Pages

Tuesday 31 July 2012

MESYUARAT EXCO BATAL, ADAKAH HANYA KERANA KEKASIH MB JAMIL ?

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang dijangkakan akan berlangsung pada pagi ini di Wisma Darulaman dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Tak dipastikan apa sebab pembatalan tersebut kerana semua aktiviti rasmi MB dan Exco biasanya akan dikosongkan pada hari rabu bagi memberi peluang membincangkan hal rakyat Kedah.

Namun bagi skuad admin blog berita KUIN merasakan , inilah gelombang kebangkitan kakitangan KUIN yang dipaparkan dalam blog ini sehinggakan Jamil bakal dipanggil mengadap membentangkan isu kewangan dan pentadbiran KUIN di dalam mesyuarat Exco. Kemungkinan ketakutan inilah antara faktor mesyuarat penting untuk rakyat Kedah terpaksa dibatalkan hanya kerana mahu menjaga kekasih Azizan  iaitu Jamil

TAZKIRAH ANJURAN PRO TIADA SAMBUTAN

"Dengar ceramah itu sunnat dan buat kerja itu wajib" itukah antara ungkapan yang pernah dikatakan Mr F dan Mr SS ketika mereka cuba menghalang kakitangan KUIN hadir program solat hajat dan ceramah anjuran PSM pada beberapa bulan yang lalu.

Bahkan apa yang malang, Mr F pernah menanggalkan poster ceramah yang berkaitan.

Kini , Mr F menjilat kembali ludahnya yang pernah diludah di atas lantai. Sebuah Majlis Tazkirah selama 2 jam telah diadakan oleh Mr F bertempat di surau KUIN dan penceramahnya Ustazah daripada Yapiem. Mr F perlu tahu prokokol dan prosuder, kalau tazkirah sampai 2 jam , itu bukan tazkirah namanya tetapi ceramah.

Sepanjang pemerhatian skuad BERSIH KUIN di surau, peserta lingkungan 65 orang sahaja, itu pun student yang sedang berzikir di surau dan tiada sambutan di kalangan kakitangan. Mr F terpaksa mengerahkan kakitangannya di Jab PRO untuk turun, sedangkan dia telah mengutamakan perkara sunnat daripada wajib.

Tiada sambutan ini dipercayai , rasa tidak senang dengan Mr F. Adakah konvo 13 % pun akan mengahadapi nasib yang sama ?

JAMIL PINDAH RUMAH KE SUNGAI PETANI, APA SPEKULASINYA ?

Jamil terus dirundung ketakutan kerana menganiaya kakitangan KUIN yang dilakukannya sendiri. Terkini Jamil dikhabarkan sudah meninggalkan kediamannya di Bukit Indah Water ke sebuah lokasi di Sungai Petani.

Hasil Intipan skuad BERSIH KUIN , didapati lokasi rumahnya yang terkini adalah di Lageda Height, Sungai Petani, Kedah.

Jamil apa kisah nak pindah rumah jauh pun. Semua KUIN tanggung , minyak kereta, rumah dan lain-lain. Staf dibawah disuruh kerja berjimat cermat , tapi bos membazir duit KUIN. Apakah ini pemimpin yang diingini memberikan sebuah negara berkebajikan ?

Persoalannya, kenapa Jamil pindah ? Skuad BERSIH KUIN akan siasat dan bongkarkan.

PERSIDANGAN RAHSIA SWISS INN 30-31 JULAI : AGENDA SELAMATKAN JAMIL

PANAS .... JAMIL CUBA NAK SEMBUNYI  ....  TAPI BOCOR JUGA

Bermula 30 hingga 31 Julai bertempat di Hotel Swiss Inn Sungai Petani Kedah, satu bengkel telah dibuat bagi menyelamatkan Jamil daripada mengahapi beberapa tekanan.

Adakah benar antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan persiapan bahan dan dokumen yang perlu dibentangkan kepada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 1 Ogos ini dan hal berkaitan skim kononnya baru nak dilaksanakan KUIN.

Team BERSIH KUIN sempat membuat tinjauan sekitar hotel berkenaan , antara yang kelihatan ialah Jamil, Wan Sulaiman, Mansor Insan System, Akif, Muslim, Besar dan tidak ketinggalan Mr SS (Sayuti). Ramai lagi team dan kroni Jamil berhimpun nak selamatkannya bukan selamatkan KUIN.

Mereka boleh merancang tetapi ingat Allah Maha Perancang

Itulah sikap angkuh Jamil dan kroninya, dalam keadaan KUIN tak ada duit, menghadapi krisi kewangan kritikal, sempat lagi Jamil menggunakan wang KUIN untuk menyewa bilik dan dewan hotel termasuk makan buka puasa di hotel untuk hanya mengadakan perjumpaan bagi menyelamatkan dirinya seorang

Pelaksanaan acara ini dibuat begitu sulit dan rahsia  agar tak dapat dikesan skuad BERSIH KUIN namun semua gerak geri mereka dapt dikesan ahli gerakan BERSIH. Booking bilik dan hal-hal berkaitan diuruskan oleh Wan Kuali T dan tak semua staf di Kualiti diberitahu Wan Kuali T sebab dia takut lokasi perbincangan akan bocor. Hasilnya lihat gambar - gambar yang diambil.
KERETA MILIK ROMLIY TURUT KELIHATAN DIHADAPAN HOTEL

KERETA MPV PLAT SIAM MILIK BESAR BETUL-BETUL HADAPAN HOTEL

KERETA INSAN MANSOR, INSAN WAN SULAIMAN DAN KERETA KUIN DINAIKI WAN KUALI T

KERETA MR SS CUBA DISOROKKAN DIBELAKANG HOTEL TETAPI TETAP KELIHATAN

MUSLIM AND CO

KERETA KARTUN MAYA AKIF DILETAK DI LUAR HADAPAN HOTEL

JAMIL DIPANGGIL BERI KETERANGAN DAN LAPORAN KUIN PADA MESYUARAT EXCO KERAJAAN KEDAH 1 OGOS INI

Mungkin kerana sangsi dan tak ada keyakinan kepada pentadbiran KUIN di bawah Jamil maka ahli mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju untuk memanggil Jamil bagi memberi keterangan rasmi mengenai masalah dan kemelut sebenar KUIN.Jamil akan berhadapan dengan pimpinan Kerajaan Kedah pada 1 ogos ini. Tapi apa yang pasti , Jamil memang pandai auta terhadap fakta. Namun tindakan Kerajaan memanggil Jamil cukup menggerunkan Jamil , termasuk Azizan yang menjadi kekasih awal dan akhir Jamil. Disebabkan gentar atas kurapsinya Jamil memanggil secar sulit beberapa orang kuatnya untuk berbincang di Swiss Inn Sungai Petani. Jamil boleh kelentong siapa sahaj tapi bukan dengan kakitangan KUIN.Kami ni tunggu saja gaji dan bonus, kalau tak masuk pada masanya.... kami pun pernah buat demo dah dulu.... nak suruh kami demo lagi kot !!!

