangan tapi Jamil kena lebih takut pada Tuhan kerana banyak menzalimi kakitangan. Lari didunia boleh buat alasan pergi meeting . Tapi akhirat nak kemana wahai Jamil ? Kami akan tuntut di akhirat.

Menarik juga dalam perjumpaan tersebut mikrofon disembunyikan kerana bimbang staff akan bersuara. Yang peliknya bila seorang staf minta mikrofon , rupa-rupanya seseorang itu menyembunyikan di bawah rostrum. Inilah penakitnya kroni-kroni Jamil . 

Monday, 14 January 2013

GELOMBANG PUTIH 2013/2 , PAGI INI SEMUA BERGERAK KE DEWAN BESAR KUIN JAM 10 PAGI

GELOMBANG PUTIH 2013/02 :
Siaran 15 Januari 2013 

Semua kakitangan KUIN diwajibkan bergerak ke Dewan Besar KUIN jam 10.00 pagi, kerana kononya Jamil nak jumpa kita.

Sepanjang perjumpaan tersebut , ikut arahan daripada amil-amil yang di lantik.

Jika amil bangun kita bangun,
Jika amil tepuk tangan kitan tepuk
Jika amil membuat laungan , kita laungkan.
Jika amil minta protes, semua mesti protes.

Ingat ... jika kita berani .. mereka akan takut.

TUJUAN KITA HANYA SATU , INGIN TUNTUT HAK KEBAJIKAN KITA.

Biar pun mereka ingin memberi taklimat mengenai Kuala Ketil, kita akan KUASAI MAJLIS DENGAN mengikut sahaja arahan amil yang akan bertugas.

"STAFF IS THE BOSS"

Sunday, 13 January 2013

GELOMBANG PUTIH : SEMUA WAJIB TURUN 15 JANUARI

Menurut surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar memaklumkan satu perjumpaan antara semua staf dan Jamil akan di adakan pada 15 Januari 2013 berkaitan pross perpindahan ke Kuala Ketil.

Memang gerakan BERSIH sudah lama menunggu masa yang diidamkan ini bagi memperjuangkan hak dan kebajikan kakitangan yang diabaikan Jamil. Kini ia bagai terhidang di dpean mata . 

Sehubungan itu semua staf KUIN wajib turun pada masanya dan memberi sokongan apa yang akan dilakukan oleh gerakan membela kebajikan yang diabaikan Jamil.

Cuma persoalannya , adakah Jamil yang dikenali bersifat diktator benar-benar nak turun jumpa staf. Kami tunggu.

Staf yang masih tersangkut bayaran tertunggak berbulan-bulan sehingga kena surat saman bank dan surat tarik kereta bawa sekali. begitu juga yang luput insuran kerana KUIN tak bayar pun bawa sekali. Pendek kata apa sahaja yang berkaitan dengan kebajikan kita akan sama-sama serlahkan.

Saturday, 12 January 2013

MANA PERGINYA MASJID, ASRAMA PELAJAR DAN KEDIAMAN KAKITANGAN DI KAMPUS KUALA KETIL

Semuanya bagaikan Pak Pandir.. Penipu  .... gimik 

Dalam Pelan asal kampus Kuala Ketil yang dipaparkan dimerata-rata tempat di KUIN , terdapat sebuah masjid yang kononnya berada di atas air.. juga terdapat beberapa blok asrama..... juga terdapat kediaman kakaitangan .. Namun itu hanyalah kaedah penipuan dalam marketing.

Biar tipu asalkan begaya... MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

Kini jika diperhatikan tiada MASJID dan tiada ASRAMA PELAJAR dan tiasa KEDIAMAN KAKITANGAN dalam Kampus KUIN Kuala Ketil.

Kenapa pelan asal ada , kini tiada ?

Pasti ada yang tak kena.... adakah disebabkan lebih separruh pembinaan yang di berikan projek kepada IJM (Sebuah syarikat pembinaan gergasi) sehingga terpaksa mempertaruhkan kebajikan pelajar dan kakitangan  lantas dibuang MASJID dan asrama daripada pelan ?

Nabi berhijrah , MASJID dijadikan asas mercu tanda.

KUIN berhijarah TASIK dijadikan asas dan mercu tanda

Alahai KUIN ... 

