Pages

Sunday 6 January 2013

PERLUKAH ISU KUIN SAMPAI KE ISTANA NEGARA ?


Sumber : adikwak.blogspot

Alhamdulillah syukur kerana isu Madrasah Salihiah telah selesai hasil kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Jika nak diharapkan Azizan maka berterusanlah pertelingkahan berkaitan isu tersebut. Jika semua isu perlu ke pengetahuan YDP Agong baru selesai maka tak perlu pemimpin seperti Azizan Razak dan konco-konconya. Tak tahu buat kerja dan hanya lebih bercakap dan berceramah sahaja.

Maka Wak juga rasakan yang isu pertelingkahan di KUIN juga perlu sampai ke pengetahuan YDP Agong. Wak terbaca dari blog KedahkeKL mengenai cadangan beliau untuk isu ini dipanjangkan ke pengetahuan YDP Agong.Wak setuju dengan cadangan itu dan berharap pihak teraniaya di KUIN pergi menghadap YDP Agong dan cuba sampaikan masej sebenar apa yang berlaku di KUIN. Untuk pengetahuan semua Baginda juga merupakan Canselor KUIN. Jika isu KUIN ini terus dibiarkan, aib tersebut juga akan terpalit kepada Baginda. 

Baginda tak tahu isu sebenar yang berlaku di KUIN. Isu Madrasah Salihiah pun hanya selesai apabila pihak Madrasah menghadap Baginda. Jika pihak kakitangan KUIN juga mahukan yang terbaik maka jalan terbaik ialah campurtanganCanselor KUIN selaku orang paling tinggi di KUIN. Terangkan kepada Baginda siapa sebenarnya Jamil dan Azizan dalam kemelut KUIN. Apa rancangan jahat mereka serta kroni mereka. Tambah lagi isu seperti:
- Anak syarikat yang dijadikan tempat longgokkan kroni Jamil dan Azizan
- Kenaikkan yuran pelajar yang tinggi sehinggakan membebankan pelajar
- Kewangan KUIN yang sangat-sangat tenat.

Banyak lagi isu KUIN ini yang menindas kakitangan dan pelajarnya. Rasanya pihak teraniaya di KUIN ada lebih maklumat berkaitan isu tersebut.