JAMIL PENING CARI DUIT NAK BAYAR GAJI BULAN JULAI, OGOS DAN BONUS RAYA, ADAKAH MBI SASARANNYA?

KUIN tak ada masalah kewangan, itu kata-kata Azizan dalam sidang media. Jamil yang bagi maklumat kata KUIN tak ada msalah kewangan. Kalau tak ada kenapa tak bayar tunggakan hutang pembekal barangan kepada KUIN hingga ada yang masih tertunggak dari tahun 2011. Kenapa tak boleh selesaikan pembayaran gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai. Menurut sumber Jamil kerana terdesak dengan maslah kewangan telah pergi ke PTPTN untuk mendapat wang tersebut lebih awal daripada tempoh namun belum pasti berjaya atau tidak. Lantas menulis surat kepada YAB Azizan memohon dana kewangan bagi tujuan gaji. Menurut sumber yang boleh dipercayai , Jamil akan memohon buat kali yang keseterusnya kepada Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebanyak 2 juta. Khabarnya CEO MBI tak akan berikan wang jika Jamil enggan menandatangani perjanjian. Jenuhlah kau Jamil.... Kau berada dihujung karier kau..... berhentilah Jamil.....atau kami bagi Azizan berhenti , pas tu Jamil berambus dari KUIN.

Monday 30 July 2012

KESAN SAMAN SHAKE KE ATAS KUIN HARI INI DIMAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR



En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd
31 JULAI -  KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman dimahkamah hari ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi dengan pembekal luar.
Isu ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
 Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.
Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.
KUIN kampus Sungai Petani
Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.

Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.
Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)
 

Sunday 29 July 2012

GAJI KAKITANGAN KUIN BELUM DIBAYAR BUKTI JAMIL TIPU SOAL KRISIS KEWANGAN KUIN

Dalam artikel saya yang lalu , seperti yang dijangka setelah Jamil terpaksa mengarahkan untuk membayar semua tunggakan potongan gaji kakitangan yang tidak dibuat KUIN setelah namanya terkenal diseluruh dunia kerana bersikap biadap tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN. Itu pun setelah kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak jamil meletak jawatan.

Impak kepada tersebut, kini gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai menghadapi masalah. Kerana takutkan piket dan demo kali kedua kakitangan , Jamil terpaksa mengarahkan agar gaji kakitangan gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakalan gaji kakitangan gred 45 ke atas sehingga kini belum dibayar. 

Fenomena ini sekali lagi membuktikan Jamil dan Azizan menipu rakyat tentang kondisi krisis kewangan KUIN yang semakin parah.

Walaupun gred 45 keatas agak tinggi gaji mereka berbanding pekerja bawahan , namun mereka juga manusia yang ada anak dan keluarga dan perlu melangsaikan pelbagai hutang dengan pihak ketiga. Kesian kakitangan KUIN yang tak masuk gaji lagi. Jamil , sanggup dan tergamak kau buat mereka cam tu.

Jamil tiada pilihan melainkan pada Rabu yang lalu , Jamil sendiri pergi ke PTPTN untuk mendesak agar PTPTN membayar lebih awal dari jadual bagi menyelesai krisi kewangan KUIN. isyhhhhhh isyhhh , macaman ni ? Pakatan Rakyat minta memansuhkan PTPTN , tapi Jamil merayu PTPTN bayar awal. kalaulah tanpa PTPTN, mungkin malapetaka besar akan melanda KUIN. So tindakan KUIN yang amat terdesak bergantung dengan PTPTN membuktikan kecelaruan manifesto pakatan rakyat

Wednesday 25 July 2012

BONUS RAYA ; APA NASIB STAF KUIN

Hari ini di akhbar-akhbar terpapampang pengumuman PM yang meyatakan penjawat awam akan menerima bohus setengan bulan gaji. Bonus ini adalah keprihatinan kerajaan kepada penjaway awam untuk meyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba. PERSOALANNYA adakah kakitangan KUIM akan menerima nasib yang sama seperti 13%. Adakah kerana KUIN swasta maka staf KUIN tak layak untuk dapat bonus ini. Jika inilah yang bakal difikirkan oleh pihak atasan KUIN maka staf KUIN akan .telan ayaq liuq lagi,.

Mungkin bagi pengurusan tertinggi KUIN bonus ni tak penting bagi depa kerna gaji depa pun dah tinggi campuq lagi elaun-elaun yang depa dapat dah tak habih nak makan. TAPI staf-staf bawah yang gaji ciput raya ni nak makan apa???. Inilah nasib yang staf KUIN terpaksa hadapi bila dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Depa hanya pikiaq periuk nasi depa sahaja tapi periuk nasi orang bawah lantak hempa la.

Apa pun kita tinggu apa reaksi depa dengan pengumuman PM ni. Kita banyak2lah berdoa kepada Allah dalam bulan Ramadan ni semoga Allah bukakan pintu hati depa untuk menjadi manusia yang berhati perut. Kita kena ingat rezki Allah yang bagi buakn depa yang bagi. kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat raya lah ala kadar dan setakat mana yang kita mampu. Allah maha kuasa.

`KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA.
`NEGARA KEBAJIKAN.