Jangan jadi macam Firaun , buat piramid cantik-cantik sehingga menjadi keajaiban dunia tetapi semua dunia tahun ia dibina di atas kezaliman kepada rakyatnya oleh Firaun.

Jamil tiru firaun buat KUIN Kuala Ketil yang baru dan luas tersergam tetapi dengan menganiaya dan menzalimi kakitangan.





ISU KUALA KETIL : NASIB KEBAJIKAN PELAJAR PULA MENJADI TARUHAN

Memang benar kata ramai kakitangan KUIN bahawa Jamil menjalankan pemerintahan ala Hitler. Jika kebajikan kakitangan diabaikan , kini giliran pelajar pula.

Pelajar kampus Stargate diarhkan berpindah ke kampus Kuala Ketil walaupun belum mendapat kebenaran operasi daripada pihak Kementerian Pengajina Tinggi kini dalam dilema.

banyak email pelajar telah dihantar kepada pihak admin mengadu nasib mereka di Kuala Ketil.

Antara aduan mereka :
- KUIN langsung tidak membuat taklimat menyeluruh tentang proses perpindahan kepada pelajar terutamanya yang berkaitan penginapan dan asrama....

- Mereka terpaksa menyewa rumah yang lebih mahal daripada Taman Wira gara-gara buat kampus tetapi tida disediakan asrama

- Keselamatan pelajar siswi yang menyewa rumah amat membimbangkan , apatahlagi dengan isu gensterisme yang belum selesai.

- Pelajar seolah-oleh dibiarkan begitu sahaja tanpa dibantu untuk mendapatkan asrama sedangkan pada tahun lepas janji manis mengatakan , masalah asrama di KUIN Alor Setar akan selesai setelah berpindah ke Kuala Ketil... namun semuanaya hanyalah janji manis ..

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN YASIN , MOHON PETUNJUK DAN PERTOLONGAN DARI ALLAH BERHADAPAN DENGAN PENZALIM DALAM KUIN



Majlis Bacaan Yasin dan solat hajat menolak kezaliman Jamil dan kroninya berjalan dengan lancar pada 10 Januari yang lalu. 

Solat hajat dan bacaan Yasin dipimpin oleh Ustaz Aski dan dihadiri oleh hampir 100 orang kakitangan KUIN dan ahli keluarga masing-masing .

Solat hajat yang memakan masa yang agak lama sebanyak 12 rakaat , bertujuan bermunajat kepada Allah yang hanya satu tempat bergantung dan mengadu agar menghancurkan kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan kepada kakitangan KUIN.

Dalam doa yang penuh penharapan Us Aski membacakan doa agar Allah memperlihatkan keajaiban dan kekuasaannya di atas kezaliman yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada kakitangan.

Jika admin blog jadi imam baca saje.. KO Jamil... KO Jamil ... KO Jamil....

Majlis diakhiri dengan salam persaudaraan dengan penuh kasih sayang.

Wednesday, 9 January 2013

GELOMBANG PUTIH 2013/01 EDISI KHAMIS 10 JANUARI 2013 , ALLAH TIDAK TOLAK MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI

Siaran 10 Januari

Kepada semua warga KUIN,

Setelah kebajikan kita diabaikan Jamil, rintihan kita langsung tidak diendahkan dan didengari. Jika mereka rasa terancam , mereka akan tendang, tukar dan tamat kontrak. Ayuh kita turun beramai-ramai untuk bermunajat kepada Allah swt dengan jalinan GELOMBANG PUTIH pada butiran berikut  :

Tarikh    : 10 Januari 2013 (Khamis)
Masa     : Bermula dengan solat Isyak secara berjamaah di lokasi
Lokasi    : Masjid Ar Rahmah Taman Wiran Mergong (Berhadapan trafic light KUIN)
Pakaian  : Digalakkan memakai pakaian putih

* Digalakkan juga untuk pelajar dan sahabat handai kakitangan KUIN  untuk turut hadir
* Kepada Muslimat yang Allah Bagi Cuti (ABC) juga dijemput hadir kerana acara akan diadakan di luar sebelah belakang masjid

Aturcara :

8.30   - Ketibaan kakitangan di Masjid Ar Rahmah
          - Solat Isyak secara berjamaah bersama penduduk Taman Wira
          - Taklimat ringkas
          - Bacaann Yasin Hajat orang yang dizalimi
          - Solat Hajat 12 rakaat orang yang dizalimi.
          - Salam persaudaraan
          - Bersurai
"S T A F F   I S  T H E  B O S S"

Tuesday, 8 January 2013

INFO GELOMBANG PUTIH 2013/1, KHAMIS INI

Untuk mendapatkan maklumat lanjut Majlis GELOMBANG PUTIH  Khamis ini , sila klik Read More di bawah

GELOMBANG PUTIH 2013/01 , KHAMIS INI

Siaran 9 Januari 2013

Assalamualaikum wrt wbt.

