Pages

Tuesday, 15 January 2013

PENGURUSAN TERTINGGI TAK HORMAT , PERLU JAGA AKHLAK DEPAN STAF

Sebahagian staf  KUIN kekal tak berganjak walapun Jamil dan Top management lari ketakutan meninggalkan dewan
16 Jan - perjumpaan Jamil dengan staf KUIN semalam yang bertujuan untuk menerangkan mengenai perpindahan ke Kuala Ketil bertukar menjadi medan melepaskan geram terhadap pengurusan tertinggi KUIN yang sudah lama mengabaikan kebajikan kakitangan. 

Perjumpaan yang paling ditunggu  dan dinantikan staf itu , menjadi tempat staf mempersoalkan mengenai kebajikan  mereka . Sudahlah dipaksa berpindah jauh namun tiada kenaikan gajidiberi, bonus tahunan dinafikan , wang bayaran ke bank tertunggak sehingg 6 bulan, gaji masuk lambat dan tiada wang insentif perpindahan diberikan 

Apa yang paling amat dikesalkan apabila hal ini dibangkit kan oleh Dato barni (Timb Rektor), seorang demi seorang pengurusan tertinggi meninggalkan dewan termasuk Wan Su (keluar ikut belakang dewan), Dato L, pendaftar baru dan Kartina, pemangku bendahari.


Mungkin mereka tak tahan dengan apa yang diperkatakan staf dan dato Barni yang tepat terkena di atas batang hidung mereka. Namun inilah contoh yang tidak baik dan tidak sewajarnya ditunjukkan oleh seorang pemimpin keluar apabila orang atasan sedang bercakap .

Inilah baculnya tak mahu dengan pandangan orang lain, Tapi alhamdulillah staf KUIN tunggu hingga habis majlis dan pengurusan tertinggi semua dah tinggalkan dewan