Monday 23 July 2012

KENYATAAN AZ DIPERSOAL ANTARA SANDIWARA DAN POLITIK


KONVO 13 %

Menghadapi sebuah majlis yang begitu grand dalam sesebuah Universiti , Konvokesyen 2012 pasti tampak hasilnya penindasan kakitangan KUIN oleh Jamil. Ramai yang berkata konvo tahun ini boleh kita gelarkan KONVO 13 persen. Mungkin sebab semangat nak kerja untuk konvo cukup dengan 13 % usaha sahaja atau 13 % sahaja orang akan bantu Jamil menjayakan konvo atau 13% markah deberikan oleh orang ramai terhadap kejayaan konvo atau lain-lain kebarngkalian.

Untuk makluman pembaca konvo KUIN pada tahun ini dijangka diadakan pada 18 dan 19 september 2012 di KUIN mergong yang akan dikemudi Mr F.

Sunday 22 July 2012

SKIM PERKHIDMATAN BARU KUIN ALA KRONI JAMIL BAKAL DIPERKENALKAN

Mungkin ramai daripada kita tidak menyedari bahawa sekarang satu penggubalan skim perkhidmatan baru akan digunakan di KUIN. Apa sandaran dan rujukan skim baru ini? Tapi yang pasti skim ini digubal dengan diketuai oleh rakan kroni kanan Jamil iaitu Mr Romliy.

Skim baru ini dijangkakan akan menyatukan skim bagi KUIN dan Insaniah Holdings.

Persoalannya , jika skim baru dibuat :

1. Adakah kakitangan KUIN akan diberikan opsyen memilih skim perkhidmatan yang baru?
2. Adakan kakitangan Holding sanggup untuk turun gaji bagi menyamakan gred gaji antara KUIN dan Insaniha Holdings?
3. Adakah skim baru ini akan menguntungkan arga kerja KUIN atau hanya menguntungkan Holdings sahaja?
4.Adakah skim baru ini dirangka untuk memastikan bermaharaja lela lagi golongan zalim dan menindas orang bawahan?

Apa pun , skuad BERSIH KUIN akan memastikan kebajikan kakitangan KUIN tetap dipertahankan dan mendapat pembelaan walaupun terpaksan menggunakan perundangan sekali pun.

Jangan tunduk kepada orang zalim , bak kata Us Azki  di dalam demo yang lalu " berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad yang paling besar"

AKAUN KUIN DAN INSANIAH HOLDING BAKAL DISATUKAN ?

Pihak admin berita KUIN mendapat info panas dan  gempar bahawa satu lagi projek gila Jamil akan dilaksanakan kepada kakitangan KUIN iaitu menyatukan akaun kewangan KUIN dan Insaniah Holding.

Perkara ini terpaksa dilakukan adalah kerana keadaan terdesak Jamil dalam berhadapan dengan kemelut kewangan yang amat tersangat kritikal pada KUIN dan Insaniah Holding.

Penyatuan dilakukan agar segala bebanan kewangan dan hutang piutang yang kini ditanggung oleh Insaniah Holding dapat dibayar menggunakan duit KUIN.

Kesimpulan laporan di atas 

- Insaniah Holding memang mengalami masalah kewangan semenjak ditubuhkan 4 tahun yang lalu dan hanya mengaharpkan duit peruntukan dari KUIN dan melahap duit yuran pelajar  KUIN. Namun kini apabila sudah habis melahap duit KUIN hingga KUIN mengahdapi masalah kewangan , sudah tentu Insaniah Holding sudah tiada sumber pendapatan lagi melainkan mengheret KUIN masuk dalam kancah kebinsaan kewangan dengan menyatukan akaun kewangan.

-Apa yang dilaungkan oleh Azizan razak dan Jamil bahawa Insaniah Holding menjana keuntungan adalah suatu pembohongan kepada warga KUIN dan rakyat Kedah. Jika Holding untung kenapa perlu guna duit KUIN untuk tampung perbelanjaan dan pembayaran gaji Holding. Kalau Holding untung kenapa perlu KUIN nak tanggung hutang yang berjuta-juta ringgit.

- Jamil pernah janji bahawa anak syarikat dapat jana keuntungan dan akan memberikan pulangan 10 % kepada KUIN setiap bulan , bahkan pegawai KUIN yang akan pencen akan disalurkan 1 juta ringgit sebagai tanda keuntungan anak-anak syaraikat. Namun ternyata itu semua pembohongan besar Jamil untuk meng'gula-gula'kan kakitangan KUIN. Kami tak akan termakan dengan gula-gula Jamil seperti yang Mr F, Mr SS dan Madam AZ termakan gula-gula kering Jamil.

- Kami kakitangan KUIN rasa daripada kita tanggung hutang Insaniah Holding baik tutup sahaja anak - anak syarikat KUIN yang tak memberikan keuntungan pada warga KUIN bahkan menjana kehancuran  KUIN.

Tindakan 
 
Kita akan bertahan untuk tidak mahu kewangan KUIN dirompak oleh Insaniah Holding.

Kita akan bertahan agar penyelewengan wang dan kuasa agar dikeluarkan dari KUIN. Mari munajat pada Allah di Ramadhan ini.

KUIN RESAH CARI DUIT NAK BAYAR GAJI KAKITANGAN KUIN BULAN JULAI

Kemelut dan krisis kewangan KUIN tidak boleh dirahsiakan lagi. Walaupun Menteri Berbohong (MB) Kedah , Azizan Razak dan seterunya Jamil Rektor mengatakan dan mempertahankan bahawa KUIN tidak menghadapi masalah kewangan namun ,inilah hakikatnya hikayat dua orang penipu besar dalam negeri Kedah.

Dahulu bila kita minta supaya dibayar tunggakan kepada pihak ketiga yang ditanggung kakitangan KUIN, tak mengaku bahawa KUIN tak ada duit. Setelah demonstrasi maka KUIN terpaksa gunakan semua duit yang dikorek untuk bayar, itu pun sebab :
- Selepas kakaitang buat demo
-Selepas kakitanag buat report Polis
- Takut nak hadapai isu KUIN dalam sidang DUN , jadi kenalah bayar sebelum sidang DUN pada 16 Julai yang lalu.

Kini duit KUIN dah kering , tak tahu nak cari mana duit lagi dah nak dikorek dan nak dipinjam atau nak minta sedekah, atau nak cari pertolongan atau nak rayu , hanya untuk membayar  gaji kakitangan KUIN  pada bulan Julai ini.