Semua warga kerja KUIN,

Seperti yang dijanjikan bahawa gelombang putih yang dirancang akan diadakan pada  hari khamis ini. 

Semua diminta sentiasa peka dengan arahan dari masa ke semasa yang akan dimaklumkan menerusi red blog ini dan juga amil-amil yang dilantik di setiap jabatan.

Maklumat detail  dan lanjut akan di 'publish'kan pada petang ini.

Sekian harap maklum.

MEETING SULIT DENGAN AZIZAN

Pemandangan kereta pegawai kanan di rumah Azizan jam 10.30 malam
8 Jan, 10.00 malam - Jam 10 malam bertempat di kediaman Azizan di Jalan Sultanah kelihatan Jamil dan kroni-kroninya telah berkumpul seawal jam 9.30 malam untuk mengadakan satu mesyuarat yang diatur dengan Azizan .

Kelihatan beberapa kereta kroni Jamil di dalam dan luar kediaman Azizan. Ada juga yang menaiki teksi, ada juga yang tak berani bawa kereta sendiri kerana bimbang dengan red blog.
Kelihatan kereta Muslim dan Wan Su betul-betuk pintu masuk sliding door  Azizan 

Antara yang kelihatan ialah Jamil, Besar, Muslim, Wan Su, Kartina, Mr SS dan ramai lagi termasuk orang besar.
Kereta Jamil cuba disorokkan di belakang bangunan bertentangan rumah Azizan  oleh pemandu yang bertugas di SMART SCHOOL Insan Bestary, namun kantoi jugak

Selalunya beginilah rencahnya, apabila gelombang putih dan bersih bakal diadakan , suatu mesyuarat akan diadakan di rumah MB , buktinya pada 3 Julai 2012 dibuat demonstrasi mendesak Jamil meletakkan jawatan, lantas sehari sebelumnya (2 Julai) pertemuan sulit juga dibuat di kediaman MB.

Namun skuad BERSIH KUIN yakin bukanlah isu acara yang akan diadakan pada khamis ini yang dibancangkan namun ada perkara lain yang sangat membimbangkan Azizan dan Jamil , di samping isu perlantikan P C KUIN.

MINGGU INI : GELOMBANG PUTIH KEMBALI LAGI , SEMUA KAKITANGAN KUIN BERSEDIA ARAHAN DI SAAT-SAAT AKHIR




Sunday, 6 January 2013

PERLUKAH ISU KUIN SAMPAI KE ISTANA NEGARA ?


Sumber : adikwak.blogspot

Alhamdulillah syukur kerana isu Madrasah Salihiah telah selesai hasil kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Jika nak diharapkan Azizan maka berterusanlah pertelingkahan berkaitan isu tersebut. Jika semua isu perlu ke pengetahuan YDP Agong baru selesai maka tak perlu pemimpin seperti Azizan Razak dan konco-konconya. Tak tahu buat kerja dan hanya lebih bercakap dan berceramah sahaja.

Maka Wak juga rasakan yang isu pertelingkahan di KUIN juga perlu sampai ke pengetahuan YDP Agong. Wak terbaca dari blog KedahkeKL mengenai cadangan beliau untuk isu ini dipanjangkan ke pengetahuan YDP Agong.Wak setuju dengan cadangan itu dan berharap pihak teraniaya di KUIN pergi menghadap YDP Agong dan cuba sampaikan masej sebenar apa yang berlaku di KUIN. Untuk pengetahuan semua Baginda juga merupakan Canselor KUIN. Jika isu KUIN ini terus dibiarkan, aib tersebut juga akan terpalit kepada Baginda. 

