Pages

Monday 30 July 2012

KESAN SAMAN SHAKE KE ATAS KUIN HARI INI DIMAHKAMAH TINGGI ALOR SETAR



En Shiak Faisol pemilik Shake Cuisine Sdn Bhd
31 JULAI -  KUIN akan berhadapan dengan satu lagi saman dimahkamah hari ini. kali ini bukan dengan pelajar tetapi dengan pembekal luar.
Isu ini adalah berkaitan KUIN didakwa telah melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .
 Kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.
Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.
KUIN kampus Sungai Petani
Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.

Tindakan Shiak Faisol ini patut dicontohi oleh pembekal barangan KUIN yang lain , yang masih tertunggak ratusan ribu ringgat sejak tahun lepas 2011 . Pihak BERSIH KUIN menawarkan diri untuk membantu pembekal-pembekal yang ditipu dan dianiyai oleh Jamil.
Sumber berita sila layari pautan ini (KLIK DI SINI)