Apa pun kita tunggu, mungkin  seperti bulan lepas dan dua bulan lepas , KUIN terpaksa membayar gajji dua peringkat iaitu untuk gred 45 kebawah akan dibayar dulu dan gred 45 ke atas akan dibayar menjangkaui bulan semasa.

Ataupun jika kritikal sangat mungkin akan semua kakitangan akan dibayar lambat gaji.

Maklumlah , nak minta pinjam pada MBI mungkin dah malu dan kena diikat dengan kontrak perjanjian. kalau nak minta pada PTPTN supaya disegerakan pembayaran PTPTN tak mahu buat kerja gila tak ikut prosuder, dahulu Menteri Pembohong Azizan tembak KPT agar jangan masuk campur urusan KUIN. tapi bila ada masalah kewangan, KUIN pula minta KPT masuk campur untuk bayara lebih awal duit PTPTN.

Tapi ingat dalam akaun KUIN ada duit bantuan zakat yang sepatutnya perlu dibayar kepada pelajar Kedah KUIN pada bulan Julai , namun dibuat surat minta tangguh untuk dibayar pada pertengahan Ogos ini. Jika duit zkat digunakan untuk bayar gaji KUIN, pihak skuad BERSIH KUIN akan mengambil tindakan sewajarnay kerana menyalahgunakan wang zakat, jadiiii, jangan guna duit zakat pelajar bayar gaji kakitanagn KUIN bulan Julai yaaa Jamil. Duit zakat kedah tahun lalu bolehlah kelentong student bila perap lama-lama duit zakat dalam akaun KUIN, kini Jamil berhadapan dengan kakitanagan yang mengetahui semua pergerakan wang dan masalah dalaman KUIN.


Saturday 21 July 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Pihak gerakan BERSIH KUIN mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak ini. Semoga bulan ramadhan akan menghapuskan dosa dan kezaliman yang ada. Mari kita banyakkan amal dan doa kerana Allah dekat dengan kita.

SAMAN SHAKE KE ATAS KUIN 31 JULAI INI


En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd
 KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman dimahkamah pada 31 Julai ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi dengan pembekal luar.
Isu ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

 Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.

Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.

KUIN kampus Sungai Petani
Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.

Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.

Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)
 

MUNAJAT RAMADHAN : JAMIL MENINGGALKAN KUIN

Barisan sekretariat BERSIH KUIN telah bersetuju sebagai lanjutan daripada program 'Majlis Munajat Orang Yang Dizalimi' yang diadakan pada 19 Julai baru-baru ini untuk meneruskan usaha bermunajat pada Allah sempena bulan Ramadhan ini.

Justeru itu pihak sekretariat BERSIH KUIN memohon agar semua ahli gerakan yang juga kakitangan KUIN agar jangan lupa berdoa dan bermunajat pada Allah atas kezaliman yang dilakukan oleh Jamil untuk Allah membantu kita menunjukkan kekuasaan dan keajaiban Allah bagi mendengar rintihan kita setelah kita mendesak Jamil meletak jawatan , tetapi tetap Jamil enggan dan tegar. Tempiasan daripada munajat ini juga kepada MB Kedah yang dilihat menyokong kemungkaran dan kezaliman apabila terbukti Azizan mempertahankan Jamil yang memerintah KUIN ala hitler.

Kita tidak ada kuasa untuk menjatuhkan orang yang berkuasa atas tiket politik, maka marilah kita memohon kepada Allah yang maha berkuasa untuk melucutkan kezaliman dan kuasa yang sedang bermaharaja lela sekarang. Amiiinn.

KAMBING YANG PATAH TANDUK, CARI PUBLISITI POLITIK TARIK SOKONGAN

Madam Azlina (AZ) dalam kenyataan rasminya mengesahkan kehadiran beliau, Firdaus dan Nadia Mursida ke Pentas Politik PAS di Dewan Besar PAS Batu 9 untuk memberikan taklimat mengenai KUIN kepada wakil pemuda bahagian PAS Kedah.

kenyataan rasmi Madam AZ

Madam AZ melatah apabila artikel di dalam blog ini meminta agar Mr SS menyiasat dan dikenakan tunjuk sebab menggunkan pentas politik berlogo menyampaikan ucapan.
Petikan dari blog beritakuin

Tindakan Madam AZ dilihat sebagai kambing yang kepatahan tanduknya kerana mengheret isu KUIN ke kancah politik. Tindakannya  dan Nadia dilihat menjatuhkan reputasi orang akademik kerana gagal menggunakan profesional ilmiah dalam menghadapi kemelut KUIN bahkan mengheret pelajar dan beberapa staf akademik dalam kancah politik.

Sebelum ini beliau mengheret suaminya dan bapak mertuanya dalam isu KUIN. Madam AZ mengharapkan beliau mendapat sokongan menggunakan talian hayat suami dan bapak mertuanya dalam penghujahannya , namun sayang , Madam AZ menjerat diri sendiri.Kalau nak berhadapan dengan geng BERSIH KUIN pun kenalah profesional sama, ikut sedap jerrr libatkan orang yang tak bersalah 
Madam AZ kena ingat , jangan sokong kemungkaran dengan hanya diberi umpan oleh Jamil tanggung sambung PhD. Opssss madam AZ lebih pandai ceramah daripada saya.

Sebelum ini pun Madam AZ pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur kurang ajar yang tidak melambangkan ilmu dan profesionalisme seorang ahli parti Islam dan menantu kepada tok guru
perkataan woi dan wooooi

perkataan oiiii dan tutuh


Friday 20 July 2012

SEKITAR PERJALANAN MAJLIS MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI

19 Julai - Pihak Sekretariat BERSIH KUIN mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran kakitangan KUIN dan ahli keluarga ke Majlis Munajat orang yang dizalimi bertempat di Dewan INSPIN Kedah. Antara pengisian ialah solat magrib dan isyak berjamaah, solat hajat, bacaan yasin dan tahlil. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam.

Tujuan majlis adalah bagi memohon kepada Allah agar desakan jamil meletak jawatan atas kezalimannya diserahkan pada keajaiban dan kekuasaan Allah. Tempiasan ini juga turut melibatkan MB Kedah yang menyokong kezaliman.