Baginda tak tahu isu sebenar yang berlaku di KUIN. Isu Madrasah Salihiah pun hanya selesai apabila pihak Madrasah menghadap Baginda. Jika pihak kakitangan KUIN juga mahukan yang terbaik maka jalan terbaik ialah campurtanganCanselor KUIN selaku orang paling tinggi di KUIN. Terangkan kepada Baginda siapa sebenarnya Jamil dan Azizan dalam kemelut KUIN. Apa rancangan jahat mereka serta kroni mereka. Tambah lagi isu seperti:
- Anak syarikat yang dijadikan tempat longgokkan kroni Jamil dan Azizan
- Kenaikkan yuran pelajar yang tinggi sehinggakan membebankan pelajar
- Kewangan KUIN yang sangat-sangat tenat.

Banyak lagi isu KUIN ini yang menindas kakitangan dan pelajarnya. Rasanya pihak teraniaya di KUIN ada lebih maklumat berkaitan isu tersebut. 

Tuesday, 1 January 2013

KAKITANGAN KUIN TAK DIBERI BONUS 2012 : BUKTI JAMIL LANGSUNG TIDAK MENGHARGAI SUMBANGAN KAKITANGAN KUIN SEPANJANG 2012

Kakitangan KUIN kini boleh menilai Jamil sebagai boss yang perihatin atau mementingkan diri sendiri. 

Hadiah Jamil awal tahun 2012 kepada kakitangan KUIN ialah menarik balik DAN TAK DIBERI  kenaikan gaji pelarasan 13 % dan tidak memberi penambahan kenaikan RM 50 elaun sara hidup

Hadiah Jamil kepada kakitangan pada hujung tahun 2012 ialah dengan tidak diberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan KUIN.

Wahai semua kakitangan KUIN, ini bukti Jamil tidak menghargai penat lelah kakitangan KUIN berkerja keras menaikkan nama KUIN. Lembu punya susu , sapi dapat nama.

Oleh itu mari 2013, kita balas semua hadiah awal dan akhir tahun 2012 yang telah diberikan Jamil kepada kita dengan melancarkan :

"KERJA ALA  TANPA KEBAJIKAN"


KUASA ADALAH SEMENTARA :PERINGATAN BUAT PEGAWAI & PEMBESAR KUIN, JAMIL DAN AZIZAN

Takut pada boss kerana kuasa... kuasa akan hilang
Takut pada boss kerana naik pangkat... pangkat akan hilang
Takut pada boss kerana jasa sambung mengaji ... jasa akan terbang
Takut pada boss kerana budi ... budi akan gersang
Takut pada boss kerana bodek ... bodek akan makan diri
Takut pada boss kerana gaji ... gaji akan habis

Ingat wahai semua, pegawai dan pembesar KUIN terutamanya Jamil dan Azizan... Kamu boleh didik anak-buah agar takut kepada kamu kerana pangkat dan kuasa yang kamu-kamu ada.. tapi semuanya adalah lakonan sementara... 

Suatu hari pasti kamu akan jatuh.. kalau tidak esok mungkin lusa... mungkin minggu depan .. mungkin.. bulan depan .. mungkin tahun depan... mungkin 10 tahun .. mungkin 100 tahun atau mungkin 1000 tahun ... tapi pasti akan jatuh.

Guna kuasa , hormat hanya kerana kuasa.
Guna pangkat, orang akan benci.
Guna akal , hormat akan berkekalan
Guna bertimbang rasa , orang akan sayang,
Guna peri kemanusiaan , orang akan hormat
Guna budi bicara, orang akan rasional

Ingat -ingat ... dunia hampir kiamat.

Ingat - ingat yang gagah akan dikalahkan dengan yang lemah
Ingat - ingat yang besar akan dikalahkan dengan yang kerdil
Ingat - ingat yang berkuasa akan dikalahkan dengan kuli dan pekerja bawahan 

Lupakah ! Raja Namrud berkuasa hanya tewas dengan nyamuk
Lupakah ! Firaun berjawatan besar (Tuhan) tewas dengan air
Lupakah ! Kerajaan  Kristian Bianzatine kalah hanya dengan seorang pemimpin Islam berumr 20 an
Lupakah ! Muammar Ghadafi penzalim mati hanya di tangan remaja muda.

Ambillah pengajaran.

Kezaliman pasti ada balasannya dari Allah. 

Hidup kamu mewah, mudah tapi hati tak senang
Hidup kamu megah tapi hati tak tenang.

jadilah manusia yang TAKUTKAN ALLAH.

DOA ORANG YANG DIZALIMI PASTI DIMAKBULKAN....