Thursday 19 July 2012

2012 TAHUN MALANG JAMIL, JAMIL SUDAH HAMPIR DIJATUHKAN

Isu dan kemelut dalaman KUIN bukanlah merupakan perkara baru. Sejak hujung tahun 2010, tembelang Jamil sudah mula kelihatan. pada awal kedatagannya pada pertengahan bulan 2008, beliau dilihat seperti seorang wira yang ingin bangunkan KUIN, namun tahun 2012 adalah episod paling malang buat Jamil apabila :
1. Tindakan 5 mahasiswa yang digantung KUIN menyaman KUIN, mereka menang dimahkamah dan Jamil dimalukan mahasiswa walaupun diwakili peguam Karpal Sigh.
2.Jamil terpaksa memperlahankan kerakusan pentadbirannya dan kroninya apabila terpaksa membuat pembedahan pintas jantungnya\
3.Jamil telah dikritik hebat oleh kakitanganya sendiri termasuk mereka yang pernah menjadi orang kuatnya suatu ketika dahulu.
4.Kakitangan KUIN dengan berani turun berdemonstrasi untuk mendesak JAMIL LETAK JAWATAN.\
5. Kakitangan KUIN mengadakan bacaan yasin dan solat hajat agar Jamil meletak jawatan atau tiada di KUIN. 

Kini Jamil sudah berada diambang kerjayanya. 

INSANIAH HOLDING DIDENDA KWSP



Insaniah Holding yang didakwa menjana keuntungan oleh Jamil dan Azizan adalah sesuatu pembohongan besar.Ramai kakitangan Holding datang bertemu dengan skuad BERSIH KUIN untuk memohon memperjuangkan nasib mereka juga. Apakan daya kami tiada kuasa untuk campur kaki dalam urusan Holding.

Hingga kini baki tunggakan hutang kakitangan holding kepada bank belum diselesaikan lagi. Itu pun Azizan merapu kata anak syarikat jana keuntungan kepada KUIN. Pembohong besar.

Jika untung kenapa baru-baru ini , Insaniah Holding dikenakan tindakan denda oleh KWSP kerana kegagalan membuat caruman.  Denda KWSP ini menggabarkan kepincangan Jamil menguruskan KUIN.

Lebih baik letak jawatan sahaja lah.

Wednesday 18 July 2012

JAMIL DIPERSOAL KPT SEMASA DIPANGGIL KPT

Pada 16 Julai 2012 jam 2.30 petang yang lalu bertempat di Bilik Perbincangan TKP (S) Aras 9 Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya  pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memanggil pihak KUIN untuk memberikan penjelasan terhadap beberapa aduan terhadap kurapsi pentadbiran dan pengurusan kewangan KUIN, antaranya ;
1.Penolakan penggunaan pekeliling kenaikan gaji 13 %
2.Laporan kesihatan Jamil dan kaitan dengan tugas sebagai Ketua Eksekutif dan cuti sakitnya
3.Unsur nepotisme di dalam pelantikan kakitangan Insaniah Holdings.


Perbincangan tersebut  KUIN diwakili Jamil, Sayuti, En Latip dan Dato Syed Unan

Mungkin ramai kakitangan KUIN dan rakyat Kedah tertanya-tanya apa isi perbincangan pertemuan tersebut. Sebenarnya sengaja dirahsiakan oleh Jamil . Mari saya bongkarkan antara isi perbicangan tersebut yang sebenarnya  telah MENGHANTUKKAN KEPALA JAMIL DILUTUT SENDIRI, antaranya :

1.Pihak KPT mempersoalkan tindakan Jamil beriya-iya menolak penggunaan pekeliling kenaikan gaji 13%. Sudahkah Jamil sudah bersedia dengan skim perkhidmatan baru? Jika tidak ada lagi, kenapa tak guna dulu pekeliling perkhidmatan yang sedia ada(lama). Bila dah siap skim baru baru apply  skim baru.

2.Lantikan Jamil sebagai Ketua Eksekutif KUIN telah pun tamat dan hingga kini , KPT belum menyambungkan lagi lantikan Jamil sebagai ketua Eksekutif. Persoalannya , kenapa ? Pihak KPT telah pun mendapatkan laporan kesihatan Jamil daripada Hospital di Pulau Pinang tempat di mana Jamil dibedah jantungnya. Di dalam laporan tersebut disahkan bahawa Jamil berada dalam tahap kesihatan jantungnya yang kritikal dan tidak layak untuk menjadi Ketua Eksekutif KUIN (Rektor). Oleh itu sehingga kini Jamil belum disambung Ketua Eksekutif KUIN. Oleh sebab itulah segala tindakan Jamil ibuat dengan luar batasan kerana beliau gagal mengawal emosi dirinya.

3.Persoalan kronisme dalam jawatan yang dipegang di Insaniah Holding memang wujud

4.Staf di KUIN termasuk Insaniah Holding telah over load, melebihi sehingga tidak mampu menampung perbelanjaan KUIN.

5.KPT mempersoalkan tentang keuntungan yang kononnya didakwa Insaniah Holding menjana keuntungan. Di atas kertas nampak macam Insaniah Holding untung , tetapi hakikat sebenarnya Insaniah Holding telah rugi dan menyumbang besar kepada krisis kewangan KUIN yang sangat kritikal

(Admin tidak bertanggungjawab dengan info yang dikirim dalam email ini)

BENARKAH ADA PERANCANGAN SULIT JAMIL DAN AZIZAN


Berita panas, berita panas…. 

Menurut sumber Jamil dan Azizan sentiasa berbincang terutama bagaimana nak selamatkan Jamil. Terbaru ada maklumat yang kami perolehi bahawa satu perbincangan telah dilakukan oleh Jamil dan Azizan, antaranya :

1.Jamil , apabila lantikan Ketua Eksekutif (K.E.)nya dipertikaikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka perancangan dibuat untuk mencadangkan nama Dr Ramly sebagai K.E. KUIN. Jika Ramly jadi K.E. maka Ramly jadi boneka ajerr lah dan Jamil akan terus bermaharaja lela.

2.Khabarnya Ramly sedang gubal skim perkhidmatan baru KUIN, dan ura-ura jika siap skim tersebut Aidi (COO Insaniah Holding) akan dilantik menjadi pendaftar KUIN.
Romliy
Kesimpulan

Jika benar dakwaan ini, dan Ramly jadi Ketua Eksekutif KUIN atau Aidi jadi pendaftar KUIN atau kedua-duanya, nantikanlah kebangkitan lebih dahsyat kakitangan KUIN untuk menolak mereka

Jamil mesti unudur dari KUIN demi kesejahteraan rakyat Kedah dan warga KUIN.

MB BUKAN MENTERI BESAR TETAPI MENTERI BOHONG

Jamil dan Azizan ibarat kekasih
Azizan patut malu dengan gelarannya sebagai seorang ustaz apabila tindakannya mempertahankan seorang yang mahazalim di dalam KUIN. Apa yang perlu lebih malu lagi ialah Azizan bukan menteri besar Kedah tetapi layak diberikan gelaran Menteri Bohong (MB) Kedah

Dalam isu KUIN Azizan kerap menggunakan teori BERBOHONG  dalam pentadbirannya. Antara pembohongan Azizan dalamisu KUIN.


1. Azizan dakwa diugut oleh Ulamak Tahfiz selepas demo 1 April 2012, sedangkan semua itu adalah tipuan kerana Azizan percaya cakap Jamil lantas Azizan mengarahkan dikeluarkan ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah

2.Azizan tipu dengan mengatakan KUIN swasta, sedangkan kakitangan KUIN adlah Badan Berkanun, buktinya :
    - Kenapa tak ada opsyen pertukaran kontrak perkhidmatan
    - Kenapa gaji kakitangan KUIN dan Insaniah Holding tak sama
    - Mana skim perkhidmatan KUIN sebagai swasta
    - Kenapa cuti dan lantikan kedua Jamil dibuat mengikut pekeliling JPA.

3. Azizan tipu dakwaan tuntutan kakitangan KUIN adalah  tak benar, sedangkan kakitangan KUIN telah membuat report polis bagi mengukuhkan lagi bukti dan menyusul laporan kepada SPRM.

4. Azizan kononnya nak berlakon kata dia MB yang baik, lantas kata kita berikan kebebasan bersuara kepada staf termasuk berdemo, namun hakikatnya Azizanlah yang suruh disegerakan peraturan tatatertib kakitangan KUIN disegerakan untuk pastikan kakitangan yang dia tak suka, akan diambil tindakan

5. Azizan tipu dalam Dewan Undangan negeri yang lalu , dia kata , calon pelajar Medic KUIN ada 300 orang dan akan ditapis untuk ambil 50 orang sahaja, namunsebenarnya nak cari tambah seorang pelajar Medic pun payah dan hingga kini bilangan pelajar Medic hanya 11 orang sahaja.

6. Azizan tipu dengan mendakwa , apabila kemelut KUIN berlaku , pelajar semakin bertambah, sedanngkan fakta sebenar seperti berikut :

Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900
Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600
Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri   900
Ada sebahagian program pengajian yang pelajarnya langsung tidak memberangsangkan :
- Program Ijazah Kejuruteraan  hanya seorang pelajar mendaftar , sedangkan programnya ada 3 Ijazah
- Postgraduate hanya  11 pelajar mendaftarkan diri
- Ijazah Perakaunan hanya 4 orang sahaja
- Ijazah Perniagaan hanya 6 orang sahaja.

Tuesday 17 July 2012

NAIK PENTAS PARTI POLITIK : SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK AZLINA , NADIA DAN FIRDAUS

18 Julai - Tindakan Azlina Zakaria, Nadia Murshida, Firdaus Salleh berada di atas pentas PAS di Kompleks PAS Kedah pada 16 Julai yang lalu dengan memberi penerangan rasmi kepada wakil-wakil pemuda setiap bahagian adalah sesuatu yang mencalarkan imej sebuah Universiti yang memartabatkan profesional akademik.

Siapa yang mengarahkan mereka membuat taklimat tersebut, samada Pemangku Pendaftar Mr Sayuti atau Jamil Rektor atau atas arahan parti PAS. Jika di atas arahan Universiti kita mendesak agar mereka kemukakan bukti memo atau surat arahan. Jika ia merupakan satu tindakan peribadi , tindakan tatatertib boleh dikenakan kerana mereka berceramah di atas pentas parti politik yang mempunyai logo parti.

Kita akan tunggu apa Mr SS akan buat . Sewajarnya Mr SS mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka yang hadir memberikan penerangan atas tiket parti. Atau Mr SS pun bersubhat sama dan enggan menonjolkan dirinya atas kepentingan jawatan dan diri.

Inilah KUIN sebuah Universiti yang telah dipolitikkan.

ORANG SURUHAN AZIZAN DAN JAMIL CUBA ALIHKAN ISU KUIN DENGAN FITNAH KEPADA PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

Isu dan kemelut KUIN tidak boleh dibendung lagi.Walaupun apa yang dijawab Jamil dan Azizan (J&A), orang dah tak percaya. Orang kuat jamil dan Azizan cuba cari jalan untuk kalih isu bagi menutup kelemahan Azizan, lantas mereka mencipta pembohongan bahawa demo di KUIN didalangi UMNO dan modal isu dekat dengan pilihanraya. Namun dakwaan itu meleset apabila dilihat dalam demo tersebut golongan penyokong bulan melebihi separuh daripada peserta demo staf KUIN.Orang kuat Jamil dan Azizan terus mencari jalan untuk tipu rakyat Malaysia untuk tutup kelemahan pentadbiran J&A, akhirnya mereka cuba memfitnah dengan tuduhan melulu kepada Dato Puat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Kisahnya mereka menggunakan blog dan facebook untuk menuduh bahawa kemelut KUIN tercetrus kerana Dato Puat tak mahu berikan dana kewangan pada KUIN. Mungkin orang luar KUIN tak faham isu lalu mengikut membuta tuli blogger upahan dan pencacai J&A. Saya rasa terpanggil bagi menjawab semua tuduhan dan fitnah kepada Dato Puat , mari ikuti penjelasan benar dan sebenar tentang kisah fitnah ini.

- Peruntukan KUIN yang diluluskan bagi tahun 2012 adalah sebanyak 15 juta dan bantuan Kerajaan Negeri ini tidak diberikan sekaligus, sebaliknya dibuat pembayaran mengikut fasa dalam setahun.
-Daripada jumlah tersebut KUIN telah pun menggunakan peruntukan 2012 untuk perkara berikut :
      * Di dalam tahun 2011 kerana masalah kewangan pada tahun tersebut pihak KUIN telah menggunakan terlebih awal peruntukan bagi tahun 2012 . Jesteru pihak Kerajaan akan menolak pemberiaan advance itu daripada bantuan kewangan bagi tahun  2012.
      *Disebabkan Jamil dan Azizan sudah membuat keputusan menendang keluar ulamak tahfiz dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah maka peruntukan sebanyak 3 juta disalurkan kepada Yayasan Islam bagi tujuan pembayaran gaji.
       * Pihak KUIN juga pernah berhutang dengan Syarikat Air Darulaman (SADA) semasa menghadapi masalah membayar gaji pekerja KUIN sebanyak 2 juta, maka pihak Kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan KUIN 2012 untuk membayar kembali hutang KUIN kepada SADA
       * Baki daripada peruntukan telah disalurkan kepada pihak KUIN untuk belanja urus KUIN
       * Kini baki daripada jumlah keseluruhan peruntukan bantuan Kerajaan bagi tahun mengurus 2012 hanya tinggal 2.5 juta untuk baki 6 bulan mengurus KUIN.  (sangat kritikal kewangan KUIN)

Baki 2.5 juta ini sebenarnya akan dibayar seawal-awal mengikut jadual pembayaran pada bulan 9 bagi mengelak masalah kewangan yang meruncing pada suku terakhir kewangan KUIN.

Bayangkan 6 bulan KUIN hanya bergantung kepada 2.5 juta dan yuran untuk bayar gaji, belanja urus dan bonus kakitangan KUIN.
---------------------
Bagi belanja mengurus KUIN bagi tahun 2011 , KUIN telah berbelanja sebanyak 28 juta sedangkan peruntukan daripada Kerajaan pada tahun tersebut hanya 12 juta.

Persoalannya disini dimanakah model dan modal perniagaan KUIN yang dikatakan mempunyai anak syarikat yang kononya bagi menambah dan menjana keuntungan. Pendapatan tahun tersebut sebahagian diambil dari peruntukan Kerajaan dan sebahagian lagi diambil dari yuran pelajar . Dimanakah sumber pendapatan daripada anak syarikat?  Memang Azizan dan Jamil penipu. Mereka boleh tipu rakyat tapi bukan staf KUIN.


------------------------
Bagi tahun 2013 , KUIN memohon peruntukan sebanyak 100 juta daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menampung belanja mengurus KUIN. Perlu diingat pendapatan awam rakyat kedah bukan hanya untuk KUIN tetapi untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah semuanya. Perlu diingat :
- Hasil pendapatan Negeri Kedah setahun lebih kurang 450 juta
- Daripada jumlan tersebut :
                          - 45 juta terpaksa digunakan untuk bayar kampus KUIN di Kuala Ketil
                          - Belanja mengurus emolumen k/tangan awam Kerajaan Negeri 160 juta.
                          - 50 juta mengurus semua cawangan Maktab Mahmud.
                          - 22 juta untuk Tahfiz Sains  Pulau Tuba
                          - Baki belanja mengurus masih banyak tanggungan Kerajaan negeri.
- Bayangkan kalau KUIN guna 100 juta duit rakyat Kedah, kemungkinan Kerajaan Kedah akan bankrap pada tahun 2013.
--------------------------------
KESIMPULAN

- Pentadbiran yang betul mestilah mengikut badjet yang diperuntukan, bukan runtunan politik
- Duit adalah amanah rakyat yang bukan boleh dibuat sesuka hati, ia satu amanah besar.
- Dari penerangan di atas memang sah Anak Syarikat KUIN langsung tak jana keuntungan KUIN
- Nak tadbir negeri ibarak periuk nasi, kerak nasi mesti ikut acuan periuk , jika tidak, teruklah.
- Orang kuat Jamil dan Azizan , cuba nak tabur fitnah kata Dato Puat tak bagi duit kat KUIN tapi semua dakwaaan itu telah saya sangkalkan dalam artikel ini.
- Pemimpin kalau tak takut Allah , mereka akan jadi macam Azizan dan Jamil.

SIDANG DUN 90 MINIT, AZIZAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Semua orang merasa kesal dengan tindakan geng Azizan seolah main-main soal kebajikan rakyat. Dulu masa pemerintahan BN , Azizan pernah menegur Mahdzir Khalid dan BN kerana mengadakan sidang DUN sekejap sangat, sedangkan kita nak bincang masalah rakyat mesti bagi masa lama. Azizan ketika itu pernah berkata "Mesyuarat penggan mangkuk pun lama, lebih dari 2 jam".

Rupa-rupanya datang zaman Azizan pun 2 x5 jugak. Cakap tak serupa bikin. Ustaz apa ni?

19 JULAI 2012 :MAJLIS MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI


MAJLIS MUNAJAT ORANG YANG DIZALIMI
Semua kakitangan dan warga KUIN beserta SEISI KELUARGA dijemput untuk menjayakan majlis tersebut pada butiran berikut :
     Tarikh    : 19 Julai 2012 (Khamis)
     Masa     : Bermula jam 7.00 malam hingga 9.00 malam
     Tempat  : Dewan KCS , Institut Integriti Kedah (INSPIN) , Lebuhraya Sultanah Bahiyah.
     Agenda  : 
          07.00 pm : Ketibaan warga KUIN
                          : Solat Fardhu Magrib secara berjamaah
                          : Bayan Hadis Kemuliaan Ramadhan
                          : Bacaan Yaasin dan Tahlil Arwah
                          : Solat Isyak berjamaah 
                          : Solat Hajat
                          : Jamuan makan malam

Catatan
             : Digalakkan membawa sejadah sendiri.
             : Sesiapa ingin membuat kenduri arwah digalakkan, sumbangan adalah ikhlas

JAMIL TAKUT DIBOIKOT, BATALKAN MAJLIS RAI PERSARAAN

17 Julai - Majlis Perpisahan Haji Najib , Haji Latip dan En Yusof yang dijangka diadakan pada esok (18 Julai 2012) , jam 5.00 petang anjuran Jamil terpaksa dibatalkan kerana bimbang dengan kehambaran majlis tersebut jika ia diteruskan.

Kebimbangan Jamil terhadap Majlis tersebut adalah ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa GERAKAN  BERSIH KUIN untuk memboikot Majlis tersebut kerana persaraan Haji Najib dan En Yusof adalah tidak sah.

AKIBAT SOKONG ORANG ZALIM (JAMIL) KINI AZIZAN DIBONGKAR PENYELEWENGANNYA YANG BERSEMBUNYI DISEBALIK PARTI ISLAM

Adakah Jawatan Kuasa Disiplin parti PAS takut nak panggil Azizan..???

oleh Raja Jembal
Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
  • Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
  • Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
  • Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
  • Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
  • Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...
Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.

Sebenarnya isu yang ditimbul de Kedah sana telah mengakibatkan kami di negeri lain penat untuk membalas hujah dengan pihak lawan... cuba bayangkan... dalam kita melawan nak tolak AUKU tetiba beliau sebagai PENGERUSI KUIN telah menggunakan AUKU mendakwa pelajar KUIN.
Begitu juga dengan isu pembelian saham FGVH oleh PKNK.. dilihat seperti tiada peranan apa beliau memegang jawatan PENGERUSI.. dilihat seperti dipermain-mainkan pun ada. 

Sekarang kami yang dibawah ini hadapi masalah untuk berhujah dengan pihak musuh. Oleh itu diharap pihak JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI bolehlah melihat akan isu ini.. jangan kerana kita hendak mempertahankan sebuah negeri lalu perkara mungkar dan salah kita pertahankan...
Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]

Monday 16 July 2012

BLOG KEDAHLANIE : AKUI PUNCA MASALAH DALAMAN KERAJAAN KEDAH IALAH AZIZAN, SEBAB TU AZIZAN BELA JAMIL MACAM KEKASIH

Mana PEMANDU... Mana JAWATANKUASA DISIPLIN...tak teringin jengok kami kat Kedah nie kaa..???

Seribu kali Sayang....
Sangkakukan Kemati...
Cerita Kasih Kita...
Rupanya Seketika...
Aduhai... Tak Sanggup dah aih dengaq kelaku kelaka yang berlaku di Kedah sekarang n.... Mula-mula mai isu AUKU KUIN senyap pie mai isu PUSAT HIBURAN...lepas tu tak selesai isu pusat hiburan mai pulak isu KUIN semula dimana staff dia komplein suruh pecat reaktor....tak habis isu KUIN mai pulak isu Azizan nak ambik OSA kat ketua pembangkang Kedah yang baru iaitu Ketua Pemuda Gerakan....
Ingatkan dah tak ada isu...tetiba mai pulak isu PKNK beli saham FELDA.... aduhai MB kesayanganKu AZIZAN ABD RAZAK.... Awat la hang nie selalu berlawan arus dengan apa yang di bawa oleh Parti di Pusat sana... Adakah hang nie wakil parti BEBAS kot boleh buat ikut suka tanpa ada nak ikut garis panduan yang telah di bawa oleh pimpinan atasan kita....

Jika semua nak ikut kepala hang letih laaa... Jika ikut tu kapal bergerak maju kedepan tak apalah juga.... ini taknya dah dilihat macam nak karam dah nie.... awat la jadi lagu nie pon tak tau laa... patut la puak musuh dok diam membisu jaa...tambahan lagi UMNO tengok macam ada satu perkara hg pegang aku punya....aku pegang hang punya.....tu yg pakat dok sunyi sepi...
Tapi dalam masa dok diam musuh hantaq mai manusia berkulit NGO untuk lepas peluru taboq bagi kita menjawab....dan peluru taboq tu seakan macam terkena ja atas batang hidung kita....
Entah laa...Masa awai-awai dulu dilihat hangpa bukan main kemaih dan bergaya memacu negeri Kedah Sejahtera nie tapi bila mai dipenghujung tengok macam nak kona kot lainlah pulak..... macam nak serah bulat-bulat macam tu sahaja kepada pihak lawan....
Awat hangpa semua dah boring mentadbir negeri Kedah nie dah kaa... tak pun hangpa semua dah mula pelahap macam puak BN juga....dalam ertikata dah jadi sifir 2X5 dah nie.... sampai kekadang menjawab persoalan tu macam hangpa saja yang tahu semua.... orang lain tak tau apa dan bodo piang...
Cuba tengok isu terkini bab saham felda....tak pasai-pasai kita semua jadi panas pungkoq kena perli dan kenen dengan musuh sebab mulut kata tak mau tapi tangan dok huluq ambik....dah jadi kelaku hebiaq dah.... dan boleh jawab lepas tangan yg PKNK beli tanpa pengetahuan PENGERUSI merangkap MB....... 
habih apa tugas PENGERUSI...cuma duduk atas KERUSI jaa lepas tu nganga buka mulut bagi lalat masuk.... lepas tu biaq kakitangan bawahan lumoq selut kat muka PENGERUSI....Jika dah tau kakitangan tu Jebon nak pelingkop dasar Kerajaan Negeri ambik la tindakan... dok keras jadi batu buat apa... depakata cengei tapi bila dilihat cenge apa kejadahnya macam nie....macam kena cucuk hidung ada laa lagi....
Nah sekarang semua jadi pening dengan kelaku hangpa kat wisma darulaman menguruskan negeri....
Jadi nak tanya lah jika kami disini pening dah dengan kelaku Azizan dimanakah pula PEMANDU yang ditubuhkan untuk memantau Kerajaan Negeri Kedah nie... dan juga JAWATANKUASA DISIPLIN parti... tak teliouq ka dengan kelaku-kelaku yang ugut musuh dengan akta OSA, sokong AUKU, PUSAT TAK BOLEH CAMPURTANGAN, beli saham FGV... ini semua bercanggah dengan dasar dan polisi kita dalam parti...
hangpa tak teliouq ka atau hangpa takut kat Azizan seperimana macam Mahfuz yang nak bela benda songsang tuuu......